Monday, April 9, 2012

Ibu Bekerjaya dan Suri Rumah

Rutin aku sebagai ibu/isteri yang bekerjaya (Isnin-Jumaat)
Bangun seawal 4.30 pagi.
Pam susu. Masak makanan anak. Siapkan breakfast (kalau sempat). Iron baju. Mandi. Solat.
Gerakkan Suami.
Sementara Suami mandi, aku bersiap. Tukar diaper anak. Susukan anak. Siapkan makanan dan susu anak untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Suami siap mandi, dia akan siapkan semua barang anak (kecuali susu dan makanan), siapkan handbag aku (masukkan handphones wallet segala), siapkan semua breastpump kits.
Suami drive, aku qada' tidur (sebab bangun awal tadi kan hewhew). Kalau tak mengantuk, kami berbual sepanjang perjalanan sampai ke pejabat.
Di pejabat, kalau masa sibuk, memang sangat sibuk tak menang tangan. Kalau tidak masih boleh berehat sekejap. Layan laman sosial. Tapi aku takkan bersosial bagai sebelum siapkan semua kerja. Sebab nanti rasa tak sedap hati.
Lunch hour keluar rehat sejam.
Balik tu, sama seperti perjalanan pergi tadi, Suami drive aku tidur ataupun berbual sampai ke rumah.
Di rumah, lepas ambil anak, Suami akan terus basuh botol anak, basuh dan jemur baju, sapu rumah sikit. Tapi kalau dah malam tak sapu, sebab tak elok sapu rumah malam-malam kan, buang rezeki orang kata.
Aku? Layan anak, breastfeed atau pam susu.
Around 9.30 atau 10, aku akan tidur. Ataupun tertidur. Sebab nak kena bangun awal kan.


Rutin aku sebagai surirumah (Ahad, kalau Suami ada kelas).

Sebaik sahaja hantar Suami ke pintu, rutin dah bermula. Tapi tidaklah seawal 4.30 pagi seperti hari-hari biasa.
Sementara anak masih tidur, aku cuba buat sebanyak kerja yang boleh.
Mula dengan basuh baju. Siapkan makanan anak, breakfast aku.
Anak terbangun, kena layan. Bagi susu, bawa ke ruang tamu biar dia main sendiri.
Aku ke dapur, kain yang dah dibasuh kena dijemur. Anak merangkak ikut ke dapur.
Sambil jemur sambil intai takut dia panjat meja (dia dah memanjat sekarang!).
Kain baru dijemur separuh, dengar anak menangis. Lari semula ke depan. Dia bosan, nak kena dilayan. Pasang mainan-mainan yang berbunyi. Leka kejap, lari semula ke belakang sambung jemur baju. Kena pantas, sebab dia menangis lagi. Nak kita ada depan mata dia je.
Walker? Mama tak bagi, tak membantu perkembangan otak Mama cakap. Plus seriau dengar kes anak terjatuh walker segala.
Letak dalam babycot? Akan dipertimbangkan.
Siap jemur, susukan anak sampai dia tertidur. Okay cantik boleh buat kerja lain. Lap perabot dulu sebelum mop lantai. Tengah basuh kain lap kat dapur, tengok belakang ada si kuih pau cantik je kat belakang kita tersengih-sengih dongak kepala. BILA MASA DIA BANGUN T__T
Bawa dia ke depan, baring sama-sama. Main sama-sama. Agak-agak dia leka tengok TV, lari kejap ke dapur, kupas-kupas bawang segala untuk makan tengahari. Nanti Suami balik nak makan.
Intai kejap di ruang tamu, nampak kat TV hitam je ada tulisan kuning tulis "Your PVR card blablabla". Tengok tengok ada si kenit tengah main remote control tekan-tekan T_T
Around 12 tengahari, panaskan bubur anak dan suapkan makan. Macam berperang sebab dia nak capai mangkuk dan sudu nak suap sendiri :')
Dah siap makan, baru mandikan (sebab kalau mandi dulu nanti comot balik baju HEEE). Yang ini pun satu hal sebab budak pau ni mandi macam anak dara. Lama nau!!
Dah mandi, susukan. Tidur.
Mummy boleh memasak. Sambil masak sambil jengah tengok dia ok ke tidak.
Siap masak lauk-pauk, baru masak nasi. Sementara tunggu nasi, lipat kain baju berlonggok.
Budak pau dah bangun. Dia pun nak 'tolong lipat' jugaaaaakk.
Main-main gomol-gomol ketawa-ketawa, terbengkalai kerja lipat baju heee.
Bagi dia pegang buku (Ammar Yusuf suka buku, suka gigit buku :/), Mummy pergi hidangkan lauk-pauk.
Suami balik, legaaaa. Boleh tengok-tengokkan Ammar Yusuf.
Sementara Suami ada, aku angkat kain baju. Basuh pinggan mangkuk periuk kuali.
Selesai itu, susukan Ammar Yusuf, Suami tertidur kepenatan. Kesian.
Kemudian baru makan. Sementara Suami makan, aku main-main dengan Ammar Yusuf. Main-main=kejar dia ke sana sini. Laju tau dia merangkak!
Yang bestnya, Ammar Yusuf tidur awal. Pukul 8 dah sleep soundly. Mana taknya siang tadi tidur sekejap-sekejap je.
Sebelum tidur nak kena iron baju kerja dulu.

