expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 23, 2015

Plan

Someone once told me, hidup ini mesti ada plan. Mesti ada perancangan. Kalau tidak macam mana kita nak jadikan hari ini lebih baik dari semalam?

Aku memang jenis merancang. Tidak boleh tidak, aku perlu merancang. Aku rasa kita semua memang begitu. Bangun pagi, otak aku dah terus 'bekerja' dan mengatur apa yang mahu dibuat untuk hari ini. Solat Subuh, mengaji sikit, iron pakaian aku (pakaian H memang aku dah iron siap siap untuk seminggu, pakaian aku tidak boleh begitu, kerana fesyen ke tempat kerja berubah mengikut emosi), mandi, mekap, tukar diaper anak, dan turun.

Otak aku memang sentiasa merancang, sentiasa fikir apa mahu buat selepas ini. Kadangkala masa drive pun aku sudah fikir apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja sampai ke pejabat, nak start dengan kerja yang mana satu, mana yang lebih penting, siapa yang perlu aku hubungi first thing in the morning. Kadangkala I get carried away sampai hilang fokus apa yang di depan mata, ianya disedari Suami juga terutama ketika memandu. Aku kelihatan seperti mengelamun lalu tak perasan bonggol di depan, or ada orang melintas. Bahaya. 

Orang perempuan begitulah, risau macam macam. Itulah inilah. So far dalam kepala otak aku sekarang tengah fikir:

1. New house. Our biggest project for the moment; process to buy, layak ke tidak, downpayment macam mana, okay ke rumah tu, etc. Bimbang tak layak, or kalau layak pun loan lepas 80% je. Our plan now is to buy another 2-3 small houses/flats/apartments dalam masa 5 tahun ini, as investment. Atau beli untuk anak anak. Entah tengok macam mana. Sounds too ambitious kan? Tak apa. Aim for the sky, tak dapat sky, at least dapat puncak gunung pun alhamdulillah dah.

2. Berat badan. Kena kurus sebelum majlis kahwin Oyah bahahaha big deal. Yelah badan godang ada hati beli baju size S, minta H tolong zipkan dia pun tak sampai hati nak cakap tak muat. Sekarang aku cuba puasa Isnin Khamis dan boikot semua fast food, yelah selain menggemukkan, rambut aku gugur teruk! Blame the fast food.

3. Potty training Adam Muaz. Penting. Sebab nak reduce cost diaper tahun depan. Every cent counts okay. Nak beli rumah lagi 3 biji kan :p

4. Health screening. Rasa macam terlalu ambil mudah kesihatan diri. Asyik bertunda je nak buat health screening. Pap smear pun tak buat lagi apa daaa. Hari itu office ada buat free health screening tapi basic jelah. Check blood pressure, kandungan gula dalam badan, kolesterol (which I scored so bad, takut!). Bukan orang gemuk je boleh tinggi kolesterol tahu, orang biasa biasa (tak nak perasan kurus) pun boleh ada kolesterol yang tinggi. Badan rasa tak berapa sedap lately, macam senak sana sini. Itulah tak berpantang betul betul dulu, sekarang dah mula rasa kesannya. Akak dah tua :(

5. Gym registration. Haa ni related to point 2 and point 4 above. Tengok body H dah macam makin best lately sejak join gym, cemburu pula. Mana boleh husband sorang badan cun cun, kita pun kena badan cun cun juga! Tapi kena beli training pants dulu, hari tu tengok kat Mitsui training pants Nike RM139 je rasanya rugi pula tak beli. Kena ada appropriate gym attire, barulah bersemangat!

6. Home-schooling Adam Muaz. Ini memang agak merisaukan. Sebab si Muaz ni betul betul tak berminat dengan buku! Unlike his brother, dia ni langsung tak berminat. Dia akan concentrate for 10 seconds je kot before he gets restless. Kena study sikit macam mana nak menarik minat dia. Bukan nak suruh dia jadi super genius pun (kalau jadi pun syukur juga alhamdulillah), tapi biarlah ada basic sikit before nak sekolah nanti.

7. Decorating our house now. Yelah nak beli rumah banyak banyak, rumah yang ada jangan diabaikan. Walaupun kecil tapi itulah rumahku syurgaku, rumah pertama kami sebaik sahaja mendirikan rumahtangga, banyak kenangan dan nostalgia yang meninggalkan pelbagai--- okay okay I think you got it. Dah boring dengan keadaan sekarang 5 tahun tak berubah langsung. Nanti kita cerita lagi pasal ni.

Banyak lagi plan sebenarnya, spiritually lagilah banyak tapi taknaklah cerita segan nak cakap bab agama secara mendalam aku ni bukannya pandai sangat bimbang pula tersalah sampai. Too many things in mind, but I love doing this. The feeling of kicking the bucket out once the plan has been accomplished, is indescribable. Aim for the sky and be grateful at the same time. Syukur alhamdulillah. Semoga dipermudahkan.


6 comments:

  1. terbaikkkkkk

    kalau kita ni suka suka plan pastu tulis dalam buku rahsia. tapi itu lah iolls ni suka berangan plan itu ini tapi yang menjadi apa je entah. kalau jadi kenyataan pun biasanya mesti ada tersasar dari plan asal.

    kadang-kadang tak plan itu yang terjadi. sebab tu asal masuk tahun baru je tengok kawan sana sini up entri tulis azam itu ini tapi iolls malas nak tulis pasal azam. simpan sendiri sebab dah tahu perangai sendiri macam mana. sabau je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha siap ada buku rahsia. Diari la kan buku rahsia tu? :p

      Biasalah tu. Azam yang tak tertunai. Tapi elok ada azam dan kita jot down, walaupun kita tak fulfill sepenuhnya azam kita tu pun, sekurang kurangnya azam tu akan buat hidup kita lebih bertujuan :)

      Delete
  2. dari apa yg akak pernah belajar, kalau kita ada impian tulis besar2 dan tampal kat tempat2 yang kita mudah nampak. biar jelas & terang supaya orang lain pun akan nampak. in sha Allah, impian akan didoakan semoga dipermudahkan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Itulah namanya the law of attraction. Kita tarik benda yang kita nampak setiap hari, benda yang kita fikir setiap hari. Thanks Kak :)

      Delete
  3. Good to have plans :) Masa dlm pantang ni lagi mcm2 benda yg plan nak buat..plan for things to buy sblm naik kerja, plan how to re-manage salary and expenses dgn pertambahan anak ni etc etc..mcm2 plan bermain dlm kepala..hihi..now that confinement is over, 1st plan to be executed is self-rewarding myself..hahaha.. good luck with all ur plans husna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa pantang lagilah, takde buat apa memang otak dok merancang je itu ini hehe. Untunglah dah habis pantang, take care :)

      Delete