Thursday, September 7, 2017

My Braces Story

Ada 2 perkara yang aku sangat sangat teringin nak buat/nak ada which kami dah fikirkan sejak pertengahan tahun ini lagi, tapi dalam satu masa hanya boleh pilih salah satu sahaja (cannot be happening at the same time).

1. Get pregnant
or
2. Get braces

Bahaha 😜. Ala tak lawak ke?

Serious weh, tak boleh happen at the same time, sebab aku jenis kalau pregnant gusi sangat kerap berdarah, tak boleh imagine kalau tambah dengan braces during pregnancy, must be miserable! It was a tough decision because my age is catching up (for both things!); tak berapa digalakkan kalau pregnant masa umur dah lanjut, dan tak ada guna nak pakai braces kalau umur dah lanjut. Nasib baik 32 adalah masih muda 😆 #youngatheart #indenial

So, finally I leave pregnancy to Allah (kalau ada rezeki inshaaAllah 😍), and I decided to proceed with braces first. Gigi aku ni, kalau dalam gambar memang nampak biasa je, tapi sebenarnya memang haywire banyak yang berlapis dan it has been so long yang aku rasa insecure dengan gigi aku ni sebenarnya cuma, yelah dulu takde duit nak buat wakakaka! Memang rasa cemburu dengan orang yang bergigi cantik, nak nak masa tengah hot cerita Hero Seorang Cinderella tu mashaaAllah cantiknyaaaaa gigi Fattah Amin! Serious cantik kan gigi dia? Tak sure dia buat veneers or tu memang gigi asal, tapi memang nampak original berbanding gigi Uq*sha, obvious sangat gigi veneers nampak tak real.

My husband dah pakai braces for nearly 4 years now so I think he is quite experienced in this department, H nasihatkan:

1. Carilah dental clinic yang memang buat khidmat orthodontic, bukan dentist biasa. 
2. Kalau boleh klinik yang dekat dengan rumah, sebab senang nak pergi appointment gigi sebulan sekali, dan senang nak pergi in case of emergency kalau bracket tercabut.

So a few months before puasa hari tu kami pergi salah sebuah klinik gigi yang agak terkenal di Puchong, sebab fikirku senang sebab dekat kan. Klinik tu consultation dia charge RM30, masuk dalam klinik tu sama sama dengan H supaya dia dengar sekali. Keluar dari situ H memang unhappy sebab doctor tu nampak inexperienced, dan ulang ulang kali sebut, "I encourage you buat appointment dengan our specialist blaba". Dah tu kenapa bawa kami jumpa you at the first place kalau you tak reti?? Geramnya! Patut dari awal teruslah direct kami ke specialist je tak kisahlah mahal pun, daripada bayar RM30 untuk dengar kau cakap je 😤

Honestly aku taklah kisah sangat pasal harga--no I am still the cheapskate Husna tapi bab gigi ni sebab dekat gila dengan otak, aku memang nak doktor yang I'm comfortable with, yang kita yakin dengan dia. Scary okayyy.

So H recommend his orthodontist, katanya "B akan suka dia" cuma klinik dia located at Damansara, memang jauhlah dengan rumah. Takpelah, jauh pun jauhlah asalkan doktor best. H made a phone call sebab kami nak walk-in je, Dr Jason yang friendly tu suruh datang terus dan katanya consultation free je. Haaaa free je okayyyy? Takyah bayar pun. Hampeh klinik Puchong 😑

So we went there, Ara Dental Studio nama klinik tu, terletak di Ara Damansara guna Waze je confirm sampai depan klinik. It runs by a young Dr Jason, muda 2 tahun dari aku but very experienced and very friendly. My husband pun pasang dengan dia dulu, sangat sangat berpuas hati.

Dr Jason check gigi aku, took some photos and everything dan bagi pilihan sama ada nak pakai atas sahaja atau atas bawah, sebab gigi bawah taklah teruk sangat, even tak cantik tapi taklah severe pun. I decided to wear both up and below, supaya bila dah siap nanti pergerakan gigi akan synchronize atas bawah. Dan paling best, tak payah cabut gigi! Inilah my biggest fear sebenarnya, wuuuu takut cabut gigi 😭 Alhamdulillah ada ruang yang cukup untuk gigi bergerak so Dr Jason kata tak perlu cabuut gigi.


