expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, March 26, 2012

Penyediaan Puree Bagi Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum,

HEHE anak dah nak masuk 8 bulan baru nak cerita pasal penyediaan puree. Okay to be honest, Ammar Yusuf was introduced to semi-solid food when he was 6 months and a half, almost 7 months. Sebab plan asal aku sebenarnya nak bagi exclusive breastfeed (exclusive = susu sahaja tanpa makanan pelengkap) selama yang mungkin, kalau dapat sampai setahun pun lagi baik. Sebab aku selalu percaya susu ibu adalah paling baik, dah lengkap segalanya. In fact dalam Quran pun ada sebut,

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya" (Al-Baqarah: 233)

Taapiii, kesian la pula tengok budak bertuah tu setiap kali kami makan, mulut dia pun akan turut sama mengunyah dan pandangan matanya, ahhh, sangat menusuk kalbu. Pandangan yang seakan-akan bertanya, "Mummy when's my turn? Feed me feed me plish plishhh~~" Ngada okay cakap pelat-pelat.

Maka makanan pertama Ammar Yusuf, carrot puree. Yang dimakan dengan sangat gembira. Trust me. Walaupun tak sedap pun heh heh. Takpe, tak sedap bagi kita tak semestinya tak sedap bagi baby kan? Masa ni la nak improve his taste buds bagi dia rasa semua jenis sayuran.

Okay panjang sangat introduction, padahal nak cerita pasal penyediaan puree saje zZzzZZzzz.. This time is Fuji apple puree yeay!

1) Apples dibasuh dan dibuang kulitnya. Daddy mengalirkan airmata tengok Mummy buat ini, sebab ni apple kegemaran Daddy, "Nanti Mummy potong sikit bagi Daddy ye," pujuk Mummy seperti memujuk adik-adik eh kenapa masuk cerita ni?


2) Then, apples yang dah dibuang kulit dipotong dadu, or segitiga, or sfera mahupun elipse tak kisahlah apa bentuk pun jangan kau stress pula kalau bentuk tak jadi segitiga ke apa. Potong kecil-kecil, supaya bila rebus nanti dia cepat lembut.




3) Rebus dalam periuk selama 5-10 minit. Lagi bagus kalau boleh steam saje untuk mengekalkan nutrientnya. Kalau rebus, letak air sedikit sahaja. Sekadar menutupi apples itu sahaja. Sebab? Yes pandai, supaya tak banyak sangat nutrient yang hilang. I guna air dari water filter instead of air paip, biasalah pasal makanan anak ni tiba-tiba jadi OCD, paranoid sangat kalau cacing masuk perut ke apa entah.




4) Lepas rebus, blend sampai halus. Masa nak blend tu boleh masukkan air rebusan tadi sikit. Sikit je tau. Kalau guna food processor tak perlu masuk air eh? Tak tahu sebab tak pernah guna tssk. Kalau makanan tu memang jenis lembut macam sayur bayam/brokoli ke, tak perlu air. Better.






5) Dah siap blend, masukkan dalam bekas kecil-kecil sebagai stok. Aku guna ice-cube tray seperti di bawah, beli kat Giant RM3.99 dapat dua. Sebelum ni, lepas blend aku tapis dulu, baru masuk dalam ice-cube tray ni. Tapi macam terlampau halus pula. And renyah sikit. Bila cuba pada anak yang tidak ditapis, and dia boleh terima, so that's it. Tak payah tapis :)


6) Simpan untuk disejukbekukan. Kalau bekukan, boleh tahan selama 6 bulan. Tapi takde maknanya nak sampai 6 bulan, seminggu pun tak sampai.




Setakat semalam, inilah stok puree untuk anak bujang. Masa beli ice-cube tray tu kat Giant ada warna pink saje, kalau colorful mesti lagi comel je nampak hewhewhew penting ke nak colorful? -___-
Empat ice cube trays di dalam freezer itu mewakili empat jenis makanan seperti di bawah.


Ololo colorful comelnya, but looks can be deceiving sebab rasa tak seindah rupa heh heh. Takpe, sementara dia belum pandai memilih ni kita ajar dia makan semua yang berkhasiat ni :D
Orange: Carrot puree
Purple: Japanese sweet potato puree (telah dihentikan pemberian, sebab Mama berleter cakap benda ni angin, boleh kembung perut. Sayangnya nak buang sayangnyaaa..)
Green: Spinach puree
Pale yellow: Fuji apple puree

Setiap pagi aku akan bagi 2-3 kiub puree kepada babysitter untuk dipanaskan for my baby. Boleh juga dipanaskan sekali dengan bubur nasi sebagai lauk, atau dipanaskan begitu sahaja.

Nota:
Baby tidak memerlukan perasa tambahan seperti garam, gula, ajinomoto, Maggi cukup rasa dan sebagainya, sebab sistem penghadaman dan buah pinggang bayi belum bersedia untuk memproses semua itu. Anda mungkin akan menghadapi masalah memberi anak makanan berkhasiat jika anak anda diperkenalkan makanan mengandungi gula dan garam terlalu awal.

