expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, November 26, 2010

Kecuaianku

Aku tak tahu apa nak jadi dengan diri aku ni. Kadang-kadang fed up juga dengan sifat semulajadi (semulajadi konon) yang tak boleh nak berubah walau bagaimana kuat aku berusaha ecehceh.

CLUMSY. CARELESS. SLOPPY.

Makan-makan nasi lemak. Habis makan, bungkus cepat-cepat. Terlampau cepat sampai baki nasi lemak tercampak ketika tergesa-gesa membungkus -__-

Kupas bawang. Siap kupas, kaut guna tangan bawa ke sinki (langsung tak ada initiatif inisiatif nak guna mangkuk ke apa). Basuh. Selesai basuh bawa ke dapur luar untuk tumbuk. Jatuh sebiji. Kutip untuk basuh semula. Masa basuh semula lagi 2 biji terjatuh dalam periuk semalam yang belum basuh penuh dengan sisa rendang. Rasa nak mencarut pun ada -__-

Minum air guna cawan plastik. Nak letak atas meja, dah sampai meja tiba-tiba cawan itu terbalik dengan air masih di dalam. Rasanya tadi dah letak elok dah. Tumpah -__-

Memandu. Jumpa selekoh tajam. Nak belok. Dalam pada berhati-hati taknak terselisih dengan kereta sebelah, aku ternaik atas divider bodoh betul bercalar skirting kereta aku T_T

Berselisih faham dengan Suami. Setelah berfikir lama, terasa bersalah. Lalu nak minta maaf. Pusing belakang nak jumpa Suami, terlanggar beliau yang sedang berjalan bawa mangkuk berisi lauk kuah-kuah. Tumpah. Bila masa dia ada kat belakang aku? T_T

Itu satu kes.

Berselisih faham dengan Suami. Setelah berfikir lama, terasa bersalah. Lalu nak minta maaf. Pusing badan nak salam, tersiku muka Suami yang tengah potong kuku di sebelah. Kau rasa dia boleh sabar tak?

Belum masuk kekerapan tersepak bucu katil, terlanggar dinding ruang tamu, terduduk atas cermin mata baru sampai pecah... T_T

Rasa loser gila. Kadang-kadang, di kala emosi tengah tak stabil masa itulah jari nak terkena papercut, masa itulah eye-liner nak tersasar terkena biji mata, masa itulah tangan tergerak cepat sangat tertepis compact powder lalu terjatuh dan pecah.. Rasa nak menangis pun ada......

Aku memang cuailah. Seringkali pergerakan tangan hilang kawalan. Setiap kali makan, terutama apabila berada di majlis-majlis formal, memang aku akan sangat berhati-hati supaya tidak terpercik, tertumpah, terpecahkan pinggan mangkuk ke apa. Kagum betul dengan perempuan yang anggun betul, yang bergerak gracefully secara sempurna tak ada cacat cela pun. Ke sebab aku yang kasar sangat?

Kenapa aku tak boleh jadi macam tu pun? Benci :'(



16 comments:

  1. you will get better in tine...
    enjoy ur life :)

    ReplyDelete
  2. yelah yelah aku dah betulkan.
    duh. tiba-tiba semua orang nak cari kesalahan aku guna anonymous
    -__-

    ReplyDelete
  3. i follow ur blog evryday....but i don't have blog nor google account & that's why i use anonymous...
    (time...not tine....aiiyyohhh ^_^)

    ReplyDelete
  4. i selalu clumsy macamtu time jiwa kacau. maybe ada something bothering u kut babe..

    ReplyDelete
  5. sabar kak una. sometimes we need masa yang lama untuk improvise diri kita. as time passed by, we'll learn our mistakes. :)

    ReplyDelete
  6. Anonymous:
    yelah. mekasih :)


    BURDHANI:
    not really. I memang clumsy walaupun takde apa yg mengganggu fikiran pun T_T


    f.a.r.a.h:
    but babe, i don't think this is mistakes.
    this is more to bad habits.
    yang ada sejak azali (nak salahkan ibu mengandung lah tu heppp hepppp)


    daisy:
    aku dah baca! aku dah baca!
    kahkahkah!
    you really make me feel better now :P

    ReplyDelete
  7. heee. clumsy! memang selalu macam tu. tambah2 bila campur dengan emosi. :)

    ReplyDelete
  8. ni org jawa panggil 'gusur'..hehehe

    selalu gini, semua ni maybe memang dah tu pembawakkan kite.betul la.bende2 sejak azali ni susah nak buang.tapi boleh control...kak una kene selalu set jangan gopoh, jangan gopoh nnt ok ler..hehe...

    ReplyDelete
  9. hahaha...walaupun tone entri nampak marah, aku takleh tahan gelak. part eyeliner kena bijik mata has just made my day.

    ReplyDelete
  10. clumsy itu comey... don't worry, lama-lama ok lah tu..mungkin pergerakan motor anggota badan tak synchronize dengan emosi menyebabkan terjadi sedemikian rupa

    ReplyDelete
  11. hahahaha!same mcm aku,kelam kabut bile selekoh, last2 ternaik ats divider!!pastu tengok side mirror, fuhhh selamat bukan mamat hensem kt belakang! hahaha!

    ReplyDelete
  12. Rara Nasiha:
    hell yeah! tsk.


    cikmemy:
    gusur rupanya.
    macam manalah aku orang jawa pun tak tahu (tiba-tiba mengaku Jawa kenapa heh heh)
    aah macam tulah akak selalu buat, sentiasa ingatkan diri. tapi kadang-kadang tergopoh juga. haish.


    avid gunner:
    sakit doh termasuk kat biji mata T_T


    Radin Fadli:
    tak comey pun :(
    dah 25 tahun dah, tak cukup lama ke..


    feeda:
    kahkahkah!
    ni memang sama!
    sepp sepppp!!!

    ReplyDelete
  13. haha you are not alone, by the way. i'm just as clumsy as you are.

    especially part pecahkan pinggan, tumpahkan air dan apa saja yang ada atas meja makan.

    *sigh*

    ReplyDelete
  14. Hahaha.. this is soooo true!! saye pun same. Paling benci part tersepak bucu katil ngan kaki meja. part bawang tu, bukan bawang je, sume benda pun pakat nak jatuh ramai-ramai, tegolek-golek dalam dapur. Paling clumsy sekali, tertumpahkan gule atas lantai dapur. Such a klutz!Grrr....

    ReplyDelete