Thursday, September 28, 2017

Sorang Berapa?


Tengah mengadap laptop doing some accounting, suddenly teringat dah lama tak makan aiskrim. The kids are sleeping, definitely a perfect time for a scoop or two hehehe.

Aku buka freezer, keluarkan a tub of ice cream yang sudah lama tak disentuh, ambil sudu dan scoopkan sesudu ke dalam mug.

"Emm.. Sorang berapa ya?" Getusku dalam hati.

And I laughed. Gelak sorang sorang. Dah kahwin dan beranak pinak pun masih berkira 'sorang berapa'. Force of habits. Suddenly it brings back a lot of my childhood memory.

You know, kami adik beradik ramai. 4 lelaki dan 4 perempuan. My mother is a housewife and having 8 children yang sedang membesar, she needs a 'system' so that she can be fair to all of her children, in almost everything, particularly bab makan. We grew up pretty much with Mama's homecook; breakfast, lunch and dinner. Setiap kali masak, Mama memang akan kira dan masak dalam jumlah yang mencukupi untuk setiap anak anak. Jadi setiap kali dah tiba waktu makan, kami akan tengok lauk dan mesti ada seorang yang akan bertanya, "Sorang berapa, Ma?" 😂

"Sotong boleh ambil sorang berapa, Ma?"
"Telur puyuh boleh ambil sorang berapa, Ma?"
"Ayam ni sorang berapa, Ma?"

😂😂😂

Kadangkala untuk mengelakkan pergaduhan, Mama akan letakkan siap siap di dalam dulang, asingkan berapa ketul setiap seorang, dan setiap dari kami hanya akan makan bahagian kami sahaja tanpa ganggu bahagian orang lain. Cukup atau tidak, kenyang atau tidak, itulah bahagian kami. Kami adik beradik pula jenis kuat makan, Mama couldn't afford to buy all the 'side food' untuk menampung nafsu makan kami, jadi untuk minum petang Mama akan bake a bun filled with coconut, or sambal ikan bilis, atau buat kek je. And of course, sudah dibahagikan siap siap seorang dapat berapa biji 😂. The amazing thing about Mama is, she always do it nicely and it is always fair, you know kalau potong tembikai mesti sama saiz, potong kek pun sama saiz, daging sama besar SERIOUSLY HOW DID SHE DO THAT?? Even aku dah besar ni pun masih rasa kagum lagi sebab sampai sekarang aku tak pernah dapat potong tembikai in identical shapes 😑

Bila hujung minggu atau sebulan sekali, Kakna akan balik dari asrama dan akan bawa makanan yang 'extra special', usually a tub of ice cream. Biasanya Kakna akan bahagikan seorang dapat dalam 2 scoops macam itu, dan siapa yang berkelakuan baik akan dapat extra scoop of ice-cream. Sampai besar ni pun setiap kali nak makan ais krim dari tub mesti teringat kenangan tu.

It was really a bittersweet memory, bila aku masuk universiti dan bercerita tentang 'sorang berapa' ni pada kawan kawan, apparently tak ramai yang mengalaminya ketika waktu kecil ala boringnya takde geng yang memahami 😞. Perhaps it happened only in a big family, adik beradik yang ramai betul tak? Gosh I love my siblings. We are so close to each other and for me, my siblings are my bestfriends. We are not perfect, we have so many flaws as many other siblings but we always have each other's back. We were not born in silver spoon, our childhood are full of sweat, blood and tears but those are what make us who we are now. Together, we are still kids, we play and laugh so hard over silly jokes just like when we were young, dan paling best, kami semua berlumba lumba untuk menggembirakan Mama dan Baba. As a mother, sometimes I don't think I can cope with more children, but whenever I think about how much fun we siblings have when we were all grow up, it makes me want more 😍!


Our recent family gathering. Only one nephew was not around. 8 beradik bergabung meletop! 



3 comments:

  1. Sorang berapa ni... kami kecik2 dulu kena catu dengan ayah... kalau ikan sorang amik setengah ketul. lepas tu berebut nak bahagian ekor. siapa depat dia dapat. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sama!! Ikan sorang separuh dan semua berebut bahagian ekor =)) Those were the days kan, rindu kenangan tu..

      Delete
  2. I can feel youuu una. Sy ada 7 beradik.me n da last one ne girl. Bayangkan lelaki peringkat remaja tahap makan yg mcm mana. Mmg abah akan catu kan lauk and umi sy in d end mesti akan usaha tambah lagi lauk lain sbb tgk anak2 mcm xcukup makan..huhu. windu nyaaaaa

    ReplyDelete