expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 22, 2010

Copycat?

Well. Entah kenapa terasa funny. OK firstly. Cik adik oii, taiplah elok-elok alahai. Penat akak nak baca ikut rentak bahasa rempit macam ni. Lain kali taip elok-elok tau!
Back to the topic.
Tiru aku? Macamlah bagus sangat orang nak tiru.
Malaslah aku nak komen apa-apa, sebab bagi aku that statement sounds overrated kot. Nak tiru aku apahalnya, lainlah kalau aku gempak gila macam Hanis Zalikha ke, Fynn Jamal ke, yang follower beribu-ribu dan sememangnya ada peminat tersendiri. Public figure katakan. Aku ni? Follower pun alahai 135 orang. Tu pun macam mujur ada followers, pathetic gila T_T. Jumlah pengunjung sehari pun lebih kurang je. Kalau macam best sikit (sebenarnya kalau kau meroyan update 2 kali sehari macam semalam), cecah la 300 lebih unique visitors. Kalau update sekali sehari macam biasa adalah 200 lebih yang baca. Kalau tak update langsung or during weekend maybe 100 lebih. 50-60 pengunjung pun pernah, kalau sampai seminggu aku tak update.
Takyah la enlarge, percaya jelah.

Bloggers yang gempak-gempak lainlah, visitors sampai ribu riban sehari. Dah followers pun ribu riban. Entri pun macam bagus-bagus. OK tak tak, entri mereka memang bagus-bagus dan aku memang salute betul. So kalau nak tiru tu tirulah diorang. Si Hanis Zalikha tu income Nuffnang pun RM3000 sebulan oh. Punyalah gempak. Aku punya income Nuffnang? Malaslah cerita karang ada yang annoying pula sepertimana aku annoying gila dengan blogger yang asyik cakap pasal Cara Menjana Pendapatan Nuffnang lah, Cara Menaikkan Trafik lah, Cara Memperbanyakkan Followers lah, tak ikhlas langsung menulis lepas tu asyik tinggalkan komen kat blog orang lain beserta link entri terkini pathetic gila suruh orang datang balik blog dia. Kalau blog kau bagus takyah promote pun orang datang lah weyy *tiba tiba emo mentang-mentanglah Suami jauh di mata dah dah jangan cakap pasal Suami nanti aku menangis lagi tssk*.
So kalau setakat blogger picisan melukut di tepi gantang macam aku ni, siapa nak tiru? Takdenya aku nak pergi cek satu persatu senarai kawan-kawan aku yang ada blog. Perasan gila lah pula macam tu.

Cuma satu yang aku nak cakap, tidak salah pun meniru tapi haruslah improvise supaya blog kau jadi lebih baik (kalau boleh lebih baik daripada orang yang ditiru dan pastikan tak ada siapa pun perasan kau meniru gunakanlah taktik meniru ketika peperiksaan yang tiada seorang pun nampak terlupa agaknya Allah Maha Melihat *tiba-tiba pedas*). Janganlah tiru sebijik-sebijik seperti hari ini si blogger femes buat entri Memikat Lelaki Kacak, petang tu kau buat entri Memikat Lelaki Tampan pula, hari ini si blogger femes buat entri resipi, esoknya kau buat entri resipi juga. Resipi yang sama pula tu! T_T. Paling penting identiti sendiri kenalah ada. Jangan sampai orang cakap, "Dia ni dulu lintang pukang je bahasa, tiba-tiba sekarang nak bersastera pula. Nak tiru Fynn Jamal lah tu..". Kan ke tak best?

Bottom line is, blogging kena jujur. Jangan control cun sangat nak cerita benda yang bagus je pasal kau lama-lama orang bosan kot nak baca. Asyik jadi hero je sekali sekala jadi penjahat apa salahnya. Baru variety sikit. Eh ini bukan bottom line entri ini. Bottom line sebenar, aku tak best mana pun untuk ditiru ke apa. For myself to even think of somebody might copy me is pathetic enough tau. And jangan marah adik yang tinggalkan message itu. Maybe she was just too concern. Best juga ada reader yang concern macam ni :)



P/S: Link untuk blog-blog best yang disebutkan tu carilah sendiri. Malas aku nak attach. Diorang femes, senang je nak jumpa.


12 comments:

  1. tapi kan kak, masa sy baca entri akak, ada 18 org tgh online kat blog akak ni. kira gempak gak tu. eheh

    ReplyDelete
  2. aku kot yang tiru hang kan?
    ye lah, aku kan peminat juta-juta dan nuffnag aku riban-riban.
    hua ha ha

    senang citer
    kalau orang suka dan nak jadikan ko idola idaman mereka, leave it.
    tak semestinya ko tu yang-kadang-kadang-emo-dan-boleh-jer-tiba2naik-angin-dan-keluar-menangis-dari-kereta-tengah2jalan-kl tuh tak ada kebaikan. mesti ada sedikit yang boleh dibuat panduan *ala nak jadi ibu mithali kena la nampak baik kan!auww*.