Ikan bilis mengandungi kandungan garam yang sangat tinggi. So kalau nak include ikan bilis dalam bubur, kena basuh dengan lama supaya kandungan garamnya berkurangan.

Sehingga 2 tahun, susu ibu masih lagi makanan utama untuk bayi, yang lain-lain ini hanyalah pelengkap sahaja. Bukan sebaliknya.
And yeah, inspired by Dr Halina's blog, I also purchased this application from AppStore. HEHE, senang tak payah nak bawa buku resipi ke dapur, plus resipi dalam ni sangat-sangat senang untuk orang yang tak berapa pandai memasak macam I *shy*


Best tak best tak?? :D


I can't wait to try this. Dah masukkan dalam planner dah. Gonna buy salmon straightaway this evening hewhewhew.


And this. Sebab ada lagi sebiji apple kegemaran Daddy dalam fridge hihihi alala cian Daddy :p


And also this. Okay maybe without the apricot, amboi fancy sangat la pulak makanan budak bertuah ni -__-
Nanti kalau jadi, I'll share the recipe. Tapi err, segan rasanya nak share recipe dengan uols yang of course lagi hebat di dapur ni, umpama orang yang tak cun nak share rahsia kecantikan dengan awek paling hotstuff saje isskk..



20 comments:

  1. Wahh..gud2...urmm, lambat lagi boleh buat untuk Ayesha ni..so, buat untuk Abah dia dulu la. hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak Abah dia nak makan puree ke?? Haha. Nanti Ayesha dah boleh makan nanti mesti fancy-fancy makanannya, dah Mama dia terer masak :D

      Delete
    2. Terer tang mananya Una oi..masak guna resipi internet je. kahkah! Aah, nak bagi Abah dia makan puree. Bagi kurus sikit. Hahaha! eh, ampun bang!

      Delete
  2. nak sikit....:q
    hewhewhew *perangai buruk lantak cmnilahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sedap punlah, makanan orang dewasa lagi sedap sebab campur banyak bahan perasa heh heh :p

      Delete
  3. wahhh.. entry yg ditunggu2!! hehe sbb my bb dh boleh mkn lg 3 minggu. ibu yg lebih xcited nk masak hehe. ok, dah paham pasal nk wat puree ni. tapi, bab panaskan tu, camne lak. mcm panaskan susu ke. opss dan cube tray tu sama cam cube buat ice ker..

    thanks answering!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai hai!

      Erm well, bab panaskan tu kita panaskan guna warmer (yang guna untuk panaskan susu tu). Pusingkan kat 70 darjah Celcius. Memang betul-betul panas la sampai nak suap tu kena tunggu sejuk sikit huhu. Tapi kalau hantar kat rumah Mama, dia panaskan dalam periuk (double boiled) sebab Mama tak confident dengan warmer tu :/

      Yup ice-cube tray tu memang sama macam yang untuk buat ice cube tulah HEHE. Kat Giant ada macam-macam bentuk lagi, tapi make sure yang berpenutup, supaya tak contaminated dengan daging ayam segala kat freezer tu :)

      Delete
  4. Una,
    nnt dh msk share la recipie ek..Ammar Yusoff dh masuk 8m++ kan leh la bg pasta, ayam, ikan tenggiri..tp kan recipie dr.halina tu kita belum try pun lg hehee..selalu i letak salmon dlm bubur suri. bubur+fruit+vegie & salmon tu i goreng jap guna unsalted butter sikit pastu kasi hancur and tabur jeh dlm bubur. sedap kot :)

    ReplyDelete
  5. 1st time leaving a comment here. Hehe. Anyway, baby kita sama umur la, my baby Z is going to be 8 months old in two days :)

    Btw, i've tried giving apricot to my baby, kat Giant ade jual sun-dried ones yg organic. (for me, sangat manis, so tambah air secara banyak). And he loves it! In fact, kalau ade vege puree yg dia tak suka, campur je 1 cube apricot insyaAllah abis. Hehe.

    ReplyDelete
  6. 1st time leaving a comment here. Hehe. I think our babies are about the same age lah, my baby Z is gonna be 8 months old in two days! :)

    Btw, i've tried giving apricot to my baby, and he loves it! Kat Giant ade jual sun-dried ones yang organic. (tp for me, sangat manis, so tambah air secara byk). In fact, kalau ade vege puree yg dia x suka, tambah je 1 cube apricot, insyaAllah confirm abis :)

    ReplyDelete
  7. good info :-)
    i like especially application di appstore tu.
    nice!

    landed here after google pasal puri anak. i follow u too...

    ReplyDelete
  8. thanks for the info..
    nice sharing

    sonoknya tengok mummy2 rajin ni

    ReplyDelete
  9. Thanks.gd info....
    Cuma nak tnya gak....kl puri anak ni dlm ciub ni thn brapr lame..? And wat puri ni every weekend ke?

    ReplyDelete
  10. yeayy tq for sharing this, x sabarnye nak bg baby makan :)

    ReplyDelete
  11. thanks dear....info yang dicari2...:)

    ReplyDelete