Wednesday, November 23, 2011

My Breastfeeding Journey - Part 1

Alert: Entri ini adalah sangat panjang. Kalau baca masa office hour boleh menyebabkan anda dilayangkan surat amaran sebab entri ini mungkin mengambil masa 2jam 15 minit untuk dihabiskan :/

When I found myself pregnant last year, I was so excited that I started preparing myself with (almost) everything on pregnancy and baby stuffs. Breastfeeding was one of the topic which amazed and frightened me at the same time. I've heard quite a few horrifying stories about bleeding nipples/nipple crack, breast engorgement and cases where they find themselves do not have enough milk supply for the baby.

Sebelum bersalin, punyalah semangat aku berazam nak breastfeeding that aku kumpulkan segala mak nenek ilmu pasal penyusuan, beli breastpump beria-ia (taklah semahal Medela Freestyle tapi still, beria-ialah juga), nursing bra segala. Motivation aku satu, aku nak anak aku sihat untuk jangka masa panjang. NAK ANAK YANG SIHAT. Sebab aku dah tengok contoh terdekat di depan mata. I was breastfed when I was a baby, my husband wasn't. Dan perbezaan tahap kesihatan dan antibodi kami sangat ketara di mana aku begitu gagah perkasa sihat dan 'sihat' (tehehe) - I think the last time I caught a fever was last year (Alhamdulillah) while my husband on the other hand, tidaklah sakit teruk ke apa tapi sangat mudah dijangkiti demam, batuk dan selesema setiap bulan. Setiap bulan T_T.. Dah tu bilanya aku nak bermanja T__T

Sepanjang tempoh mengandung, Suami sangat selalu ulang-ulang cakap, "Nanti baby kita breastfeed ye Sayang, kesian dia kalau jadi macam Abang ni.. Breastfeed tau. Tak apalah Abang sanggup berkongsi" KAHKAHKAH okay langsung tak kelakar.

Dengan segala persediaan (fizikal) sebelum bersalin, aku rasa aku dah cukup bersedia dan yakin akan dapat menyusukan anak secara ekslusif untuk 2 tahun. Cakap macam senang.

Tapiiii, bila dah bersalin, and dah start breastfeeding, there's one thing I can say; Please please please lengkapkan diri dengan persediaan mental melebihi persediaan fizikal. Sebabnya, di peringkat awal kelahiran;
  1. Breastfeeding sangat menyakitkan.
  2. Breastfeeding memenatkan.
  3. Breastfeeding membuatkan kita kelihatan kurang bergaya/selekeh T__T

Sebab berdasarkan apa yang aku lihat, those are the reasons why new mothers decided to change to formula. No offense, tapi bagi aku, apalah sangat apa yang kita lalui, berbanding faedah yang diperoleh anak sepanjang hayat? When it comes to breastfeeding, it is vital to educate ourselves with FACTS and not only HEARSAY. Kalau nak cakap pasal kebaikan breastfeeding ni memang sangat-SANGAT banyak. In fact I've blogged about it months before I give birth to my son. [Click here.]

Ok beberapa perenggan di atas hanyalah introduction sahaja. WHAT?? Esok jelah sambung zZzZz. HEHE sorry, memang sejak jadi mak-mak ni kecenderungan untuk berleter panjang lebar sangat tinggi heh heh nasiblah.

Continue.

