Tuesday, October 5, 2010

Bila beliau perlu outstation...

Lunch hour tadi Bos cakap pada my manager nak hantar aku dan Suami ke Kuching petang ini untuk honeymoon tender briefing tomorrow, tapi disebabkan terlalu short notice plus esok ada jamuan hari raya di office mana boleh aku miss acara makan-makan ni plus lusa ada Board of Directors Meeting yang walaupun aku bukan Director aku still kena join, so tak jadilah ke Kuching. My manager, Abang Zack tanya sekali lagi nak pergi ke tidak tadi, serentak aku cakap taknak dan Suami cakap nak. Huhu malas gilalah. End up Bos hantar engineer lain. Bagus.

Tapiii.. Esok malam Suami akan outstation ke Johor juga T__T

Sehari je pun, tu pun nak kecoh.

Walaupun sehari..

Siapa nak temankan tengok movie kat laptop atas katil sebelum tidur walaupun baru 5 minit start cerita dia dah tertidur padahal dia yang beria-ia nak tengok cerita Valentine's Day yang boring gila tu pastu biarkan aku cakap sorang-sorang "Kenapa Taylor Swift macam tak pandai berlakon?", "Julia Roberts ni mulut dia lebar sangatlah", "Hensemnya Bradley Cooper ni kan sayang? Eh? Dengar tak ni? Sayang oii.. Ala dah tidur ke.." T__T

Siapa nak menyapu lantai pagi-pagi sambil berleter rambut aku banyak sangat gugur lantaran kerap sangat bertukar-tukar shampu sekejap pakai Loreal, sekejap pakai Sunsilk Aina (apahal budak ni baru 6 tahun dah pakai Sunsilk??), sekejap pakai shampu Mama jenama Koser ke apa entah tapi bau macam sabun mop lantai kegemaran.. Mungkin aku patut try Pantene Hairfall, yang dalam iklan penyanyi Indonesia tu cakap "Tak mahu dah shampu lain" sambil goyang-goyangkan jari telunjuk ke kiri dan kanan annoying gila.

Siapa yang nak mop lantai akibat hujan lebat air tempias masuk dari tingkap sebab terlupa nak tutup tingkap sebelum keluar rumah?

Siapa nak teman makan Honey Star bukan sebab lapar tapi sebab saja nak mengunyah? Siapa nak setting laptop dan speaker sebelum tengok movie maklumlah rumah tak ada TV lagi? Siapa nak peluk aku dari belakang masa tengah memasak sambil buat-buat tanya masak apa eh perlu ke bagitahu adegan suami isteri ini? Siapa yang nak berleter air di shower asyik menitik sampai nak panggil abang maintenance bagai.......

Paling penting, SIAPA NAK DRIVE PERGI KERJA NANTI?? Aku mana ingat sangat jalan ke office itulah kau masa orang drive kau sedap-sedap tidur meleleh air liur. Rasakan sekarang, drive sendiri. Redahlah kau jalan jem dari Puchong ke Pudu tu, mencarutlah kau sorang-sorang dalam kereta bila kau penat-penat beratur dan bergerak merangkak-rangkak tiba-tiba ada Kancil Turbo selamba lalu emergency lane then bagi signal nak potong kau serius rasa macam nak langgar je sdkmrll&&p#$qngr.
Orang lenguh-lenguh drive dalam jem kau sibuk nak ambil gambar.
(Gambar stereotype pasangan baru kahwin: Suami drive, isteri ambil gambar, kedua-duanya pakai sunglass. Cliche betul lah kau ni! Booo~~)
"Daripada awak sibuk ambil gambar tu baik awak urut leher saya ni meh.." Suami mula berleter lenguh-lenguh.
Eh bukan ke Suami suruh urut leher tadi kenapa kau masih kat depan kamera lagi??
(
Sila abaikan fesyen selendang macam artis masuk mahkamah)
Tapi tak mengapa, sebab boleh balik rumah Mama! :) Hilang sekejap homesick. Macam baru je lagi Suami pujuk aku menangis masa nak tidur penat je aku baring pandang ke lain tak bagi dia nampak rupanya dia dengar pula aku sokseksoksek teringatkan rumah. Tssk. Gedik tiba-tiba jadi anak manja.


8 comments:

Anonymous said...

bestnya kawin.. hurrmm

Arifah said...

Hhahahah! siyes lawak gila Una...terkekek saya dok gelak kat ofis dok baca entry ni..

tapi, mmg mcm tu, lepas kahwin ni, memang akan terasa rindu semacam kalau terpaksa berpisah walaupon sehari...lain masa zaman tunang2 n kapel2 dl..betolll wa cakap lu.... :P

Wanie-san said...

hahahaha
sian dia kena tinggal sorang!!
jadi bujang sekejap la ni..:))

Cik Akma said...

omg, kak una, mcm nak gigit laptop bace ni. u know what i mean kan? haha~

Cik Akma said...

and kak una cantik!!! gerammmmmmmmmm

.: Si BungaKopi : . said...

kiut plak bibir yg muka nmpk separuh tu

FAA said...

hahaha. sumpah gedik u nih. chettt. anggap la hadiah u jadi single jap kak una. ;p

Husna Hadzarami said...

jij Abdul Karim:
indeed. silakanlah berkahwin :D


Arifah:
haha.
aah, betul. berpisah sekejap pun dah kecoh sekampung. tapi betul la, boring la nanti adoi la~


Wanie-san:
ala dah tak biasa la jadi bujang. *gedik macam nak tampar*


Cik Akma:
erk. alamak tak faham pulak.
hari ni lampi.
weh weh mana ada lawa la, comot je tu T_T


Bungakopi:
tehehehe.. *senyum sampai telinga*
mekasih :)


f.a.r.a.h:
duh. takkan tak tahu? gedik is my middle name.