expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 1, 2010

Kalau kita tak boleh nak nampak bodoh depan orang yang kita sayang, dengan siapa lagi?

Tutur kataku kasar sebenarnya. I cursed, honestly. Cuba perbaiki kekhilafan diri, tapi apabila terjadi perkara yang tak diduga seperti tudung pink kahwin terbakar dek seterika baru ketika sedang terkocoh-kocoh bersiap ke rumah mertua, memang tak boleh kontrol ter'curse' sendiri. Geram gila aku malam tadi. Tudung tu taklah mahal mana, tapi.. tudung kahwin kot. Sengaja aku beli yang simple supaya boleh dipakai semula. Sedih gila bila terbakar. Iron baru, belum pandai sesuaikan lagi.

Suami menegur. Marah macam mana pun bukan boleh diperbaiki tudung itu. Minta dikawal sifat baran. Sepanjang perjalanan ke rumah Umi, beliau hanya mendiamkan diri saja. Aku turut diam, tak tahu nak cakap apa. Di rumah Umi aku bermesra seperti biasa, rindu adik-adik comel. Eh betul tau, adik-adik Suami memang comel-comel. Di rumah ini, aku adalah kakak sulung, so harus tunjukkan contoh baik sebagai kakak dah tak boleh nak buat perangai tak matang lagi. Tssk.

Di dapur, cuba cari point untuk berbaik-baik.

"Nak air? Kita buat air ye?"

"Tak payahlah," dijawab hambar.

"Aisyah ada buat kek, kita potong bagi awak ye?"

"Hmm.." pendek dijawab.

Sambil menjamah kek buatan adik ipar, kami menonton Pisau Cukur. My favourite Malay movie which I see Fazura as sangat gojes sekali. Heh. Suami duduk di atas sofa, aku duduk bersimpuh di bawah, di depan beliau. Masa scene Faqir berlatih menari dengan Bella lakonan Maya Karin, keluar dialog ini. Dialog kegemaran aku. Yang selalu aku re-quote dalam banyak post in this blog.

'Kalau kita tak boleh nak nampak bodoh depan orang yang kita sayang, dengan siapa lagi?'

Aku senyum sendiri. Suka sangat ayat itu. Nak pandang Suami, tapi takut. Dah buat salah katakan.

Tiba-tiba terasa bahu diusap lembut dari belakang. Dan diurut kecil.

"Meh sini, duduk sebelah saya.."

Senyum lebar aku bangun duduk sebelah beliau. Makin berselera makan kek.
:D



7 comments:

  1. takpe la kak una. orang tua-tua cakap pelan2 kayuh. :)

    ReplyDelete
  2. kak una, sgt comel okay korang. :)
    btw, pisau cukur is my fevret movie. tgk by2 kali pon xpe :D

    ReplyDelete
  3. so suweeett..=)

    i pulak selalu terkeluar words tak best bila driving, fiancee pon terkejut dgr i ter'curse'. hrp i dpt control lps ni..(-.-")

    ReplyDelete
  4. BURDHANI:
    i pun biasanya masa driving je cursing. ni dah terbawa-bawa pula pada benda lain. betul-betul kena control la lepas ni. haih..

    ReplyDelete
  5. saya ada draf dgn tajuk yg sama....=)
    baru tengok pisau cukur tu cuti semester br ni =)
    marah tanda sayang, tegur tanda risau

    ReplyDelete
  6. awwhh sweet sunggoh :) go kak una n husband :DD

    ReplyDelete
  7. i read ur blog since last night. tido dgn blog ni tak tutup pon. then bgn tdo smbg bc lg. dah la jumpa blog u ni masa tgh google about wedding preparation. ending nya melekap read teh rest of ur post. :)

    ReplyDelete