expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 22, 2010

10 perkara tak penting mana

Blog aku makin boring oh. Sebosan rupa parasku yang kusam sekarang. Boringlah. Terasa nak tukar penampilan kepada sesuatu yang lebih vogue dan tampan.

Penampilan bosanku. Tengok aksi Suami kat sebelah pun tahu aku begitu membosankan T_T


Ah persetankan semuanya. Biar penampilan nampak membosankan, asalkan hati sentiasa suci kahkahkah.

OK perkembangan terkini diriku yang bajet artis orang nak tahu perkembangan.
  1. Badanku makin kembang. That goes without saying.

  2. Oh I have a new passion. It's Entourage! Suami cakap ianya disebut sebagai on-tu-raj. Annoying betul bila tersalah sebut depan beliau -__-. OK OK memang loser baru nak tengok sekarang. Diamlah. Sebab tengok dalam portable hard disk Suami ada dari Season 1 sampai 7, maka aku mengambil keputusan untuk menghilangkan bosan dengan mula menontonnya macamlah tak boleh menghilangkan bosan dengan mengaji Al-Quran ke apa. Mula-mula tengok tak ada subtitle langsung. Sampai stress aku kena dengar betul-betul nak fahamkan dialog. Macam manalah Suami boleh tengok sampai 7 season tanpa subtitle?? Memang orang Amerika agaknya laki aku ni. Melihatkan tekanan perasaan yang aku alami, maka Suami berusaha mencari subtitle untuk semua episod, suwit gilew rasa. Hasil tontonan? Vocabulary kata-kata carutan semakin bertambah syabas Suami, syabbbaassss T_T.

  3. Rumah kami dah ada TV. Tehehe. Tapi tak ada soket untuk cucuk antenna ke apa entah so tak boleh tengok lagi T_T. Maka harus menunggu sehingga hujung minggu ini ada pakcik akan datang tambah soket dan sebagainya. Nanti aku show-off TV baru kami hehehe buruk betul perangai. Eh lupa. Terima kasih ibu bapa mertua yang membuat kejutan tiba-tiba belikan. Sayanglah :)

  4. Gambar atas ni masa kami jalan-jalan cari barang di IKEA. Pakai baju Oyah. Hehe. Perlu bagitahu sebelum dia kecoh kat komen :P

  5. Oh aku pakai baju kurung pergi IKEA bukan sebab dah tak muat baju lain kau ni memang nak kena tampar cakap aku tak muat baju lain, tapi sebab baru balik dari wedding kawan baik Suami who's marrying a former actress Baizura Kahar.

  6. Tak bergambar pun dengan dia, seganlah kena naik pentas segala. Lagipun sentap sebab masa nampak aku dengan gembiranya dia bertanya aku dah pregnant ke belum. Mesti sebab tengok aku gemuk semacam, mesti punyalah! *suka hati akulah nak sensitif tiba-tiba*

    Them. Masa aku kahwin. Saje lah tu taknak kalah letak gambar kahwin yang masih kurus lagi heh heh nasiblah.


  7. Suami sudah tidak malu-malu lagi makan tengah hari di rumah Mama setiap hari Sabtu. Tapi aku pula yang macam segan-segan kalau nak makan di rumah mertua. Tsk.

  8. Kerja aku semakin membosankan :(
  9. Atas bot pun boleh buat aksi bosan (sengaja cakap awal-awal sebelum orang lain melemparkan tuduhan berat cakap aku jiwang karat termenung teringatkan suami di perantauan).


  10. Semalam benar-benar terasa seperti suri rumah tangga. Bangun pagi siapkan breakfast. Kemudian basuh baju, gosok baju Suami untuk pergi kenduri (oh kami memang suka pergi kenduri so tak payah masak hehehe), balik kenduri Suami pergi study kat UTM aku bertungkus lumus memasak untuk hantar pada Oyah di Cyberjaya kau memang kena sayang aku lebihlah Oyah! Lepas drive sorang-sorang ke sekolah Oyah, balik rumah sambung basuh baju lagi (kena basuh separuh-separuh sebab tak muat ampaian). Lepas tu macam isteri mithali tunggu Suami balik untuk makan sama-sama. Oh, Suami tambah nasi dua kali malam tadi :) *kembang hati*

  11. Dahlah. Tak tahu nak tambah lagi. Kang aku reka cerita kau marah pula.

  12. Aku cakap dah, dah lah. (Annoying gila nak juga cukupkan 10 sabar jelah).


12 comments:

  1. baizura kahar cantik. aku suka diaa. :D


    shaxmalaslogin

    ReplyDelete
  2. kembang tu tanda bahagia kak una..hehe

    erm.confirm akak tgh bosan giler.sebab tu buat sampai 2 entry sehari..bosan keje eh sebab suami akak da xde kat department same.kan?kan?hehe

    ReplyDelete
  3. hahahaha
    busy benor sejak kawin ni ye..
    apa la segan sangat nak bergambar dengan bauzura kahar tu...bukan kak husna jenis xtahu malu ke??
    alamak!jgn marah akak!!!hehehe

    ReplyDelete
  4. Baizura dah pakai tudung eh? Sweet gila. cantik! eh, okay la, okay la..Una pon cantik juga.. :P

    ReplyDelete
  5. shaxmalaslogin:
    dah tu aku tak cantik??
    cakap cantik cepaaatttt!


    cikmemy:
    aah. bosan.
    eh hey hey, bukan sebab suami dah pindah department lah, sebab walaupun berjauhan kami selalu berhubung melalui Yahoo Messenger :D


    Wanie-san:
    bukan segan bergambar dengan dia.
    tapi siapa nak bergambar kena naik atas pentas. seganlah. kalau yg bukan artis buat macam tu pun aku segan gak nak naik (kenapa aku beria explain ni??).
    siot kau cakap akak tak malu~! (walaupun betul kahkah!)


    Arifah:
    aah. dia pakai tudung. sweet je.
    hehe sayang lah Pah ni :D

    ReplyDelete
  6. sweet je bersama suami tersayang. baizura kahar cantik, pakai tudung dah die. :)

    ReplyDelete
  7. ehhh. kenapa former actress kak una? die da tak jadi pelakon eh? *lame gile taktau dunia luar. haha

    anyway kak una, i ade gosip untuk u. ngehehehe. :D

    ReplyDelete
  8. 1st pic tu.. yg pakai baju itam tu.. adakah sudah kurus??
    tak tak tak.. mungkin itu mainan mata... mungkin sebab pakai baju itam.. tak.. tak kan?
    haha

    ReplyDelete
  9. sweet giler baizura pakai tudung. Hehehehe

    ReplyDelete
  10. yelah yelah, Baizura memang cantik T_T

    f.a.r.a.h:
    dia mana berlakon dah sekarang lah, sebelum kahwin lagi dah bersara. hah gosip apa?? cepat share cepat!!


    Lord Biohazard:
    ni yang tak best ni!
    mesti sebab dibandingkan dengan si baju pink maka beliau nampak kurus :((

    ReplyDelete
  11. babe, u dan ur husband nampak mcm psgn time2 couple-bercinta2 aje lagi, dua2 chomel aje. ^_^.
    and, chantek nya baizura bertudung.

    ReplyDelete
  12. Arip tu kawan laki ang rupanya....

    ReplyDelete