expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, October 18, 2010

Tak ada kad, taknak datang.

Sabtu tempoh hari, Suami ada kelas. Supaya aku tidak bosan duduk seorang diri di rumah, beliau advice aku balik rumah Mama. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, aku melonjak-lonjak kegirangan sementelah sudah lama aku kepingin (wtf kepingin??) untuk pulang ke rumah di mana 25 tahun dahulu lahirnya seora Mama.

On the way balik, terasa tidak manis pulang ke rumah ibu bapa tanpa buah tangan, lalu singgah sebentar di Pizza Hut untuk take away lebih kurang. Sementara menunggu pizza disiapkan, secara tidak sengaja terdengar perbualan dua gadis di meja sebelah. Bukanlah aku nak sangat dengar perbualan dua gadis itu, kalau dua jejaka kacak mungkinlah aku berminat nak dengar manalah tahu dia ada cakap, "Hot gilew gadis di meja sebelah, tapi di jari manis ada cincin lah. Siapa agaknya yang bertuah memiliki beliau?". Kahkahkah. OK aku seorang je ketawa bermakna tak kelakar. Bukan aku nak sangat dengar tapi disebabkan volume suara mereka agak kuat memaksa aku untuk turut sama mendengar.

Gadis A: Kau tahu tak si Surabaya dah nak kahwin?
(Surabaya = nama rekaan. Eh tersama pula dengan nama tempat di Indonesia)
Gadis B: Tahu. Dia tag aku kat kad jemputan dia kat Facebook. Kau pergi ke?

Gadis A: Hari tu terjumpa dia, dia ada jemput juga. Tapi jemput mulut je, malaslah aku nak pergi. Macam tak ikhlas je.

Gadis B: Aku pun sama, kalau tak dapat kad taknak la pergi. Setakat tag di Facebook je buat apa.

Haih.
OK mungkin aku pernah juga skeptikal seperti mereka suatu ketika dahulu, but now, being someone yang sudah berkahwin, yang telah melalui segala renyah hal-hal majlis perkahwinan, I can't help feel annoyed with this kind of people.

Menguruskan sebuah perkahwinan sememangnya tidak mudah. Terlalu banyak perkara perlu diambil kira, terlalu banyak perkara perlu dititikberatkan yang menyebabkan kadangkala kita terlepas pandang banyak perkara kecil yang lain.

Tentang hal tadi, apalah salahnya diundang secara lisan atau secara teknologi sebegitu. Contohnya aku sendiri, kesibukan melampau handle hal kahwin ditambah dengan dateline projek Kinabatangan yang berada dalam lingkungan yang sama dengan tarikh perkahwinan membuatkan aku sangat tidak berkesempatan untuk mengedar kad jemputan properly, I mean deliver by hand to each and every person by myself. Oleh itu bukan semua rakan-rakan dijemput melalui kad. Banyak juga yang dijemput through SMS (which I minta refer map di Facebook dan blog), secara lisan, secara sampai-menyampai dan sebagainya. Alhamdulillah, ramai yang datang, walaupun tanpa kad jemputan.

Janganlah selfish, jangan sangka buruk. Mungkin si bakal pengantin memang berhajat nak jemput kau, tapi kebetulan masa jumpa kau tu dia tak bawa kad jemputan bersama jadi dijemputnya kau secara lisan. Mungkin dia memang nak jemput kau, tapi kehabisan kad undangan. Mungkin dia memang nak jemput kau, tapi disebabkan susah nak jumpa atau kesempitan masa untuk pos segala ditambah pula dengan sibuk stress dan sebagainya maka dia terlepas pandang, diundangnya kau melalui SMS 2-3 hari sebelum majlis. Kalau dia memang taknak jemput kau, tak perlu pun dia cakap dengan kau sebenarnya.

It's the thought that counts. Nak kahwin ni, macam-macam benda nak kena fikir. Bukan hati kau je yang nak dijaga. Cubalah faham kesibukan dan tekanan yang dihadapi bakal pengantin. Aku salute dengan mentaliti kawan baik aku, Waie. The day I told her that kad jemputan untuk dia aku dah pass pada seorang lagi rakan, she said,

"Laa.. Kau prepare kad untuk aku jugak ke? Kan dah jemput mulut hari tu?"

Aku cakap,
"Takkan la aku tak bagi kad, bestfriend kot."

Dia balas,
"Bagi aku bestfriends la tak payah kad. Dah tentu-tentu kitorang akan datang. Boleh save kad tu untuk bagi orang lain.. Kad jemputan bukan murah sekarang ni.."

