expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 8, 2010

Pengajaran Sampai Mati

Aku tak kaya. OK maybe pernah kaya ketika Baba bekerja di TV3, melancong sana sini, duit tak pernah putus. Until Baba masuk tabligh, bukanlah aku nak kata bila masuk tabligh terus jatuh miskin, tapi mungkin ketika itu Allah nak uji kecekalan hati kami, macam-macam dugaan kami lalui. Dengan adik-beradik yang ramai, rapat-rapat pula, Mama sudah tidak bekerja, Baba pula kerap ke luar negara atas nama keluar ke jalan Allah. Jiwa raga harta benda semua untuk fiisabilillah. Daripada kaya-raya berhantar berjemput ke sekolah dengan driver segala kepada balik sekolah dengan hanya berjalan kaki sepanjang 2km (bodohlah kau jalan kaki bukan sebab takde duit tapi sebab nak ikut kawan yang last-last tumpang lori askar sampai rumah, gila betul), aku telah melalui pelbagai fasa kehidupan yang mengajar aku 'sesuatu'.

Aku pernah berkawan dengan pelbagai jenis orang, daripada yang habis sosial keluar masuk kelab minum arak ambil dadah segala, kepada yang sealim-alimnya tak pernah tinggal sembahyang tutup aurat sepenuhnya siap tegur pakaian aku ketat menampakkan bentuk badan lagi. Apa yang baik, of course aku terima. Aku cakap aku terima, bukan bermakna aku senang-senang terima dengan hati terbuka dan penuh senyuman. Being a rebellious me, biasanya aku berlawan-lawan kata dahulu sebelum dalam diam mengakui kebenaran kata-kata itu. Bak kata Suami, i'm just too ego. Tapi, walaupun kadangkala hati terasa geram ditegur, aku tidak jahil untuk menafikan kebenaran yang nyata. Kalau kau tidak setuju, sedangkan kau tahu perkara itu adalah benar, lebih baik kau diam.

Apa yang aku nak cakap di sini, jangan jadi bodoh. Jadilah orang yang paling bijak. Orang yang bijak adalah orang yang belajar daripada pengalaman sendiri, manakala orang yang paling bijak adalah orang yang belajar melalui pengalaman orang lain. Aku mungkin tidak moden seperti kau, tapi aku tak perlu keluar masuk kelab untuk mengetahui baik buruknya tempat maksiat tersebut.

Aku dah pernah rasa kaya, dah pernah rasa hidup yang sangat susah kemudian bangkit semula sehingga sekarang hidup sederhana, dah pernah bercinta dengan orang yang salah bertahun-tahun, dah pernah rasa putus cinta melampau bodohnya, bercinta semula dan berkahwin selepas hanya setahun mengenali, dah pernah menyaksikan saat Baba hampir maut akibat kemalangan jalan raya yang menghancurkan paru-parunya tapi terselamat disebabkan tak pernah merokok (apart of ajal maut di tangan Tuhan, of course), pernah berendam airmata saat Mama diserang sakit jantung, dah pernah lihat beberapa contoh terdekat yang rosak akibat dadah.. Yang musnah akibat menggugurkan kandungan.... Dan aku juga telah melihat banyak benda. Mengalami banyak benda. 25 tahun aku tinggal di pinggiran bandar besar ini.

Sebab itu aku sangat sinis pada orang yang datang entah dari ceruk mana tiba-tiba cuba tunjuk hebat, habis sosial, bangga gila dapat hafal jenis minuman keras sambil berkata, "Ai tak la minum, ai just teman mai fren je". Bangga gila bila dapat kepit awek habis seksi. Bangga gila asal ajak lepak mesti nak Starbucks tak mainlah Kedai Mamak Maulana, bangga gila entah untuk apa. Nothing. Kelakar nak mampos. Ringan je mulut aku nak sound.

Jangan kata aku batak sosial, jangan kata aku tak tahu erti hidup. Mungkin aku tak pernah join kehidupan gelap kau, tapi AKU TAHU.



7 comments:

  1. kak husna..peace.
    speechless gak sebenarnye..
    bangkit dari kesilapan.
    hidup ibarat roda kan..kdg2 kat atas.kdg2 kat bawah..:)

    ReplyDelete
  2. even saya pun heran
    apa yg nk dibanggakan bila upload
    gmbar clubbing segala bagai dlm fb tuh
    bukan tu sepatutnya jd perkara
    yg patut dimalukan k..?

    ReplyDelete
  3. biasanya orang2 yang mengata orang lain, dan budjet hebat pada benda gelap yang dia buat ni sebenarnya kurang kasih sayang dan perlukan perhatian. am i rite?

    ReplyDelete
  4. okay. kenapa ada orang nak bangga bila buat benda yang sebenarnya tak patut pon dibanggakan? kau nak minum arak, minum la. tak payah nak bangga bagai. ko pandai menari kat dance floor, go on takyah cakap orang lain tak tentu hala.

    i'm totally agreed with you sis.

    ReplyDelete
  5. betul ape yg ko tulis ni una..aku pon x paham kenape ade org2 camni wujud dlm dunia ni..dieorg tak rase malu ker..bangga sangat minum arak g clubbing ape sumer..aku percaya dieorg tau benda tu salah tapi sbb terikut2 orang sgt tu yg jadi camtu..bagi aku dieorg ni sgt hypocrite...

    ReplyDelete
  6. thanks. manusia ni memang macam-macam, dunia akhir zaman kan.. *sigh*

    ReplyDelete