I've learnt that sebaik sahaja baby dilahirkan, susu kita adalah dalam bentuk colostrum yang berwarna kekuningan and it has high concentration of calcium, potassium blablablabla and paling penting adalah kandungan antibodi yang sangat tinggi untuk protect newborn dari viruses etc (aku Google sajanya pun). Maka sebaik sahaja Ammar Yusuf lahir, aku dah menggelabah tanya mana baby mana baby sebab ingatkan colostrum tu kena bagi cepat-cepat takut dia habis or berubah jadi susu biasa HAHAHA sengal ke apa macamlah doktor/nurse tu tak tahu buat kerja. Bersalin di hospital kerajaan yang sangat menekankan penyusuan ibu juga sangat membantu (I heard that private hospital bagi formula milk pada newborn oh Tuhan it really broke my heart :'( ). Selepas dimandikan, Ammar Yusuf dibaringkan di sebelahku dan diajar menyusu. To my amazement, the first attempt to breastfeed him went very well (belum sua lagi mulut Ammar Yusuf dah macam Tweety Bird tunggu nenen), sampai jururawat sekeliling ketawa cakap, "Pandainya dia cari susu.. Pandainya dia..." HAHA comel betul ingat balik. And I was cried at the moment :')
Nak cerita pasal how I handle nipple crack and breast engorgement, tapi rasanya tak perlu sangat kot.
Nipple crack - Aku pakai Medela Purelan 100 (dah cerita kat sini kot) dan juga teknik menyapu lebihan susu di sekeliling nipple. Alhamdulillah, lepas seminggu everything is fine (provided that you teach the baby to latch properly during feeding. Otherwise sampai tahun depan pun takkan baik luka tu T_T). And Alhamdulillah, ianya hanya luka sahaja, tidaklah sampai berdarah.

Breast engorgement - Aku alami sekejap je, everytime it happened I'll pumped the milk out, and Alhamdulillah it recovered.

Masa nipple tengah luka, setiap kali baby menangis sumpah aku rasa ngeri sangat nak menyusu. Everytime nak masukkan dalam mulut baby tu aku akan getap bibir kuat-kuat untuk tahan sakit and divert my mind to other things (bila tengah sakit aku memang suka divert mindset to something else before receptor yang bawa signal sakit tu sampai ke otak, dengan harapan otak tak dapat proses perasaan sakit tu hewhewhew). Sampai satu tahap menitis air mata aku menyusukan dia sebab sakit sangat, dengan sakit jahitan bersalin kat bawah tu lagi.. Anak lelaki kan memang sangat kuat menyusu. Tapi aku tak sampai hati nak bagi susu formula, sebab aku tahu once dah mula bagi susu formula aku akan losing determination untuk menyusu badan secara ekslusif. Kesian dia nanti :(

Maka paksakan sahaja, tahan sikit penat, tahan sikit sakit. Sakit bersalin boleh tahan, takkan sakit menyusu tak boleh kan? Kataku pada diri sendiri eceh. Suami merupakan pendorong kuat-the biggest supporter, Mama, Umi (ibu mertua), even both my dad and my father-in-law juga sangat-sangat supportive pasal breastfeeding ni.

Masa Ammar Yusuf kena jaundice, ketika itulah kemuncak nipple crack aku. Sakit tak terperi, dengan keadaan tak selesa bermalam di hospital, luka jahitan belum betul-betul sembuh lagi.. Tapi masa itu aku tak fikir apa dah, sebab aku terlalu tak sampai hati tengok dia dijemur bawah lampu tu, setiap kali tiba masa untuk menyusu aku fikir takpelah Mummy sakit sikit, asalkan baby (masa tu belum bagi nama lagi) sembuh cepat. Sebab susu ibu boleh membantu cepat sembuh, kan? Alhamdulillah memang sekejap je jaundice tu, petang ni masuk wad pagi esok dah boleh balik. Syukur Alhamdulillah.

Kadang-kadang timbul keraguan susu aku ni cukup ke tak? Sebab bila pam tengok alahai sikitnya la yang keluar. Masa seminggu dua selepas bersalin tu, pam dua-dua belah paling banyak pun dapat 1.5oz je. Then I Googled, I read the Breastfeeding 101 book given by my bestfriend, then only I know that Infant Stomach Capacity for 1 day old baby (newborn) hanyalah sebanyak setengah sudu besar sahaja, dan untuk seminggu paling banyak pun 1.5oz sekali minum. So baru rasa lega.