Bagus kan? Waie adalah orang paling awal yang datang untuk menolong di saat aku terkial-kial tak cukup tangan membuat persiapan sebelum majlis, dan dia juga merupakan kawan aku yang terakhir bersamaku di majlis bertandang. Cuma majlis nikah je dia tak boleh attend sebab terpaksa hantar adik dia balik UiTM Jengka. Sepanjang beberapa hari sebelum dan ketika majlis berlangsung, serius dia membantu dengan ceria dan gelak ketawa langsung tak tarik muka ke apa. Tak banyak komplen, tak banyak tanya itu ini especially soalan yg menambah tekanan, tak banyak merungut. Serius aku appreciate gila semua kawan-kawan aku yang bersusah payah hari itu. *sebak*

Meet my Farah Suhanissis a.k.a Waie :)
Pantang aku comot, pantang aku tak senyum, mesti kena sound dengan dia.
Ramai yang tolak-tolak taknak jadi tukang pegang kain dress pengantin yang labuh berjela, tak tahu ke kerja inilah yang akan buat kau termasuk dalam banyak gambar di camera OP.
Seperti ini.
Juga ini. Di mana ada pengantin, di situ ada kau. Heh heh. Pandai...
Selepas kahwin, tidak dinafikan ada juga yang tinggalkan message berbau sentap di Facebook.

"Kahwin tak jemput pun.."

Aku balaslah,
"Eh aku jemput la, aku minta si Mat tu sampaikan kat kau kan. Dia tak cakap ke?"

Berani lagi dia cakap,
"Memanglah ada, tapi tak sedap lah jemput macam tu. Macam tak ikhlas je. Bagilah kad."

Aku tak balas. Bosan dengan orang yang inconsiderate dan kekwat.


11 comments:

  1. abaikan je orang yg jenis nak berjemput2 pakai kad ni kak. eheh.

    oh. selamat pengantin baru. first time dtg sini. :)

    ReplyDelete
  2. setuju kak una :)..dh jemput x kira mulut atau di alam maya, kita dah ikhlas pun jemput org..manusia x pernah puas pun..ade je yg nk di umpatnyer..so annoying kan..huhh

    ReplyDelete
  3. saya pon mengalami kejadian yang sama...ada lagi tu, siap beria nak kad, xnk jemput mulut saje, tapi, alih2, xdtg pon..

    em, biasalah tu kan, manusia mmg tak pernah puas..abaikan je la org mcm ni. aslkan kita bahagia..hehehe..

    ReplyDelete
  4. Amal:
    memang akak abaikan pun. kekwat sangat tak kuasa la nak layan.


    eyz:
    dia question keikhlasan kita, sebenarnya dia yang perlu cermin diri sendiri ikhlas ke tidak nak datang. *sigh*


    Arifah:
    yes. samalah. memang ada pun.
    beria nak kad bagai sampai kena bagi sendiri lah apa, last-last tak nampak batang hidung pun.
    tak ikhlas and macam sengaja nak menyusahkan orang.
    takpe, abaikan. asalkan kita bahagia :D

    ReplyDelete
  5. yelah
    aku yang cakap tak da kad aku tak nak datang.
    eh silap.
    aku tukar kan.
    aku cakap "Kad baru sampai hari kawin, macamana aku nak datang"

    hehe
    kire, ko annoyed dengan aku tak Una?

    Maaf lah.
    dan
    takkan aku nak marah sebab tu je kan.
    yang penting, memang sesungguh jiwa aku nak pergi kenduri di KJ (erk bukan rumah hang from the beginning lagi tau), tapi ada beberapa constraint yang memang aku tak dapat elak, so tak sampai gak.
    dan
    ajat nak bagi hadiah secara post (walau tak datang bagi hadiah pun bagus gak kan), tapi masih tak sampai2gak (nak bagi ke tak ni? sila jelaskan!hua ha ha).
    tapi
    aku tetap doakan kalian gak bahagia ke hujung syurga-Nya.
    dan
    aku doakan kamu jadi si solehah yang patuh dan mithali.
    aku doakan anis jadi si soleh yang mendidik dan memimpin pada-Nya.
    dan
    paling-paling tidak, doa aku sampai gak walau jasad aku jauh dari penglihatan.
    hua ha ha
    boleh?

    Nanti la, kalau aku pi kl nanti2, aku nak makan mee kari dekat rumah korang. macamana hang masak aku tak kira, tapi aku nak makan dengan hangpa berdua (bertiga in case... hua ha ha) dekat meja makan baru tu gak.
    hua ha ha

    callow

    ReplyDelete
  6. part last yg org dok ckp x bg kad tuh
    rasa nak bg lempang je
    okeyh emo -..-"

    ReplyDelete
  7. Anonymous/AJ:
    ehem, terasa nampak?
    tak refer kat kau pun asalnya.
    thanks doakan aku :)


    nor:
    aku sipi lagi nak balas dengan cursing words, nasib baik aku tak balas..

    ReplyDelete
  8. xsuka betul ngan org yg selfish mcm ni...

    dh kate pon kwn,cara mcmane jemput pon of coz nk pegi...mmg kena fhm la,org nk kawen..byk menda nk buat...

    ReplyDelete
  9. biarlah una..orang2 macam ni memang inconsiderate..mungkin dieorg x paham dengan condition ko and ape yg ko lalui..nanti2 kalau dieorg pulak nak kawen, baru la dieorg paham..

    Apa yang penting ko happy skang sebab dah ade husband..dieorg yg bising2 tu dah kawen ker?? kalau belum kawen baik senyap jer..jangan nak kekwat nooo!

    ReplyDelete
  10. congrats... nk share di fb boley? hahah

    ReplyDelete
  11. i like this post..huhu dok memikir bajet nk kawen ni..

    ReplyDelete