expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, December 24, 2010

Mimpi & pregnancy check up

Pagi tadi, sambil iron kemeja Suami,

"Yang, malam tadi kita mimpi takut lagi.."

Seriously, sejak kebelakangan ini aku kerap sangat mimpi yang menakutkan. Mimpi yang menampakkan aku berlari dari sesuatu, yang dada akan berdegup kencang, which end up aku bangun pagi dalam keadaan lesu sangat. Suami pun perasan keadaan itu.

"Peliklah awak ni, tidur baca doa tak? Saya tidur tak pernah mimpi apa pun.." ujar beliau.

Nak kata tak baca doa, jarang aku tidur tanpa doa tidur. Ada petanda apa-apa ke eh? Aku ni dahlah susah sikit nak percaya tafsir mimpi bagai ni, balik-balik aku anggap mainan syaitan sahaja. Sudahlah setiap tengah malam aku akan bangun ke bilik air sekurang-kurangnya 3 kali untuk buang air. Lepas dirujuk pada kawan-kawan yang pernah melahirkan, katanya perkara itu perkara biasa untuk ibu mengandung. Ingatkan aku ada masalah pundi kencing ke apa.

Semalam kami ambil cuti untuk buat 2 months pregnancy check up. Suami cadangkan buat di Klinik Kesihatan Kelana Jaya sebab dulu kami buat HIV test kat situ. Sampai-sampai sana, kami diberitahu yang saya tak boleh buat kat situ, kena pergi kawasan Puchong punya klinik kesihatan. Ada ke klinik kat Puchong tu? Penyambut tetamu tu bagi address, rupanya dekat gila dengan rumah. Lebih kurang 1 kilometer agaknya, macam mana boleh tak perasan langsung -___-.

Happy betul ada klinik kesihatan dekat-dekat dengan rumah, Carrefour pun baru siap. Lagi dekat dengan rumah. Seronoklah tinggal di kawasan yang lengkap dengan segala mak nenek kemudahan asas.

OK, untuk panduan kawan-kawan yang lain, in case ada yang tidak tahu, untuk kali pertama buat monthly pregnancy check up di klinik kerajaan, kau kena bawa sekali perkara-perkara berikut:
  • Sijil nikah kau dan suami.
  • Kad pengenalan kau dan suami.
  • Bil elektrik/air atau bil Astro pun boleh (untuk membuktikan kau memang tinggal di situ kot, sebab kau hanya dibenarkan buat check up di klinik kesihatan cawangan tempat tinggal kau sahaja, tak boleh tempat lain).
  • Bukti-bukti yang kau memang mengandung (dokumen/gambar scan baby yang kau pernah buat di klinik swasta untuk pengesahan mengandung dulu). Tapi yang ini kat klinik Puchong tu tak perlu pun, yang klinik Kelana Jaya kena ada pula. Depends kot.
  • Duit RM5 kot, tapi Suami cakap bawak lah lebih sikit.
Aku bagitahu ini bukan apa, sebab kami semalam datang lenggang kangkung macam pergi bersiar-siar, tak bawa apa pun selain IC ingat nak pergi tengok wayang agaknya T_T. Terpaksalah berkejar ke sana sini ambil semua dokumen dan datang semula last-last tak dapat buat pula sebab untuk pregnancy check up kali pertama kena datang pukul 7:30 pagi rupanya. Kata receptionist tu, ada banyak prosedur i.e. check darah, air kencing, scan perut dan sebagainya maka wajib datang awal pagi kalau tidak tak sempat siap semua prosedur. Frust sekejap, nasib baik Suami bagi kata-kata biasa beliau,
"Tak apa, first time kan. Kalau tak buat salah kita takkan belajar apa-apa .."
:)


9 comments:

  1. rasanya bila kamu dah tua nanti kamu masih tulis blog lagi tak? aku sebagai pembaca mungkin akan datang dapat baca entri kau tentang perkembangan anak-anak kau, cucu-cucu kamu.

    ReplyDelete
  2. na, kat uma ko ada carrefore baru bukak??
    ak rase. . uma ko mcm dekat ngan uma ak la.
    ko puchong mane??

    chee

    ReplyDelete
  3. Cheq Tun:
    tengoklah, kalau tangan aku masih tak terketar-ketar nak menaip masa dah tua nanti. hehe :)


    syahirah:
    aah, ada Carrefour baru bukak.
    aku duduk Puchong Utama. eh kau kenapa duduk Puchong lak ni? dah tak duduk Kampung Batu ke?

    ReplyDelete
  4. Pheww..update jugak. Boring tau takde entry dari Una. :)

    Area Puchong memang best! Selalu pergi situ. :P

    ReplyDelete
  5. fuyooh
    byk oi procedure mak nenek semua
    -_____-"
    ingtkan masuk bilik check2
    siap!

    ReplyDelete
  6. kak unaa! comel gilaaa husband akakk :)
    bagus bagus. semuga dpt anak yang comel2 belaka :)

    ReplyDelete
  7. duduk puchong sekarang.
    yelah tuh. puchong utama.
    umah ak, lepas carrefour tuh masuk dalam lagi ada skolah. betul2 depan padang skolah.
    duduk la kg batu lagi.
    bile cuti balik la.

    ReplyDelete
  8. seriously, akak sgt beruntung sbb abg hanis tu penyabar.
    semoga sihat selalu kak una! =)

    ReplyDelete
  9. take good care of your heatlh yer?semoga baby comey macam mama dan handsome macam papa.or comel macam umi dan handsome macam waliq

    ReplyDelete