expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, October 2, 2010

Saat Aku Diserahkan..

Sebelum ketibaan pengantin lelaki. Asalnya aku nak turun sahaja untuk turut sama buat-buat sibuk menyambut ketibaan rombongan pengantin tapi ditegah Mama pula. Tssk T__T


Ceria nampak Cik Abang? Ini adalah gambar sebelum tiba soalan kuiz rukun nikah. Gelabah terus nasib baik tak tersenaraikan rukun negara :D
Tok kadi tanya persetujuan berkahwin.. Ingatkan nak cakap "I do" tapi memikirkan kemungkinan dibaling selipar oleh para hadirin, maka aku memilih untuk mengangguk sambil tersipu-sipu sahaja. *shy*
Momen paling indah sepanjang 25 tahun aku hidup di bumi Allah ini..
Legaaa.. (sambil membayangkan lepas ini tak perlulah gosok baju sendiri lagi..)
Lega juga (sambil memikirkan adakah telur goreng sesuai dijadikan masakan pertama untuk suami)
Masa sarung cincin ni lama gila, jari manis aku buat hal pula tiba-tiba tak muat masuk cincin. Hampir sahaja Oyah menghulurkan jari manisnya untuk mencuba nasib in case dia yang muat.
Scene ini juga lama. Biasalah, pengantin persis artis maka ramai pula nak ambil gambar keh keh keh. OK tak kelakar. Awning tudung sangat keras so Suami tak dapat cium dahi, end up bibir Suami di tulang hidungku dan hidung beliau di dahi :)
Selamat Hari Raya Abang. Eh Abang? :D
Banyak lagi gambar sebenarnya. Nanti dah dapat semua softcopy aku upload gambar-gambar yang ada kaum keluarga dan juga rakan-rakan OK? Aku tahu memang boring kalau semua pun gambar aku seorang tersipu sana sini sahaja kan? Amboi-amboi berani kau cakap boring tengok aku yang persis artis??! *tiba-tiba garang*
More to come. Tungguuu.. (bajet macam best sangat gambar kahwin kau orang nak tunggu-tunggu tehehe..)


Credit: Official Photographer,
Azlan Shah


17 comments:

  1. Mmg cantik all ur wedding pic!

    Congratulation on ur newly weds! moga2 u both will live happily eva after.. Aminn..

    ReplyDelete
  2. hahaha
    kak una!!
    pic yg i do gedik tau!!
    cam malu2 kucing!hehehe
    btw, chantek la pic!!

    ReplyDelete
  3. gambar paling last...cantik sangat2!terus rasa cam nak nangis...huhu,apsal aku tak kahwin lagi.

    ReplyDelete
  4. cantik! cantik! sukeeeeeeee. :D

    serius i adore baju nikah u kak una. huhu

    ReplyDelete
  5. kaler baju pengantin perempuan memang cun betulah... tapi kenapa macam x sama ngan pngantin laki2???... whateverlah... asalkan memang pasangan yg secocok... o_0
    congrate2 !!!

    ReplyDelete
  6. thanks semua. korang kahwin nanti lagi cantik kot :D

    izuhi:
    eh samalah. satin untuk bahagian dalam dress baju aku tu dgn satin baju melayu Suami dari kain yang sama tau. sekayu kata orang. maybe dalam gambar first and gambar second tu nampak macam tak sama kot kan :) thanks anyway..

    ReplyDelete
  7. gambar first pae suke...
    and jalan penceritaan adalah yg terbaik pernah ku lihat =p

    ReplyDelete
  8. Sis , you're look beautiful sgt time akad nikah ;) And , cantik nya baju akad nikah tu T_T I like :D

    And yes , I've to agreed sis mcm artis , haha , sbb ada satu hari tu jmp Sis dekat MPH dkt Jusco Wangsa Maju , ijah rasa tu mmg sis? mati lah ai kalau silap org.err. Haha , and tergamam nmpk sis mcm nmpk artis gitu. Haha. Tp malu nk tegur , takut salah org. Hehe.

    ReplyDelete
  9. radin fadli:
    haha.. jalan penceritaan lintang pukang ni eh :P


    FaiHash:
    eh ada nampak akak ke?
    last Sunday memang ada pergi MPH Jusco Wangsa Maju tau, nak cari buku kanak-kanak untuk hadiah harijadi anak buah. abg Hanis kau pun ada sekali. rasanya hari tu akak comot je kot T__T
    kau kenapa tak tegur akak? nak kena Ijah ni >:(

    ReplyDelete
  10. Eh mana ada comot. Cun lah akak *wink* Haha , ijah kat belakang akak , sbb nampak abg Hanis tu la. Yg perasan akak laki bini ada kt situ. Ekeke. Ijah tgh duk cari novel. Last lari2 anak. Padahal bukan akak kenal Ijah pun T_T Ekeke. Malu sgt nk tegur akak , hehe. Sorry. Takpe2x. Next time kalau jmp kat mana2 , sila jgn terkejut Ijah tegur. Ekekeke.

    ReplyDelete
  11. babe, u are so gojes and baju nikah u sgt superb chanteknya. suka tgk. =) tak sbr nk tgk gmbr2 laen lg.

    ReplyDelete
  12. hensem je hanis kat sini..kau tayah cakap r..memang lawa..He2.

    tahniah husna.

    ReplyDelete
  13. waaaaaaaaaaaaaa
    akak,,congrate noh
    dah jadi bini org :)(:
    cepat upload gmbar laen!!

    ReplyDelete
  14. cantik2...
    suka sgt...
    cpt2 la upload...nk tgk hahahah...

    ReplyDelete
  15. thanks and thanks. sweet betul reader blog ni haih, macam nak kena hurung semut sebab sweet sangat :D

    ReplyDelete
  16. caption gambar sengal tak hingat!

    ReplyDelete
  17. seyes!sangat cantik baju ni,ok2 pengantin die pon cantik gak....suke giler aku!

    ReplyDelete