Friday, November 5, 2010

Kenapa Kau Perlu Bersyukur?

Pernah tak kau tiba-tiba rasa down gila, rasa paling tak berguna, rasa kau lah paling malang, rasa give up segala. Aku pernah. Kita senang bercakap fikiran kena positif, hati kena berprasangka baik, dan kena bersyukur. Hm. Yeah, kena bersyukur. Tapi apabila tiba masanya dugaan melanda, adakah semudah itu kita memujuk hati? Kalau aku, if its not cursing at the wind, I cried silently *ego*.

Oleh itu entri ini adalah handbook untuk aku berpatah balik untuk baca, bila dilanda kemurungan, down gila, rasa paling tak berguna, rasa kau lah paling malang, rasa give up segala. Fine aku malas nak taip so aku just copy paste ayat pendahuluan tadi.
  1. Aku bersyukur, walaupun tidak secantik model ke apa, wajah aku masih boleh market tehehe diamlah dikira lengkap segala pancaindera. Sempurna sifatnya. Di tempat lain ada yang tidak boleh melihat, tidak boleh berkata-kata...

  2. Aku bersyukur walaupun Mama garang masa kecil dan pernah kurasakan seperti cuma anak tiri, bila besar Mamalah tempat kami bergelak ketawa, tempat menumpang bahu/peha/perut untuk menangis, Mamalah yang dirasakan paling memahami kami..

  3. Aku bersyukur walaupun belajar taklah gempak mana, tapi masih diterima bekerja di kompeni yang elok-elok.

  4. Aku bersyukur, walaupun gaji taklah sampai lima angka ke apa, tapi masih mampu hidup, masih mampu bayar ansuran kereta, masih mampu belanja adik-adik dan anak buah, masih mampu menghulur pada ibubapa walaupun tak seberapa.

  5. Aku bersyukur, walaupun kawan-kawan semua sibuk dengan kerjaya dan hidup masing-masing, hubungan tetap erat dengan adanya teknologi zaman sekarang.

  6. Aku bersyukur, walaupun dalam keluarga ada naik turunnya, pasang surutnya, hubungan kami adik-beradik tetap baik.

  7. Aku bersyukur walaupun gigi aku tak la tersusun mana, tapi masih berani untuk senyum lebar nampak semua gigi. So gambar nampak variety, bukanlah semua gambar pun senyuman sama sahaja nak control gigi punya pasal -____-

  8. Aku bersyukur, setiap pagi dibangunkan di sebelah lelaki yang paling aku cintai, dan paling indah apabila dia turut mencintai aku.

  9. Aku bersyukur, walaupun rumah kami kecil, tapi ITU RUMAH KAMI.

  10. Aku bersyukur, blog aku walaupun bahasanya kasar, tiada tips atau tutorial berguna, tidak banyak gambar-gambar menarik, tapi masih dapat diterima pembaca.

  11. Aku bersyukur ada 70 orang yang sudi 'like' Being Husna Hadzarami di Facebook :')

  12. Aku bersyukur, walaupun aku selalu menyakat/bergaduh berebut selimut/tutup muka dengan rambut panjang dan buat suara garau berlakon jadi hantu untuk menakutkan anak buah, tapi mereka masih mencari aku bila berjauhan, masih memuji aku macam Princess di hari perkahwinan, dan masih melompat-lompat kegembiraan sampai terhantuk kepala di pintu menyambut aku apabila aku datang melawat :')

  13. Aku bersyukur kerana pernah merasa hanger/getah paip/rotan hinggap di badan kerana malas/tipu-tipu sembahyang ketika kecil. So bila besar, walaupun sembahyangku tidak sempurna, aku masih bersembahyang.

  14. Aku bersyukur walaupun muka aku biasanya banyak jerawat, tapi dekat-dekat hari perkahwinan jerawat macam segan-segan pula nak keluar.

  15. Aku bersyukur satu-satunya adik perempuan aku mempunyai saiz badan dan ketinggian yang lebih kurang malah mempunyai cita rasa yang baik dalam berfesyen so sekali sekala apabila terasa nak dress up nampak muda sikit aku pinjam baju/handbag dia tehehe..

  16. Aku bersyukur mempunyai kakak seorang doktor, apabila diri sendiri sakit atau kawan-kawan sakit aku sentiasa ada sumber yang baik untuk dirujuk for advice.

  17. Aku bersyukur kerana tidak terus nakal dan memberontak seperti zaman sekolah. Malah aku bersyukur kerana pernah nakal dan memberontak, membuatkan kini aku lebih kenal siapa kawan siapa lawan.

  18. Aku bersyukur kerana tidak pernah mempunyai sifat ingin tahu/ingin rasa/ingin alami pada sesuatu yang sia-sia seperti dadah, arak, dan sebagainya.

  19. Aku bersyukur Suami jenis tidak memilih makan. Dan suka makan.

  20. Aku bersyukur keluarga mertua sangat baik hati dan menyayangi.

  21. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan orang yang salah sebelum berkahwin, dengan itu aku lebih menghargai kehidupan sekarang.

  22. Aku bersyukur rumah kami terletak di tingkat 4, dan office juga di tingkat 4. TAKDE LIF. Dengan demikian aku boleh bersenam secara tidak langsung T_T

  23. Aku bersyukur walaupun pernah accident ketika ujian JPJ, pernah himpit motor polis sampai dia terjatuh dan terpaksa bawa ke hospital which end up dia asyik SMS je lepas tu dan pernah dilanggar polis dari belakang, aku masih tidak trauma dan boleh lagi memandu ke sana sini.

  24. Aku bersyukur dianugerahkan suara yang kasar/garau so apabila ada orang lelaki call yang tersalah nombor tak pernah pun lepas tu dia call/SMS semula nak berkenalan ke apa sebab dia ingat aku lelaki T_T

  25. Aku bersyukur rakan sekerja semua ibarat adik beradik, maka apabila outstation ke ceruk hutan belantara sana tidak pernah risau atau takut kerana dijaga abang-abang yang baik :)

  26. Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang besar dan pernah merasai kehidupan yang susah di mana nikmat makanan memang amat terasa kerana terpaksa berkongsi beramai-ramai.

  27. Aku bersyukur walaupun kaki aku saiz 6, namun masih boleh pakai saiz 5 dan 7. Maka sentiasa ada banyak pilihan.

  28. Aku bersyukur walaupun aku jenis panas baran dan Suami mempunyai ego yang tinggi, beliau sanggup memilih untuk menjadi air sekiranya berlaku perselisihan. Cuba kalau dua-dua keras kepala berebut nak jadi api?

  29. Aku bersyukur aku hanya allergic pada mi kuning, bukan pada nasi. Ataupun ayam. Ataupun daging. Tsk.

  30. Aku bersyukur aku boleh makan durian dan petai. Orang yang tak makan durian dan petai rugi oh! Kurang satu nikmat hidup.

  31. Aku bersyukur walaupun aku orang kampung, aku tidak batak sosial.

  32. Aku bersyukur dibesarkan oleh ibubapa yang suka membaca.

  33. Aku bersyukur hidup dikelilingi orang yang memahami lawak jenaka aku. Mati kebosanan lah aku kalau hidup dengan orang yang tak ada sense of humor langsung tskk..

  34. Aku bersyukur aku hanya ada seorang bapa dan seorang ibu. Tak ada tiri-tiri.

  35. Aku bersyukur terciptanya concealer dapat menutup dark circle bawah mata lantaran kerap membaca dalam gelap @__@.

  36. Aku bersyukur Sophie Kinsella sangat rajin menulis dan mengeluarkan buku-buku baru. She's dammnnn HILARIOUS! Homaigot.

  37. Aku bersyukur nama aku Husna. Yang senang disebut. Dan bermaksud 'Baik'. Cuba kalau nama aku Maxlsizinkjsiakkii?

  38. Aku bersyukur wujudnya Twitter. Sangat sesuai untuk orang yang selalu ada benda nak cakap, dan tetap nak cakap walaupun tak ada orang layan T_T

  39. Aku bersyukur Afiq bagi pinjam Maxis broadband sementara aku belum ada internet di rumah, so boleh update blog dari rumah dan menghilangkan kebosanan sementara Suami pergi gig dengan kawan-kawan T_T. OK aku yang malas nak ikut sebenarnya so jangan nak menyesal sekarang.

  40. Aku bersyukur walaupun kami berlainan citarasa (Suami suka Honey Stars, aku suka Coco Crunch; Suami suka Twister Oren, aku suka Twister Epal; Suami prefer iPhone, i prefer DSLR), tapi beliau tak pernah bosan minta pendapat aku dalam banyak perkara membuatkan aku rasa penting.

  41. Aku bersyukur dilahirkan daripada perut Puan Maimunah, bukan Puan Letchumi atau Puan Christina atau Puan Ah Mui. Maka aku lahir sebagai Muslim.

  42. Aku bersyukur tempat bekerja ada surau yang selesa dan boleh sembahyang pada bila-bila masa tak perlu lagi tunggu giliran atau curi-curi sembahyang seperti yang berlaku di sesetengah tempat.

  43. Aku bersyukur pernah bekerja sebagai cashier di supermarket Big A ketika cuti semester dan dipukau/diperdaya sekumpulan customer Arab ke apa entah sampai terpaksa ganti dengan sebulan gaji. Membuatkan aku lebih berhati-hati dengan perkara melibatkan wang dan orang asing.

  44. Aku bersyukur aku tidak/belum rabun maka tak perlu memakai cermin mata atau contact lense nampak tua doh kalau aku pakai spek!

  45. Aku bersyukur kerana tidak perlu menjadikan shopping sebagai terapi di kala stress. Banyak lagi kot cara yang lebih praktikal dan berkesan. Which doesn't involve money and less bimbotic.

  46. Aku bersyukur walaupun hidup aku biasa-biasa sahaja, aku masih ada 46 perkara untuk disyukuri. Dan mungkin lebih lagi sebenarnya, cuma I'm just too tired to list out everything tonight *yawning*.
So guys, come on. Beat me up, you must have a lot more than this right? So be grateful for what you have, you'll end up having more :)



8 comments:

Anonymous said...

Aku bersyukur sbb ada blog husna yang kadang membuat tak kering gusi gelak.

Amal said...

hai kak Maxlsizinkjsiakkii.

ok kak husna, aku suka entri ni. :D

FAA said...

i pon penah buat pasal syukur. terasa, eh banyak nye nikmat i dapat. Alhamdulillah. happy for you. :)

Wanie-san said...

Hahahaha
banyak nya!
tp tetap baca sampai habis!
kita perlu bersyukur dgn apa yang kita ada,alami,dan rasai kan?hehe

Nor atau Nad said...

saya bersyukur kenal kak una
punyelahh berjuta belog kat internet
but i end up reading ur selamber blog
which is my feberet ever

radin fadli said...

post yang terbaik...=)
suara macam lelaki ke?takde lah =)
tk cantik macam mmodel..tapi ciri2 model ada..ask me, i know ,saksi hidup ni...
saiz 6...okey nnti besday leh belikan kasut untuk puan husna ..=)

Zainab said...

"Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang besar dan pernah merasai kehidupan yang susah di mana nikmat makanan memang amat terasa kerana terpaksa berkongsi beramai-ramai."

suke sgt statement ni...
even, adik beradik zainab ramai, but best sgt bile sume da besar2... time kecik maybe org nampak serabut sket kot... bayangkan 1 team bola... hehee...

time tu bile mak beli nasi lemak, yg besar kena share ngan yg kecik... best kan mkn ramai2...
bersyukur....

anyway, blog una mmg best!! rajin2 tulis tau..

Anonymous said...

sophie kinsella ada buku baru kan. tp mcm nda mampu pula mau beli sekarang. kehkehkeh . mahal la.. benci aku. =(