Monday, September 18, 2017

HforHome: Wainscoting

The first moment we received our house key one year ago, tahu tak apa perkara pertama yang terus terlintas di fikiran aku? Selain monthly commitment yang makin bertambah 😑. Wainscoting! Dah lama weh berangan, setiap kali tengok drama orang putih memang sangat terpesona dengan interior rumah mereka walaupun simple je tapi wainscoting ni memang menaikkan seri secara drastik. Dulu aku tak tahu apa nama dia, dok Google la panelling la wall frame la, at last jumpa this term dan apparently dah ramai kontraktor kat Malaysia yang boleh buat dah.

I straightaway contacted several contractors at that time asking for quotation, and I was so surprised that the prices quoted were way beyond expectation! Sebab I was under impression that materialnya hanya kayu semata je kot apa yang mahal sangat? Then I found out that there are actually places yang jual all the solid woods untuk buat wainscoting ni without workmanship. You know, kita reka sendiri macam mana design wainscoting yang kita mahukan, kita ukur, bagi dimension kat suppliers tu, they'll send the materials and kita pasang sendiri. Memang boleh jimat banyak! Berhari hari jugalah dok study pasal wainscoting DIY and finally I decided to not give it a chance 😕. Tak berani weh nak jeopardize ruang tamu rumah baru buat benda yang kita tak pernah buat dan bukan kepakaran kita betul tak? So I decided untuk lupakan sekejap, kumpul duit dulu dan just go with the flow.

Until recently, lepas siap our kitchen cabinet (will blog about this later inshaaAllah) tiba tiba rasa macam eh dah ada budget! Then I bugged my husband to start with wainscoting pula, H kata nantilah dulu, pasang langsir dulu sebab wainscoting tak penting. WHAT??? THIS IS MY DREAM OF COURSE IT IS IMPORTANT!! 😠 Long story short, kami tetap proceed with wainscoting juga sebab kalau dah pasang langsir karang kena cabut juga sebab wainscoting ni akan involve painting juga, rosaklah langsir nanti. Whatever I said to justify myself.

My husband and I measured our living room area and then managed to obtain 3 quotations from different contractors who are willing to go to Nilai--most contractors only cover Klang Valley so my option was kind of limited. One reputable contractor quoted RM9000, another quoted RM7800, and the last one which I found randomly on Instagram quoted RM5200. Whatttt? I terus buat appointment with the latter on the nearest weekend because he needed to get the actual measurement for final quote. Okay good. Mungkin boleh dapat lagi murah hehehe, I said to myself. One can dream.

Sampai sampai, dia buat ukuran, lukis lukis sikit. Oh, ukuran yang aku bagi by WhatsApp tu salah rupanya. Macam mana entah kami ukur sebelum ini 😑. Lepas kira kira, dia kata harga sepatutnya RM7000. Alaaaaaaaaa. Mahal! Nego nego sikit, finally dapat RM6200.

Harga termasuk:
Supply and install of wainscoting (full wall)
Supply and painting of living room.
Harga cat putih atau cat warna lain pun sama je, so we choose to paint the wall Antique White.


Susah pilih dari color code macam ni, puas godek Pinterest untuk dapatkan gambaran. Masa tu rasa macam tawakal jelah Antique White, kalau tak suka few years later ubah la.

Lepas confirm harga dan dapat official quotation, they needed 50% deposit for preparation of material before coming over for installation.


Kerja mengukur. Senang sebab ada laser tu, itulah benda yang kami tak ada so susah kalau nak DIY. Renyah.


Inilah bendanya.


Lepas ukur, potong kayu, bentukkan frame dan sambungkan.


Frame yang dah disambungkan. Kalau nak DIY dia akan datang in many pieces dan kita perlu bentukkan sendiri framenya.


Lepas tu susun macam ini sebelum tampal dan pakukan pada dinding. Ini bahagian yang aku akan letak sofa nanti.



Depa start dengan wall atas dulu. Mula mula gam kan, lepas gam mereka akan paku untuk lebih kukuh.


