expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, October 25, 2010

Bila Jauh

Hari ini datang awal. Sebab dari Subang, tak pandai budget pukul berapa perjalanan. Lagipun ibu bapa mertua keluar kerja awal juga, dan adik-adik ipar juga bersekolah. Jadi aku keluar awal. Entah apa-apa pasal keluar awal pun dah tiga-empat baris.

Sampai office 7:40 a.m. Wtf awal gila? Entah apa-apa sampai awal pun nak mencarut. Kalau sampai lewat lagilah mencarut. Terus online (sengaja skip bahagian pergi breakfast dengan Adi heh heh).


27 people like Being Husna Hadzarami.


27 orang yang kesian tengok aku ada seorang je like tehehe. Terima kasih semua.

Esok Suami balik. Malam tadi berbual di telefon ketawa sampai mengalir air mata.

Dah lama tak bergayut telefon. Teringat pula kenangan silam.

Dulu masa hari pertama kenal, aku yang minta nombor telefon dia. Bukanlah aku nak tekel dia ke apa tapi masa tu kan kami sama-sama pergi kerja naik tren. Aku dah cerita kat sini. Disebabkan hari pertama aku lalu jalan jauh gila dari Puduraya ke pejabat sedangkan ada jalan pintas yang aku tak tahu, so aku minta Encik Hanis tunggu di Puduraya esok pagi di hari kedua bekerja so bolehlah dia tunjukkan aku jalan pintas tersebut. Nak pakat-pakat tunggu tu haruslah ada nombor telefon. Sebab itu aku minta. Perlu ke aku beria-ia explain kenapa aku minta nombor telefon dia???

Dah dapat nombor dia tu aku terus miscall. Dan dia pun save nombor aku. Rasanya dia dah save.

Malam tu dia call,

"Saje, nak cek betul ke nombor ni nombor awak.."

Haha takde point lain ke nak reka hehe nak tekel cakap je la hehe dah terpikat cakap jelah hehe.. Masa tu cakap sekejap je, tapi banyak terdiam je sebab aku fikir macam tak ada point pula nak cakap. Setiap kali aku ungkit pasal ni mesti dia cakap, "Eleh awak tu tak malu minta nombor telefon kita eeee tak malu baru kenal dah minta nombor telefon orang eeeeeee...".

Nasib baik dah kahwin. Boleh berbangga, "Sebab saya minta nombor telefon awaklah kita kahwin tau~"

Rindu sangat. Seriously. Rindu pada Suami tak sama macam rindu boyfriend. Tak sama dengan rindu sebelum kahwin. Rindu yang bercampur baur dengan risau bimbang segala. Bila memasak, terasa lain bila bukan Suami yang menjamahnya. Terbayang-bayang apalah yang dia makan kat ceruk sana tu.

Masa berbual sambil ketawa dia bercerita,

"Tadi ombak kuat gila Yang, masa pergi saya sikit lagi nak jatuh bot, masa balik Afiq pula macam nak jatuh ke laut.." Afiq is our training engineer, mereka berdua yang dihantar ke sana.

"Betul ke?" daripada ketawa beria tadi terus terhenti.

"Aah. Kelakar betul.."

"Tak kelakar lah. Benda macam tu mana kelakar. Kalau jatuh macam mana.." perlahan aku menuturkan, air mata masih tidak berhenti mengalir entah mengapa.

Lama terdiam, sebelum dia menyambung,

"Awak jangan la risau sangat k. I'm doing fine here.."

Tak kisahlah macam mana pun, baliklah cepat... :'(

Semenjak kahwin ni kerap pula kami dihantar outstation. Awal bulan depan aku akan ke Sandakan pula. Lebih kurang seminggu di sana. This trip bapa mertua pun join sekali, tapi alangkah seronoknya kalau anak lelakinya pun turut sama.. Tssk.. Dugaan betul (+_+)


5 comments:

  1. hahaha! bapa mertua pon okayy la kak una. kan? kan? i pray the best for both of you. ;)

    ReplyDelete
  2. first skali, saya dah LIKE kat sebelah tu..hahha. ntah apa-apa, nak bagitau jugak. (ok, ni dah tiru ayat Una kat atas tu..hehehhe)

    ala....kesian plak tgk pengantin baru ni berjauhan.. sedih baca..takpelah, dugaan la tu. nanti bertambah rindu dan sayang la antara korang.. harap2 rasa rindu, kasih dan syg tu takkan hilang sampai bila2 even dah ada anak2 nanti kan? (harapan saya juga)

    balik hanis esok, peluk dia kuat2 tau! :)

    ReplyDelete
  3. =)
    Pray for his best; cause he will do his part for your best.

    My wife was in Shahlam, while i was ship out from Ipoh to Penang. But, that two months being weekend marriage worth more than i could imagine.

    I appreciate them more; now and forever, i hope.

    Thus, let Allah test 'our' love now, than Allah test them in later part of life; agree?

    Muhammad Hanis, I pray for your best and bless from The Almighty Allah out there. Whatever happen, back to HIM in faith and trust.
    And for Husna Hadzarami; the wife; be the most loyal 'prayer' to your loved one while you be the most obey servant to Allah s.w.t.

    =)

    ReplyDelete
  4. sweeettttnyer...bila plak daku nk kawen nih...huhu....

    ReplyDelete
  5. hehe..sweetnye kak Una n husband ni ^^,
    btw,ila x like sbb kesian tau?ila like sbb br tau kak Una ade wat page khas utk blog!! hahaha.. this is one of the best blog i've ever red~~ my friend didi-masyitah introduced me to it long time ago n .. yeah, i think i'm lucky :P [tetibe plak lucky..hihi] consider myself lucky coz ur life stories inspire me lots [ye ila mmg silent reader kak Una..SGT silent..hehe] inspire in almost everything..works n so.. pnah tefikir nk tanye kak Una on few things but never hd the courage :D apepun,all the best to Kak Una n her *developing soon* happy family..!!~~ ^_^*

    ReplyDelete