Sepanjang tempoh berpantang (kebetulan berpantang masa bulan puasa dan Hari Raya so jumpa ramai orang), banyaaakkk sangat 'nasihat' yang aku terima pasal penyusuan ni. Ada yang memang berdasarkan fakta, dan ada juga yang boleh diragui kebenarannya.

"Bagilah susu tepung sikit, anak kau tak cukup susu tu. Tak kesian ke?"

"Selang seli lah dengan air masak, baru bersih perut dia. Ni kalau susu je penuh dalam perut macam mana perut dia nak bersih?"

"Kalau makcik dulu, hancurkan sikit pisang ke, bubur ke, masuk dalam susu. Baru pekat. Baru kenyang sikit dia."

Tapi aku budak skema, aku ikut cakap doktor saja. Dan aku sangat-sangat ikut ayat-ayat dalam poster yang boleh dilihat tertampal di merata-rata dinding hospital kerajaan: BAYI BERUSIA BAWAH ENAM BULAN TIDAK MEMERLUKAN MAKANAN TAMBAHAN LAIN SELAIN SUSU IBU, WALAUPUN AIR MASAK. Maka nasihat-nasihat yang aku terima, aku hanya mengiyakan sahaja, bimbang jika dibalas dengan hujah akan mengundang konfrontasi pula tssk.

Tapi nasihat Mama dan Umi aku ikut. Mama suruh aku makan vitamin C, makan Fish Oil, minum susu, makan benda-benda berkhasiat.. AKU YANG MAKAN BUKAN BAGI BABY YANG MAKAN. Barulah susu yang terhasil jadi susu yang benar-benar berkualiti. Yang paling mereka selalu cakap, "Makan banyak tau, jangan nak skip-skip makan nak cepat kurus punya pasal..". My son eats what I eat. Itu yang aku selalu tanamkan dalam diri. Maka terpaksalah aku makan banyak, anak punya pasal (kehkehkeh daripada mengandung sampai dah bersalin guna anak sebagai alasan untuk makan banyak :D).

Alhamdulillah selama 2 bulan cuti berpantang, aku berjaya memenuhkan perut si comel dengan breastmilk and only breastmilk. Timbul pula keraguan lain, boleh ke aku nak terus breastfeed apabila mula bekerja nanti?

To be continued...



9 comments:

Unknown said...

~ la..tak sampai 2 jam pung bace..ader la dlm 10 minit..

HANI IZWAN said...

hai husna, lama xbertegur sapa di blog. ^_^

i tgh tggu waktu nak deliver baby je ni, apa yg u tulis sgt berguna for me. Teruskan menulis lagi ye.

feeda said...

lah sambungan lak,potong!*smbil tumbuk monitor* ahahaha!

Rina Isa said...

http://ibusayangcomel.blogspot.com/2011/04/membesar-bagai-juara-dengan-susu-ibu.html

Kita alami situasi sama! (:
Sgt tertarik baca entri husna (:
Entri di atas berkaitan dengan isu ni.
Slamat kenal dan semoga terus kuat utk fully bf ye! (:

MLSC by Rina Isa said...

Salam buat semua stylo ladies di sini! (:

Blog yang sgt sesuai buat PENCINTA HANDBAGS!
(Byk handbags menarik & tips berguna)

Lawati kami di http://mrsladysstylo.blogspot.com/

TQVM (:

Arifah said...

Una, entri ni sangat bagus untuk bakal ibu. tulis banyak2 lagi k! oooooooo..baru I tau.. :P

Husna Hadzarami said...

Thank you ladies. Let's share our breastfeeding journey! Best dapat tukar2 information ni, sharing is caring kan ;)

~YUN~ said...

suke post ni!memang btul,momen and pengalaman menyusukan anak tak ternilai harganya...hukhuk!teringt 1st time menyusu Rayyan,yun almost give up,sebab sakit sangat!and baby boy memang kuat minum kan??huhu

Kami said...

slm.. husna.. tq sbb sharing pasal brestfeed ni.. bg sy persediaan mental utk menghadapi time brestfeed nnt.. teruskn menulis dan berkongsi ye.. tq..=)