Frame besar itulah tempat akan diletakkan sofa nanti. Oh ya before pasang ni you have to plan siap siap mana nak letak sofa, mana nak letak TV. Aku ni pun dah ter-missed out aircond area, mana entah nak letak aircond nanti.


Dari pandangan dapur; sebelah kiri dah siap. Esok sambung bahagian kanan pula.


Okay sambung kerja. Ini bahagian kanan dari pandangan dapur tadi, di sini akan diletakkan TV. 


Di sebelah kanan gambar ini yang ada chandelier itu adalah dining area.


Almost there.


Dah siap pasang sepenuhnya! Belum final touch lagi, aku memang check satu persatu panel tu untuk diperkemaskan menggunakan silicon. Sebab budak budak ni banyak terlepas pandang 😤. Ada yang dah cat pun aku suruh letak semula silicon dan mereka perlu cat semula. Haa kan dah double job.


Macam ni. Nampak kan gap kat tengah tengah tu?


Dan ini, sakit mata aku.


Ini lagilah, depa dah cat before letak silicon. Masa ni I keluar pergi makan, balik sini terus berleter panjang "Kan dah cakap jangan cat selagi tak silicon habis!" 

Memang setiap satu panel tu I belek kiri kanan atas bawah, taknak nampak sikit pun gap. Dah puas hati semua, baru mereka dibenarkan cat.


I chose Jotun Antique White (code 1016).


Masa mula mula depa cat ni I memang nervous sebab nampak cat macam warna simen je. 


Kan? Nampak macam warna simen je kan?

Tapi lepas siap satu dinding baru nampak rupa sebenar, berbunga bunga rasa hati. Alhamdulillah.


Ya Allah puasnya hati dengan warna ni! #dahlamateringin



Panoramic view dari pintu masuk


Panoramic view dari dapur.

After a constant nagging to both the contractor and my husband (tempat luahan perasaan), hasil akhir, memang sangat berpuas hati alhamdulillah. It took 4 days to finish everything from installation (2 days) to painting (2 days). Sebenarnya agak lama juga kalau nak diikutkan, but I have no other wainscoting experience to compare so I just have to live with it.

Masa I posted the photo on my social media last few days memang ramai yang tanya dan minta contact number. Here's the situation. I tak cakap that I do not recommend this contractor; from what I see is they are young (seriously muda semuanya dari bos hinggalah ke pekerja) dan most probably baru dalam business ini so banyak perkara perlu diperbaiki. They need full supervision from the beginning or perhaps memang I sendiri nervous nak tinggalkan takut depa buat tak macam yang I nak. Banyak perkara I perlu tegur, tapi bila ditegur tu mereka akan terus perbetulkan so that's a plus point. The most important thing is, their price is the cheapest among all so that might explains a lot. They have a lot of potential to grow and I really hope that they will improve in future so that they will succeed in this business.

Having said this, if you're looking for a reasonable price for wainscoting (kalau you taknak DIY lah), dan you jenis muka tebal dan berani untuk tegur setiap benda tak habis habis and being seen as a difficult client macam I (I am so different than my husband, my mom and my MIL; they will NEVER do that sebab 'taknak susahkan orang' even dengan maid pun mereka jarang tegur 😑), I can recommend this contractor to you in private.

So, wainscoting done. It's such a dream comes true. Please don't judge me sebab I memang dah lama sangat nak ada wainscoting ni 😂😂. What's next? Oh, pasang langsir as hubby's original plan 😍. See you in the next post!


2 comments:

  1. wah cantik sangat!! i love it too.. terus rasa nak diy ruma sebab kosnya opocot boleh tahan juga rupenya ya! thanks for sharing this.. pun tak tau nama menda alah ni... wainscoting rupenya haha!!. Nampak macam senang je nak buatkan.. macamla... hu huu..

    ReplyDelete
  2. Hi! Thank you. Haa kalau memang biasa bertukang dan ber-DIY, sangatlah digalakkan DIY. Kami tak biasa dan tak berani nak cuba and risks our living room

    ReplyDelete