Wednesday, November 1, 2017

Overly Attached Daddy

I selalu cakap dengan my husband, kalau nak ugut denda anak ni biar dengan sesuatu yang kita mampu dan dah bersedia akan buat kalau anak memang tidak mendengar kata.

Contohnya kalau nak suruh anak kemas toys jangan guna ugutan macam,

"Kalau tak Daddy buang semua"

Sebab, KITA TAKKAN BUANG. Hamboi dah kita yang beli guna duit titik peluh sendiri takkanlah kita nak buang hanya sebab anak tak kemas! So kalau nak ugut guna toys, boleh guna ayat macam,

"Kalau Daddy yang kemas, semua ni Daddy akan simpan dalam stor dan takkan dapat main lagi"

Haa, so far guna cara ini memang berkesan, dan dalam stor kami memang ada dah toys yang tersimpan lama hasil ugutan. Menyesal tak sudah anak anak. Berkesan kan?

Kalau dalam kereta pula jangan guna ayat macam,

"Duduk diam diam, kalau naughty Daddy tinggal tepi jalan"

Sebab, obviously kita takkan tinggal anak tepi jalan! Duh 💁

Something like that. Taapiiii... husband aku ni bila marah, dia selamba je ugut dengan something yang aku dengar pun akan rolling my eyes. Sebabnya, aku tahu dia takkan sanggup buat!

Malam tadi, Ammar Yusuf did something yang buat Daddy dia marah. Memang bengkek la Daddy dia. So Daddy dia cakap,

"Malam ni Abang sleeps sorang sorang kat depan, Daddy Mommy dan Adik sleep dalam bilik!"

Aku dengar macam nak tergelak je, eleh Daddy tu mana la boleh tidur kalau tak cukup korum 4 orang! Tahu tak kami masih tidur berempat bukan hanya kerana anak anak taknak tidur sendiri, tapi Daddy ni haaa yang tak boleh tidur tanpa anak anak! 😆 Waktu sebelum tidur kami memang menyeronokkan, sebab waktu itu kami akan berbual bual, cerita apa yang berlaku siang tadi, apa yang menyeronokkan, apa yang menyedihkan dan kemudian kami akan bermaaf maafan dan group hug. Waktu tidur kami is like our family meeting where we can wrap up apa yang berlaku pada hari ini. Memang ada terfikir juga sampai bila nak tidur berempat, tapi haish malaslah pening pening fikir. We just want to enjoy the moment while it lasts and apparently cara itu memang membuatkan bonding kami anak beranak sangat kuat.

So, yes. Daddy ugut macam itu, siap keluarkan tilam dan bantal segala letak di ruang tamu untuk Ammar Yusuf seorang. Lepas tu Daddy tanya pula Adam Muaz,

"Adam nak sleep dengan Abang ke dengan Mommy Daddy?"

Without hesitation, Adam Muaz cakap nak sleep dengan Abang kahkahkah!

Geram dengan ugutan yang tidak berjaya, Daddy buat keputusan untuk lebih 'menakutkan' anak anak, Daddy tutup semua lampu (biasanya kami tinggalkan lampu dapur menyala) supaya suasana jadi gelap gelita dan beliau juga merancang untuk buat suara hantu mengilai namun aku pantas melarang. You cannot show your desperation in front of your kids okay?! 😤

Maka berbaringlah kami berdua di dalam bilik, gelap gelita pandang siling sambil kedengaran suara budak dua orang tu bercakap cakap dan berketawa ketawa di ruang tamu. Langsung tak takut 😆😆. Memang gelak dalam hati je aku, itulah ugut dengan benda yang tak mampu buat lagi.

"Hmm... diorang ni taknak ke sleep dengan Daddy?" Daddy mula bersuara, separuh menyesal.

"Itulah Daddy dah berapa kali B cakap kalau nak ugut biar dengan benda yang kita akan buat betul betul dan kita mampu buat. Sekarang kan dah boring takde anak anak?" aku mula berleter.

"Hmmm.. kalau dengar diorang ketawa lagi Daddy nak pergi depanlah. Daddy akan cakap Daddy nak baring tengah tengah supaya diorang tak main main dah"

Terus terburai ketawa aku. Sudahlahhhhhh!! Nampak sangat alasan nak join anak anak!!

Tapi tunggu beberapa minit, dah takde dengar ketawa ketawa pula. Daddy was running out excuses to join them so he suddenly grabbed his pillows nak bawa ke depan,

"Daddy, tak payahlahhhh. They will never learn kalau kita yang mengalah!"

Daddy stopped and think, "Betul juga tu.." 

Daddy letak bantal, dan mengintai sambil pura pura marah,

"Abang buat apa tuu tak tidur lagi??"

Dengar suara Daddy, terus Ammar Yusuf datang dan salam, "I'm sorry Daddy..."

Huh, anak beranak sama je, ego besar masing masing. Dua dua anak sulung kan, masing masing nak tunggu pihak satu lagi mulakan, lawak betul. It was a happy ending last night anyway, and I hope Daddy now have learn a big lesson 😂 


My overly attached boys 💗


No comments: