Tuesday, November 16, 2010

Teratak Cinta Aku

Aku malas so aku tukar layout jadi putih je. Aku tak pandai Photoshop so aku guna je header dari template asal. Nantilah aku buat header, sebab nak reka header ni kena betul-betul ambil masa. Taknaklah guna header yang berlambak kat website lain tu. Lambat loadingnya. Tapi aku rasa macam cool je background semua putih, sebab ramai blogger cool guna background putih maka aku tiru. Orang Melayu kan suka meniru. Hehe..

Aku malas, malas dan malas.

Sekarang aku hanya fikir pasal rumah saja. Asal ada masa (which is most of the time) aku buka website pasal rumah. Interior designing. Best oh. Kalau ada banyak duit.

Yes, if money is not the issue..

Aku kena realistik. Aku bekerja biasa-biasa saja. Suami juga kerja biasa-biasa saja. Malah belajar separuh masa lagi. Maka perbelanjaan harus diatur secara bijak. Nak beli segedebuk semua sekali memang tak mungkinlah. Tak mengapa, kita mula dari bawah :)

Apa yang aku buat, survey dari website. Jalan-jalan IKEA. Ambil gambar, curi idea. Dan cuba cari exactly the same di kedai perabot yang lebih murah. Tapi barangan IKEA juga kadang-kala boleh jadi sangat murah, cantik pula tu. Depends, kalau pandai cari kena pada masanya.

Banyak perkara perlu diambil kira. Dah jumpa yang cantik dan murah, besar sangat lah pula. Rumah kami kecil sahaja, apa perlunya sofa besar sedunia? Suami allergic habuk, kalau rumah berhabuk memang sampai ke malam dia bersin tak berhenti. Oleh itu penggunaan karpet mungkin kurang sesuai.

Seronok merancang itu ini dengan Suami. Rumah yang asalnya kosong, kini diisi satu persatu. Setiap kali perabot baru dihantar memang teruja betul. Senyum lebar Suami memeluk bahuku sambil memerhatikan orang kedai perabot memasang barang-barang. Biar kecil, ini rumah kami. Sekurang-kurangnya tak perlu menumpang rumah ibu bapa atau hidup menyewa. Itu sudah cukup menyenangkan.

Orang boleh berkata apa sahaja. Namun hakikatnya hanya kami yang mengetahui. Bak kata Perempuan Jomblo, rasa dahulu. Walaupun kau seperti sangat matang, dan konon belajar melalui pemerhatian segala, kau takkan benar-benar faham hidup berumahtangga kalau bukan kau sendiri yang melaluinya.

Esok, genap 2 bulan kami hidup berdua, berkongsi tempat tidur, berkongsi almari baju, ketawa bersama, bergaduh merajuk bagai. Baru 2 bulan. Tak payahlah asyik nak tanya perut aku dah ada isi ke belum.



7 comments:

Anonymous said...

ya husna,
hanya yang benar menempuhnya baru tahu dan bisa kata yang sama ulang-ulang
"kalau lah aku tahu indahnya perkahwinan ini begini, pasti aku sudah lebih lama berkahwin"

dan

semua pesong pada yang sulit-sulit hal.
sinikal bukan?
biarlah, sebab kita adalah apa yang kita fikir.
aku percaya itu.

dan seperti kata yang lain
selepas kahwin nanti,
akan terasa nikmatnya berjemaah sekali,
nikmatnya sentuh lembut penuh mesra seorang suami walau hanya berlaga sebentar di depan telivisyen,
dan gelak tawa yang simpul-simpul malu pun pasti lebih indah-indah memberi pelangi hidup.

ah.
wife aku sendiri bising dalam gaya dia untuk memberi atur-atur baru untuk rumah. bukan untuk gaya dan bergaya, tapi lebih untuk buat hati sentiasa puas melihat mahligai yang sekecil ini indah bersama kasih yang tersimpul antara suami dan isteri.

dan
pasti tidak adil aku nak bercerita indahnya bila melihat sufia tolong mengemas kan? biarlah, nanti kamu tahu sendiri dengan hanis.

cuma aku mahu pesan,
biar apa kata orang,
yang penting, kefahaman antara kita kena lebih kuat, dan percaya kena lebih dalam.
biar apa jadi, itu dugaan, dan rezeki dari Allah.
Allah know the best, cause Allah is The Almighty. The Only.

selamat berbahagia

p/s:
"eleh baru kawin memang macam tuh"
sinikal bukan?
"you are what you think! and every moment is always a fresh moment from akad if you how and you willing too :)"

zella y said...

rezeki datang drNya..
rezeki dtg dlm perbagai bentuk...

mmg slalunya bila belom kawen,org ty bila nk kawen...bila dh kawen,org ty bila nk ade baby... kdg2 boleh bikin org stress...

suka la gambar kat sebelah tu.... sweet gitu... bila la i nk kawen nih...hahahhaha

Husna Hadzarami said...

AJ Nismihan:
indahnya susunan kata-kata kau.
buat aku rasa bertuah sangat tergolong dalam golongan yang dah berumahtangga awal ni. eh awal ke 25 tahun? hehe :p
harap kebahagiaan ini bukan setakat di awal perkahwinan sahaja.
best lah kau ada Sufia. dengar cerita ada sorang lagi coming soon kan?
you're so lucky, buddy.


zella y:
you're right.
kalau nak cakap pasal rezeki memang subjektif.
datang dalam pelbagai medium.
kalau asyik nak dengar kata-kata orang, memang takkan ke manalah kita.
hehe gambar nikah tu ke? thanks.
nanti sampailah jodoh zella.
insyaAllah.

Anonymous said...

aku suka ayat last. heuheuhuehue.

FAA said...

kak una, rumah kecik pon ade juga rumah sendiri. tempat manje2 dengan abg hanis, tmpat mula kan hidup baru dgn abg hanis kan? takpela. slow2. rumah kecil, tapi bahagia, ape ade hallll. *ala2 rempit. ehehe.

Anonymous said...

jeles je rasa tengok mereke2 yang ada header cantik2. nak buat, tapi tak reti.. :)

Husna Hadzarami said...

shakinah:
don't you even think of asking me that. hehheh.


f.a.r.a.h:
hehe. matang lak ayat you kali ni.
bila nak datang rumah?
bukan jauh mana pun.
eh tapi you dah grad eh??


Rara Nasiha:
kita pun tak reti.. *sigh*