Harga: RM6000 (half-price kalau nak buat atas or bawah sahaja)

Harga termasuk sekali buat moulding, X-ray dan kalau ada brackets tercabut sepanjang kita pakai (very likely to happen at the early stage sebab kita tak pandai nak agak nak kunyah makanan) boleh datang anytime untuk pasang semula.



Ni masa buat mould (acuan) gigi asal. Rasa mint-y acuan tu, macam chewing gum 😋

Lepas selesai kat sini, kami pergi buat X-ray kat another clinic nearby, Dr Jason call doktor kat situ to inform that we are coming, dan bayaran X-ray tu akan ditolak sekali dalam total cost RM6000 tu.



Ni process buat X-ray gigi. Lawak je rasa sebab first time buat.


Sukanya dia 😝



Haa ni hasil x-ray. Selain berlapis, gigi aku macam panjang dan narrow ke dalam, Dr Jason kata nanti dia akan pasang braces in a way that not only gigi akan tersusun, tapi akan masuk ke gusi so that kurang panjang. Hoh boleh ke?? He said it is possible, so tengoklah hasilnya setahun dua lagi.

So total habis untuk hari pertama tu adalah RM250 (moulding and apa entah) dan RM200 untuk x-ray. RM450 daripada RM6000. Nanti hari pasang braces nanti, kena bayar deposit RM1500, lepas tu bayaran bulanan RM250 sampai habis RM6000.

Hari pakai braces

2-3 bulan kemudian which is 2 minggu lepas, baru aku made appointment untuk pasang braces. Sebab nak habiskan sebulan puasa dan sebulan raya dulu makan puas puas kahkah! Tu pun dah ada second thought macam taknaklah buat braces, sebab hati membuak buak nak start TTC new baby huhu. I proceed anywayyy, datang sorang je kali ni drive sendiri. Mengadalah pasang braces pun nak suruh laki ambik cuti.

Proses pemasangan ambil masa sejam, sejamlah mulut aku ngangaaaa je disokong oleh benda alah dalam mulut tu entah apa nama. Brackets dipasang satu satu, lekatkan ke semua gigi dulu sebelum pasang wire. Takde pulak gambar masa pasang, rasa macam nak suruh assistant Dr Jason tu tolong ambil gambar, namun niat itu dibatalkan demi menjaga air muka sendiri.


Dah siap! First send this video to H dan Oyah. Oyah cakap nampak muda tehehehe yelah kau. Kalau selfie memang nampak cantik, tapi bila ambil gambar dari depan...


MACAM SI GIGI RONGAK! 😭

Terus aku insecure nak ambil gambar senyum lebar macam biasa. Senyum tutup mulut je semua gambar aku lepas itu 😭. Masa baru pakai braces tu aku berikrar di hadapan suamiku, "B taknak jumpa siapa siapa pun sepanjang pakai braces ni!", but of course it turns out otherwise. Tiba tiba aku dipilih untuk bagi speech/sharing untuk bukan satu, tapi dua event Cuckoo KENAPA MASA AKU CANTIK TAKDE SIAPA PANGGIL AKU BAGI SPEECH! 😤



First speech; Cuckoo Business Opportunity Meeting.


Senyum tutup mulut kuhkuh. Awkwardnya muka senyum tutup mulut ni, macam tak cukup ceria kehidupan beliau.



Second speech. Cuckoo System Committee Meeting. Ketaq oi bagi speech kat orang orang hebat Cuckoo.


Of course, senyum tutup mulut kakaka. Kena sound dengan Oyah terus "Kak Una tak payahlah insecure sangat sampai senyum tutup mulut! Senyum jelah macam biasa!" Pastu dia ada tambah "Cute jelah pakai braces sebenarnya" tapi mesti korang tak percaya kan dia cakap tu. Aku pun tak percaya 😛. My speech for both events turned out okay je, tak ada siapa highlight pasal braces aku pun kahkah. Or, mungkin depa highlight belakang aku 😷 

Anyway I'm so glad that I took a step to proceed. The first few days aku memang malas nak makan sebab tak selesa makanan lekat kat besi, berat badan turun 3kg okay! Seronok kejap haha. Lepas tuuuuu dah dapat tune cara makan, hamboiii terus lupa diri. Berat badan pun kembali kepada sedia kala, tak guna 😑. Tak sabarnya nak gigi cantik! Secantik gigi Fattah Amin gagaga bye.



1 comment:

Syaffiqah Rahman said...

Sis, sakit tak masa mula-mula pakai tu?