expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 9, 2015

Self-reminder

Assalamualaikum.

Kadang kadang perhatikan orang bercakap seolah olah dia boleh nampak masa depan dia, sebab dia cakap macam pasti sangat benda itu takkan terjadi pada diri sendiri.

Kita boleh cakap besar sekarang, angkuh, sebab belum jadi. Bukan mahu minta ditimpakan benda itu pada dia, tapi tak sedar ke bila bila je Allah boleh terbalikkan situasi dan kita kena alami juga perkara yang sama.

Kita bercakap berpada padalah, jangan ikut emosi. Jangan emosi pada benda yang tak berkaitan dengan kita, contohnya suami jiran kita main kayu tiga, kita punya emosi mengalahkan jiran kita tu sendiri sampai nak bermasam muka dengan suami jiran tu siap ajak ramai ramai boikot orang tu pula. Perangai 'sisterhood' yang tak semena mena ni menjengkelkan juga. Kadang kadang orang tu dah get over and move on, kita pula yang berlebih-lebihan ungkit segala benda supaya orang itu tidak lupa apa yang berlaku.

Orang buat salah dengan kita, itu adalah tanggungjawab dia dengan Allah. Dia akan dibalas atas perbuatan dia. Apa yang kita balas pada orang yang buat kita tu, itu adalah tanggungjawab kita pula dengan Allah. Dan kita juga akan dibalas atas perbuatan kita. Jangan guna alasan dianiaya untuk kita menganiaya orang lain pula.

Kita hidup ada peraturan, peraturan dunia tak apa lagi dilanggar kalau tak ada orang tahu;
peraturan Allah, kita nak tipu siapa?






No comments:

Post a Comment