    so
    biar saja yang ditiru itu yang baik dari kamu
    ah
    bukan nak tiru bulat-bulat *sebab husna tak pernah bulat lagi sejak dia mengamalkan joging tiap minggu bersama aisha selepas berazam tahun baru 2010 dengan kasut joging baru yang masih belum lusuh tapak tuh*, cuma ambik yang mana baik dari hang dan jadi diri yang lebih baik.

    kompius?
    yelah, sat guna ko, kamu, ni hang pulak.
    aduh

    ok lah.
    aku kena berenti komen dah nih.

    dan sila lawat entri saya yang terbaru yang bertajuk 'salinankucing' ya

    terima kasih.

    hua ha ha

    ReplyDelete
  3. haihh sape2 ttbe nk jd stalker ;D

    ReplyDelete
  4. Amal:
    eheh. kebetulan masa tu je kot ;)


    Anonymous:
    kau ni memang malas log in lah.
    eceh 'ada sedikit yang boleh dibuat panduan'.
    kahkahkah. funny rasanya.
    kau pesal asyik kutuk aku tak gi jogging?
    aku jogging lah! saje taknak heboh2.

    ending comment sarkastik gila kot. haha.


    Cik Akma:
    that's why lah. haih.

    ReplyDelete
  5. ya
    hang joging kan
    *balik pun lambat nak cari jalan balik, lagi sibuk2sana sini nak balik pun tak sempat, bila masa dia joging kan? erk*

    hua ha ha

    aku log in, tapi, memandangkan aku boleh subscribe komen tanpa perlu guna nama sendiri, so aku suka jer jadi anon.
    ala asal ko tau aku komen ni sapa sudah.

    erk
    sapa saya?
    hua ha ha
    tak nak salinkucing saya kah?
    saya juga punya follower juta-juta kali, kau tanya soalan yang sama
    eh
    ~dah jadi lagu garang seperti singa pulak~

    ok

    tak membantu entri hang komen aku nih.
    jadi aku tak jadi send
    ~tiba2tertekan button post comment pulak~

    ReplyDelete
  6. Yes..setuju dengan anda..

    Hahah..selalu hanis zalikha yang menjadi contoh. Dia kena bagi komisen sikit kat Una ni..heheh..

    Btw, tak kisah orang nak tiru ke tak ke, yang nyata, blog Una memang best! Sangat2 best! Boleh dijadikan penyeri hidup sebab cukup segala, ada sedih, happy, kelakar tok sah cakap la kan.. Hari2 WAJIB baca. Nak baca paper pon tak sewajib ini..hahahha! Kadang2 saya nak menulis pon terikut2 Una punya tau sebab hari2 baca...hehe.. Apepon, teruskan penulisan anda.. Kamu mewarnai kehidupanku~~~ :)

    ReplyDelete
  7. exactly. tiru tu x salah (and give credits when necessary) tp improvise la supaya sebati dengan style sendiri.

    btw, x post gamba2 umah baru ke??

    ReplyDelete
  8. woowww! i kah? haha.

    tapi i tak terasa pon sebab tak pernah tiru u pon. haha. anyway, everybody loves your writings la kak una. who cares? :)

    ReplyDelete
  9. owh..tu la kak husna.entry best sangat.kan dah ada yang meniru.hehe kalau tak best tak ada plak yang meniru.kak husna mmg ramai silent readers..
    bangga la ada org tiru k.husna.setanding hanis zalika dah la ni..hehehe

    wanie xada tiru k.husna ye.[eh?takkan ko terasa wanie oi!:p]

    ReplyDelete
  10. Anonymous/AJ Nismihan:
    aku rasa bukan aku je, semua orang pun tahu kot anon ni kau. senang sangat nak trace gaya bahasa kau. good. ada trademark tersendiri heh heh.
    yelah2 aku memang dah lama tak joging. tapi kan baru ni baru perasan ada trek joging kat belakang blok apartment kitorang tau. excited pulak nak joging (jgn hot hot chicken shit sudah haha)


    Arifah:
    *terharu*
    tergelak baca ayat ni.
    'Nak baca paper pon tak sewajib ini'. haha.
    thanks Pah :)


    avid gunner:
    oh yeah that's the right words.
    nak tiru tak salah tapi improvise supaya sebati dengan stail sendiri dan tak terbawa2 dengan stail orang lain.
    rumah kosong lagi lah, kamera kuasa tinggi pun takde so takde mood nak ambil gambar lagi *demand*.


    f.a.r.a.h:
    entah, you tu lately entri manjang nak jiwa kacau. tak cool la asyik sedih. be happy ok?
    ehem. thanks. *blushed*


    Wanie-san:
    kalau pendapatan Nuffnang aku yang setanding dengan dia best jugak. tssk.
    hahaha yang kau terasa pesal???
    annoying crazy lah kau ni haha.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. slm..

    entry2 awk mmg menarik...just be ourself kn..

    anyway nk pollow ek..

    slm perkenalan..

    ReplyDelete