Penat. Sedangkan hanya seminggu sekali aku melalui rutin ini. Dan baru anak seorang. Kalau anak ramai??

*********

Dua rutin berbeza. Dua keadaan yang berbeza penatnya, berbeza stressnya. Baru aku sedari betapa suri rumah sering dianggap mudah, dipandang enteng, sering dianggap tidak sesukar ibu bekerja. Sedangkan hakikatnya, penat sangat jadi suri rumah. Sangat. Mungkin isteri yang bekerja lebih kepada penat otak, tapi suri rumah tidak mustahil penat kedua-duanya, fizikal dan mental. Mereka seperti bekerja 24 jam tanpa henti. Waktu rehat mereka bergantung sepenuhnya kepada waktu tidur anak.

Tapi ada juga isteri/ibu yang terpaksa menjadi kedua-duanya. Siang bekerja, malam sambung pula dengan kerja-kerja suri rumah langsung tak dibantu suami. Banyak sangat baca aduan-aduan seperti ini dalam group ibu-ibu/isteri-isteri. Kesian. Sudahlah sama-sama mencari rezeki. Bab kerja-kerja rumah mengurus anak segala, tidak pula nak sama-sama. Apa jenis lelaki entah. Ini baru betul-betul perah keringat namanya, sampai kering habis diperahnya keringat isteri.



Syukur ya Allah.











6 comments:

hazwani said...

"Sudahlah sama-sama mencari rezeki. Bab kerja-kerja rumah mengurus anak segala, tidak pula nak sama-sama."

ni kene diskus hati ke hati antaa suami dan isteri. laki kita mungkin tak phm sbb tgk isteri bertenaga je. macam superwoman =). Pastu highlite ape yg die perlu tolong.

ni nasihat cousin sy bila tny pndpt ttg ni. tak lm lagi insyaALLAH nk kerja. =)

yup, penat jd surirumah tp seronok! anak depan mata.

east said...

hehe best bc nih esp time kt dapur tu tiba2 cik abg tu dh tersengih2 dongak kepala kt belakang mmg sebijik mcm cik suri hannah, laju jeh dia merangkak g dapur. kitaorg pun tanak ajar letak suri dlm walker tp kan letak dlm babycot mcm sian plak tgk dia (mcm duk dlm penjara haha) skrg klu siang mmg tido jap2 jeh huhu..as for me, weekend totally mmg husband yg layan suri haha dah mommy kejanya kt dapur jehh (T_T)

Husna Hadzarami said...

HAHAHAHA betul-betul. Tiba-tiba ada kat belakang, nasib baik perasan (sebab dengar tapak tangan dia tepuk-tepuk lantai heee). Itulah. Letak dalam baby cot macam dalam penjara pula. Macam tak bebas kan. Tapi ada cara lain lagi ke eh? Sebab kita memang selagi boleh nak avoid the use of walker :(

Husna Hadzarami said...

Yup betul. Kami dari awal kahwin lagi dah discuss mutually about house chores, about expenses and everything heee. Senang. Sebab sama-sama baru nak bina hidup kan. And thankfully my husband himself memang dah neat freak and very organize, dia lagi tersusun dari kita T_T Nanti Ammar Yusuf dah besar harus ku ajar buat kerja-kerja rumah juga heee.

Yup, suri rumah memang sangat penat. Tapi best sebab anak ada depan mata. Hal-hal penjagaan anak (sepatutnya) lebih baik berbanding ibu yang bekerja, sebab boleh bagi fresh porridge hari-hari, boleh fully breastfeeding (direct feeding, so nutrient lebih baik) setiap masa.. kan? Lucky you :)

YanaHime said...

Hehe! Sibuknya kita bl ada anak ni kan? Unfortunately, yana salah seorg yg jd working mommy, Kena utk bantu husband. Since he's in the army, dh ada pengalaman kena tggl berdua dgn baby...jdla single working mommy....semua kena handle sendiri...mmg tough & tak blh nak jd crybaby, sbb demi anak mommy kena kuat....

east said...

Rasanya takpe kot una tak letak dlm baby cot bagi dia bebas as long rumah dlm keadaan bersih so nnt tadela dia kutip2 hehe..i letak suri jap2 jeh time msk bubur dia or mandi itu pun kdg2 dia ngamuk last2 hubby letak cot mengadap pc so leh bg dia tgk lagu2 fav dia smbil main dlm tu :)