expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 27, 2010

Bila tengok bola :D

Semalam tengok Malaysia lawan Indonesia kat TV bersama Suami. Seronok. Tehehe, rasanya aku seorang je yang seronok. Sebab kelihatannya beliau macam pening kepala layan aku yang lebih banyak bercakap dan ketawa dari tengok bola :p

Nak nak bila berbalas-balas SMS dengan Oyah yang turut menonton di rumah. Dialah yang mulakan dulu, kacau betul -__-

Tengok player Malaysia nombor 16. Nama dia kuna. I pronounced it as k.una. Hahaha. Lawak gila kot.

Bila si Kuna tu jatuh, dia SMS lagi.

Alamak k.una jatuh la, baby OK ke?

Bodo la kau -_-". Lepas tu aku SMS dia pula,

Paling tak boleh blah Ipan dengan Abang Hamka main untuk Indon. Sanggup pakai topeng tuuuuu.. Taknak bagi orang cam..

(**Ipan = anak buah; Abang Hamka = abang ipar)

Dia tanya,

Kenapa Ipan dengan Abang Hamka yang kena -_-"?

Aku balas,

Tak nampak ke player Indon nama Irfan dengan Hamka? Harharhar.

Bila si Safee yang hebat tu jaringkan dua gol, beria-ia aku SMS;

Safee lagi laaaaa!! Rasa nak namakan anak Safee la nanti. Ermm, maybe not.

Oyah siot gila balas,

Jangan la.. Macam minyak sapi.. Nanti panggil, baby sapiiiii.

Haha jahat betul.

Kesimpulannya, walaupun aku bukan kaki bola, game malam tadi memang best lah. Cuma tak best bila ada penonton yang tak pernah bersekolah bawa laser masuk stadium dan mengganggu permainan. Anyway, semua orang tahu kita mendahului dengan tiga gol (3-0), dan 2nd leg akan dibuat di Indonesia Rabu ini. Setiap kali gol memang bergegar satu blok tu dengan jeritan, walaupun Suami kata jeritan aku je dah mengatasi jeritan satu blok T_T. Tahniah buat pasukan Malaysia! Semoga kehebatan itu kekal sampai bila-bila :)



1 comment:

  1. "Sampai bila-bila?"
    Nothing last forever.
    Tapi, kita masih bisa buat yang paling bagus untuk kejayaan itu kekal lama dengan kita.

    dan Oyah memang keretek lah.
    hua ha ha.
    oh.
    silap.
    keretip.
    memang keretip.

    dan lah K.UNA suka jer terjatuh badan.

    anyway, game semalam memang cool. sebab kita asyik menyerang. dan defending also good.

    Keeper cool.
    tapi oyah tak suka yang Apek tuh kan? *tibe-tibe*


    semoga, andai ini yang terbaik untuk Malaysia, Masyarakat Malaysia dan Sukan Malaysia semuanya, biarlah kita memang aggregate nanti.

    3-0 belum tentu menang lagi, tapi kita boleh cuba.

    *aku semalam pun tengok sorang-sorang sambil mengulat dari menolong isteri di dapur dan menjerit bila goal yang mana Sufia pun terpinga-pinga ingat aku marah dekat dia. hu hu hu.

    ReplyDelete