expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, March 22, 2012

Barely Superhero

Sejak kebelakangan ini, Ammar Yusuf selalu sangat menangis secara tiba-tiba masa tengah tidur.

Menangis kuat pula tu. Tapi mata tetap terpejam. Nightmare agaknya. Daddy hanya menggelengkan kepala, "Anak dengan emak ni, dahlah muka sama, perangai pun sama. Selalu mimpi bukan-bukan."

Ya memang selalu sangat dalam kereta on the way nak pergi kerja aku cerita mimpi ngeri aku pada Suami.

So apa yang aku buat apabila Ammar Yusuf menangis dalam tidur, aku datang peluk sambil tepuk-tepuk bontot dia sambil cakap,

"Mummy sayang Ammar Yusuf, Mummy ada sini.."

Awalnya, aku sendiri tak yakin apa yang aku buat itu boleh menenangkan dia, it's something like, bukan dia faham pun kan? But actually, it works. It really works, most of the time.

Dan perasaan apabila dia tertidur semula dalam dakapan aku dengan mulut aku tetap menuturkan ayat yang sama berulang kali... memang membahagiakan.

Memang best, bila mengetahui ada seseorang yang benar-benar bergantung pada kita. Almost 100% counting on us. Memang best, bila kehadiran kita membuatkan seseorang berasa selamat, dan dilindungi.

Memang best, bila sekali sekala dapat feeling jadi superhero ;)

"Mummy sayang Ammar Yusuf, Mummy ada sini.."






- Posted using BlogPress from my iPhone


6 comments:

  1. sweet!...actually mmg kita ptt buat mcm tu...Yana buat bl Ariff nangis waktu tidur, alhamdulillah dia akan tenang balik & terus tidur nyenyak

    ReplyDelete
  2. samaaa..i pun akan ckp 'tido sayang mommy ada ni.. mommy sayang suri' hehee..rasanya it happened kat semua baby la una..suri masa dia bape bln tah time tgh tido tiba2 bgn nangis minta dukung (mesti dukung klu tak akan terus nangis n nak ngan mommy jeh dgn abah tamau T_T) pastu tido blk..skrg dh okay tade dah camtu..what i did time tu bc ayat qursi kt telinga dia insyaAllah lena smpai pg :)

    ReplyDelete
  3. ammar yusof sangat bertuah beliau di kurniakan barely supermom ;)
    btw sis.suke bace ur blog.baru terjumpe.maaf ketinggalan zaman sedikit.
    suke bace.dan suke tatap muke ammar yusoff yg super comel tu.ALLAH bless u n family sis

    ReplyDelete