expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, October 21, 2015

No TV Policy

Sudah dua hari kami memulakan 'No TV Policy' di rumah. Semuanya bermula sejak aku terbaca tentang betapa TV sangat merosakkan otak anak anak. Yelah anak anak aku tu terlalu suka cerita berunsurkan superhero, Ironman lah, Spiderman lah, Ultraman lah.. Semuanya cerita merepek yang tak ada moral value pun. Kalau Big Hero 6 tu aku boleh terima lagi tengok ulang ulang, sebab banyak pengajarannya.

'No TV Policy' atau 'polisi tidak boleh menonton TV' ini memang elok, tapi parents kena usaha untuk menjadi lebih rajin daripada biasalah. Sebab anak anak aku ini sudahlah tidak dibiasakan dengan gadget, so now tak ada gadget, tak ada TV, maka kita kena rajin sikit untuk buat aktiviti untuk mengisi masa lapang mereka. Kejam sangatlah kalau kita larang tengok TV kemudian kita biar mereka terkontang kanting terpinga pinga tak tahu nak buat apa while kita sedap main handphone. Eh.

Untuk 2 hari ini, rutin kami sebaik pulang bersama anak anak; selepas solat Maghrib kami akan mulakan dengan aktiviti mewarna. Kerja mewarna ni, dengan Ammar Yusuf memang senanglah sebab itu memang minat dia. Terlalu suka mewarna dia ini!


Dah banyak aku tengok improvement dia dalam mewarna ini. Dia sudah semakin fokus, sudah pandai bermain dengan warna, skill mewarna juga semakin 'bertujuan', ada direction. Sebelum ini memang dia belasah je warna tak ikut garisan pun kan.

Tapi untuk Adam Muaz agak susah sikit. Sebab dia ni, akan malu malu nak buat benda yang dia nampak abang dia hebat buat. Aku sebenarnya masih blur lagi apa yang boleh menarik minat Adam Muaz ni. Masih mencuba dan mencari lagi. Lain anak kan lain minatnya.

Selepas 30-45 minit mewarna atau selepas selesai 1 muka surat bersaiz A3 tu, mereka akan stop dan kami perlu memikirkan aktiviti lain pula sementara nak tunggu waktu tidur. For now, we settle for Lego activity.


Bina rumah menggunakan Lego. Bina robot. Bina aeroplane. Bina apa apa sahaja. Aktiviti Lego ini agak menarik minat Adam Muaz juga. Kami berdua memang perlu sentiasa kreatif untuk ajak dia main. Ikut jalan cerita dia. Guide jalan cerita dia. Contohnya bila nampak dia bina Lego block bentuk square, buat buatlah tanya,

"Haaa Mummy tau. Adik mesti tengah buat rumah Daddy kan?"

Selalu bila aku tegur camtu, mesti dia akan angguk angguk senyum senyum sebab dia pun baru tahu apa yang dia sedang buat hahaha.

Dua aktiviti ini sudah cukup untuk occupy sejam dua waktu malam. Yelah, kami kan working parents, masa yang ada untuk anak anak hanyalah dari pukul 7 sampai 10 malam. 3 jam itulah yang kami sedang cuba manfaatkan sepenuhnya. 

Around 9.45 malam, kami sudah mula mengemas dan bersedia untuk tidur. Pukul 10 dah tutup lampu, dan baring ramai ramai. Sebenarnya pukul 10 tu kira agak lewat juga, nanti Ammar Yusuf dah sekolah aku nak cuba biasakan tidur paling lewat pukul 8.30 atau 9 malam.

Masa baring baring sementara nak tutup mata itu, masa itu kami gunakan untuk tanya anak anak, "How's your day?". Masa tu Ammar Yusuf akan bercerita hari ini dia makan apa, bergaduh ke tidak dengan Adik. Adik Muaz hanya akan bersetuju je dengan Abang dia. Dengan Adik ni kita tak boleh tanya,

"Tadi Adik makan apa?"

Kita kena tanya soalan yang beserta pilihan jawapan,

"Tadi Adik makan fish ke chicken?" 

Baru dia akan bercerita. Kalau Ammar Yusuf tak payah cakaplah, orang tak tanya pun dia akan bercerita haha! Biasalah anak anak, seorang banyak mulut seorang berat mulut.

Baru 2 hari kami enforced the policy, dah rasa seronok dan nampak perbezaannya, terutama dari segi family bonding. Anak anak ada lebih banyak perkara untuk diceritakan. Anak anak lebih fokus pada kita. Sebab tak ada TV kan, barulah mata pandang kita.

Tapi aktiviti yang dijalankan itu mungkin perlu diubah ubah, maybe by weekly or fortnightly. Sebab anak anak aku ni jenis cepat bosan. Mungkin boleh diselang seli dengan Play-Doh activity...




 ....atau buat anything crafty, atau main basketball. Aku dah plan nak beli basketball net tu pasangkan ke dinding dan main dalam rumah. Kalau buat aktiviti membaca memang leceh sikit, anak anak aku bukannya minat membaca! Bolehlah buat, tapi nanti Mummy akan jadi monster and anak anak akan tidur dalam keadaan sedih. Taknaklah begitu, paling penting bagi aku untuk anak anak tidur dalam keadaan gembira.

