Wednesday, October 27, 2010

Heavenly moment..

Semalam jemput Suami di airport. Teruja, tapi cuba control macho. Ego tak habis-habis. Sampai sahaja di airport, dari jauh dah nampak Suami berjalan membawa kotak besar penuh berisi keropok lekor mentah. Senyum lebar aku.

"Makin cantiklah.." ayat pertama beliau sebaik sahaja masuk kereta.

"Hehe.. kita pakai baju baru.." berbunga-bunga hati tehehe. Konon taknak tunjuk excited, tapi bukan main lagi pakai baju baru bagai nak ambil Suami setelah seminggu tak berjumpa -_-"

Masuk kereta terus mengadu pening kepala lah, sakit belakang lah. Ayat biasa nak suruh urut. Entah dari mana dan semenjak bila aku jadi macam bagus-bagus mengurut orang. Baru ni adik ipar merengek-rengek cakap, "Kak Una urut Aishah macam hari tu boleh? Sedap sangat, hilang sakit kepala.." Eleh nak manja cakap jelah! Heh heh.

..

Sepanjang perjalanan balik, dalam kereta, masa jalan berpegangan tangan macam budak remaja, ketika sedang menggoreng keropok lekor, masa makan, tak berhenti-henti kami bercerita. Pasal ombak besarlah, pasal orang tempatan di sana yang selamba cium minah Saleh lah, pasal makanan mahal lah, pasal chalet yang pathetic gila lah.. Seronok berbual berdua di atas meja makan di ruang tamu kosong itu. Bila ketawa memang bergema sampai rumah jiran bawah sekali pun dengar agaknya. Sambung pula dengan makan pizza left over yang dibawa pulang dari office. Ketawa besar. Cerita lagi. Ketawa lagi. Cerita lagi. Terdiam. Tiba-tiba menangis pula merajuk entah kenapa termengada-ngada tak tentu hala -_-". Walaupun termengada-ngada, tetap dipujuk Suami yang keletihan. Sampai tertidur dalam pelukan..

Bahagianya.. :')

Terima kasih Tuhan, kerana masih membenarkan aku hidup untuk merasai semua ini...



5 comments:

avid said...

damn it. buat budak2 bujang macam aku ni hilang fokus je. haha.

great story. good for you, though.

FAA said...

haha. boleh tak nak like avid nye komen. haha
sama la ngan i kak una!
rasa nak kawen skang!

zella y said...

adoi....ni yg buat nk kawen cpt nih hahahahhaha

feeda said...

aduiii,aku pun tibe2 hilang fokus bc entry ni!haish!..kan best klu husband leh pilih2 mcm ikan kt tesco, skrg jugak aku pg beli husband..hahahaha!

Wanie-san said...

aish....
rasa salah masuk blog org dewasa la plak.
wanie baru 15tahun...:p
btw.sweet nyo!