expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, October 1, 2015

Bila Anak Tak Sihat

Sudah 2 hari bergelar suri rumah sepenuh masa. Adam Muaz tak sihat. Demam panas sejak Selasa malam. Semalam lagilah, dengan aku sendiri pun tak sihat. Entah rasa mencucuk cucuk bawah perut dan memulas di pinggang, macam mild contraction pun ada. Hmmph aku ni sebenarnya ada fibroid dalam rahim, entah bila aku nak jumpa pakar untuk follow up check up, ambil mudah je aku ni. Surat rujukan doktor dah ada. Tapi itulah, bila rasa sakit, berkobar kobar buat appointment dengan gynae, bila dah tak sakit, appointment yang gynae cancel tu pun aku tak minta tukar date lain.


Adam Muaz ni bila tak sihat, dia manja. Memang nak melekat dengan aku je. Bertabah betul semalam pergi supermarket dukung dia dengan tangan sebelah lagi pegang bakul isi barang. Kena beli barang nak masak, fridge dah kosong. And nak kena beli yoghurt banyak banyak juga, dia demam tonsil bengkak besar guli sampai nampak seketul kat bawah tekak tu dari luar. Dah macam halkum aku tengok. So kena banyak makan benda sejuk je.

Semalam masak sup ikan merah, lunch dia makan banyak. Happy Mummy tengok. Lepas tu makan pisang 2 biji, yoghurt mangga sebekas. Lepas tu makan ubat, tidur. Dia tidur banyak masa demam ni. Lemah kot badan. Dinner tu, dia makan sesuap je. Lebih pada nak minum susu je. Sakit sangat kot tonsil bengkak tu. Around 10 malam makan ubat, suhu turun sekejap. Dia aktif masa ni, sebab rasa okay kot.

Pukul 3 pagi badan dia panas balik, pukul 6 dia bangun minta susu, minum sikit, muntah. Badan panas sangat, bersihkan badan dia kat toilet (kesian menangis sejuk), tukar baju, sambung minum susu, habis dia minum. Pukul 7 pagi tadi masa aku kat dapur tengah masak nasi goreng untuk Daddy dia, tiba tiba dengar suara dia kat belakang panggil "Nak Mummy". Huh. Ingatkan dah tidur.

Belum sempat nak pimpin dia masuk bilik balik, burrrrr muntah lagi. Kesian betul. Sedih aku tengok dia. 2 hari dah panas badan macam tak surut pun, kalau berterusan sampai esok, aku nak bawa pergi hospital je. Takut denggi sebenarnya, nauzubillahiminzaalik. Risau, sebab jerebu teruk ni mengundang macam macam penyakit. Kita orang tua pun tak tahan, apa lagi la kanak kanak.

Tadi dia tidur sejam, bangun bangun cakap "Nak banana". Tapi makan 2 suap je. Sakit agaknya. Lepas tu minta susu. Liquid jelah dia boleh telan, kesianlah. Nanti aku cuba bagi yoghurt lagilah. Or roti yang lembut lembut ke. Susah hati bila anak sakit yang takde selera makan ni. Bab makan ni penting sangat untuk aku, aku rasa sama juga dengan ibu ibu yang lain. Kebahagiaan seorang ibu kan bila anak berselera makan kan?

Tadi Adam Muaz tanya,

"Mummy, Daddy mana?"

"Daddy work, Sayang"

Then dia tanya Abang pula.

"Abang pergi rumah Ibu," jawabku, dan sambung. "Adik je duduk rumah dengan Mummy. Suka tak?"

"Suka!" ceria dia jawab. 

"Mummy suka tak?" dia tanya aku pula.

Kids. So pure and innocent. Mestilah Mummy suka. Apa saja untuk anak Mummy.. Tapi Mummy nak Adik sihat, makan banyak macam selalu. Adik kan suka makan, sedihlah bila Adik tak lalu makan ni :(





4 comments:

  1. Syafakallah adam muaz..mummy nye pun, syafakillah..

    ReplyDelete
  2. cepat sembuh ye adam muaz. lahaiii...anak kedua ni memang spesis manja agaknya. akak pun tak boleh nak hilang kejap, mulalaa baby kecik tu nangis. even masa tido pun dia raba2 cari kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun, tak tahu la macam mana kalau ada adik nanti. Thanks Kak :)

      Delete