Aku tak plan nak hapuskan terus TV dalam rumah ini, berpada padalah. Mungkin kita benarkan menonton TV masa hujung minggu sahaja, or 2 hari seminggu. Something like that. Dekat rumah pengasuh, it's beyond my control lah. Tak adillah nak suruh pengasuh pun buat perkara yang sama. Kita buat mana yang boleh jelah. Something is better than nothing.

Jadi parents ni, banyak perkara yang aku tak tahu, semuanya perlu try and error. Aku tak sempurna, aku kan ibu yang bekerja bukan ibu yang menjaga anak sendiri, tapi aku harap aku boleh buat yang terbaik dengan segala kemampuan dan masa yang aku ada. H memang support apa saja cadangan aku. Penting tau support dari Suami ni. Sebab anak anak ni dia perlukan kedua dua ibu bapa, susah nak berhasil kalau salah seorang je yang buat.




8 comments:

  1. Good one, Una. I started doing it after reading the following link:
    http://www.dailymail.co.uk/femail/article-1360146/I-turned-daughter-genius--just-switching-TV.html

    I either told my daughter TV rosak or there is no reception. But not all the time, sebab kesian jgk kadang2 when she requested to watch Upin Ipin/Pada Zaman Dahulu/Robocar Poli (I have them recorded on PVR).

    I've been deprived of TV while growing up as well (parents followed some successful grown up's (neighbours) advice that they claim the results to be minimal attachment to the TV when you are grow up - e.g. soap opera, the urge to have to watch everyday as routine, things like that) and it is proven (self-proclaim). We have little attachment to TV programs (little as in an exception for SUIT, hehe)

    And the best part is our kids will learn that they don't need it everyday. And they wouldn't mind if we dwell on our favourite series (dah tak perlu bergaduh asyik nak suruh buka Ceria all the time). And it's ok to let the kids be bored for they will learn how to handle their boredom productively or educationally, not just as easily by turning on the TV. All the best to all of us parents! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for sharing your experience Qistin. Makes me feel better for what I'm doing now. Hey I tried to follow your blog but no Follow button!

      Delete
    2. Husna
      bukak blog Qistin, copy url kemudian pi your very own dashboard blogger, under reading list there is 'ADD' button, click and walla, boleh add dan follow blog Qistin

      Delete
    3. Hi AJ! It works! Baru tahu cara camtu HAHA thanks. Comel je bagi komen cara nak follow blog orang :))

      Delete
  2. to be honest, anak akak yg sulung suka tengok tv sejak dia 4 bulan. so akak selalu bukak channel disney junior kat dia. semakin dia membesar, semakin banyak yg dia pickup dr channel tu, paling ketara dia boleh sebut perkataan dalam english yang memang akak tak ajar dia pun.

    for now, akak tune down sikit tv untuk dia. sebab nak dia buat benda lain. Tapi akak takkan katalaa tv ni 100% tak elok. cuma kita kena tapis apa yang anak2 tengok & dengar dan set time untuk dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoh tengok TV sejak 4 bulan! Itulah anak anak buah pun banyak belajar English dari Disney Junior. Tapi jadi terlalu fokus sampai tak dengar bila kita panggil pun! Takut rosak mata juga sebenarnya.

      Yes TV bukanlah 100% tak elok, macam iPad/tablet semua tu jugalah. Everything has to be in moderation, I jenis prevention is better than cure. Sementara boleh control jelah, for the time being. Try and error tengok how it goes. Thanks Kak!

      Delete
  3. Terima kasih untuk wyor Qistin dan Nor Eliyana.
    Thanks for sharing too, husna.

    Aku sendiri masih banyak berlegar dengan televisi.
    untung anak sulung kalau boring suka dengan buka buku matematik, dan mengira. kalau tidakpun, macam amar, bukak buku, mewarna.

    Haziqah yang kedua rajinnya kurang, tapi dia suka menempek dan mintak dibacakan buku. Buku bersuku kata terbitan Ameen Publication boleh disyorkan, sebab mudah, menarik dan ringkas. Buku-buku dari BBW agak kebaratan dalam pertimbangan aku *senyum*

    untuk membina dengan lego, aku sokong diteruskan. nampak benefitnya untuk mereka berfikir lebih dari kebiasaan. Cuma aku x mampu berlego, cukup sekadar bongkah2 kayu itu untuk dibelek mereka.

    selebihnya, aku masih belajar dari kalian yang berkongsi.

    *senyum*


    sekali lagi, terima kasih untuk semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're most welcome, sama samalah kita belajar, aku memang banyaknya yang tak tahu, banyak yang cuba cuba je tengok macam mana outcome-nya. Aku rasa most parents pun macam tu, cuma kena lebihkan pembacaan dan dengar pengalaman orang lain la kan.

      Haziqah samalah macam Adam Muaz, memang tak berapa rajin sangat bab buku buku ni. Kadang kadang aku rasa dia ni macam intimidated dengan abang dia. Daripada malu buat salah, baik tak payah buat, maybe itulah yang dia rasa. Kesian pulak tengok dia.

      Alah Lego aku bukan brand Lego pun, buat apa beli mahal mahal. Membazir. Aku beli dari kedai DIY, sebiji kualitinya macam brand Lego hehe. Murah pula tu!

      Delete