expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, April 4, 2012

The Dark Side of Private Groups

Bila dah jadi mak-mak ni, memang secara automatiknya kita akan mendapati diri kita lebih berminat untuk join group ibu-ibu dan isteri-isteri di Facebook. Yang mana hampir semuanya adalah private groups.

Kumpulan Ibu Menyusu
Solid & Semisolid Food For Your Baby
Being a Mommy, Wife & Woman
Perkembangan Anak Anda
Jom Share About Your Child

Dan ada 2-3 lagi berkenaan bayi-bayi. I was actually invited to join these groups by my friends (mostly mothers), otherwise I wouldn't realize the existence of such groups.

Di sini, aku biasanya hanya sebagai pemerhati sahaja. Jarang sangat aku komen, atau post apa-apa di situ. Bagus juga join these groups, belajar dari pengalaman orang lain, mana yang dirasakan elok untuk dicontohi, aku ikut; mana yang tidak elok aku hindarkan jauh-jauh.

Tapi yang paling aku kesalkan, group ini (mentang-mentanglah secret group) dijadikan medium untuk memburuk-burukkan mertua dan suami.

"Mertua I bagi baby I minum teh. Bencilah."
"Suami saya pemalas sangat. Kedekut pula tu. Ada cadangan tak nak buat macam mana?"
"Marahnya I semalam! Mertua I paksa anak I duduk dalam walker!"

..

Entahlah. Isu menantu-mertua ni, kalau nak diikutkan memang biasa dialami oleh kebanyakan orang. Terutamanya ibu mertua dan menantu perempuan. Tapi bagi aku, benda-benda dalaman seperti ini tak perlu dikongsi secara umum kot, walaupun secret group. Kecualilah kalau secret group tu ada diri kau dan hanya kau sahaja dalam tu. Ni, beribu kot pengikutnya. Beribu jugalah yang membacanya. Bila ada yang post status macam tu, ada pula yang menambah lauk menyimbah minyak di api yang marak.

"Teruknya! Dia dah tua takkan tak tahu baby tak boleh minum teh?"
"Kalau I pun sakit hati dapat suami macam tu. You mogoklah, jangan buat kerja langsung, suruh dia tidur luar.."
"Kenapa dengan mertua you tu? Tak eloklah baby duduk dalam walker blablabla.."

Oh my..

Cuba kalau kau ada adik lelaki, or abang yang dah berkahwin. Dan isteri adik/abang kau tu buruk-burukkan mak kau di khalayak ramai.

Ataupun, bila anak lelaki kau dah kahwin, menantu kau buruk-burukkan kau di khalayak ramai.

Apa kau rasa?

Dah-dahlah tu guna private group untuk bercerita hal-hal macam tu. Walaupun private, ramai je dalam tu yang kenal kau. Yang mungkin kenal suami kau, mertua kau. Dan yang menyokong dan menambah garam di luka tu, berpada-padalah. Jangan letakkan diri kau sama teruk dengan dia. If you don't have anything good to say, don't say anything at all.

Dari Abu Said Al-Khudri (RA) berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda, "Barangsiapa melihat kemungkaran dilakukan di hadapannya maka hendaklah ia mencegah dengan tangannya, jika tidak mampu cegahlah dengan lidahnya, jika tidak mampu maka hendaklah dia merasa benci di dalam hatinya, dan ini selemah-lemahnya iman." (HR. Muslim)



4 comments:

  1. berdebarnya nak dapat mertua nanti

    hihihihi

    Mak Mertua tu walaupun tak sama dengan Emak kita
    kita patut lah respect.
    sekurangnya dia lagi tua dari kita kan Kak.

    hish hishhh people's nowadays so pelik pelik bahhh

    ReplyDelete
  2. Hei invite kita k? so far yg atas tu je. thanks in advance! :D

    -shalazytologin-

    ReplyDelete
  3. benar! tepat sangat quote yg awak pakai.
    If you don't have anything good to say, don't say anything at all.

    untuk mommies diluar sana, akal ada,wajib gunakan ye.

    ReplyDelete
  4. Jom join group im a mommy,im a blogger....strictly no umpat2...juz having fun dgn mommy blogger yg mcm rapat gilet,tp jumpa lom pernah...haha

    ReplyDelete