Wednesday, April 25, 2012

Platonic Love

Masa zaman belajar dulu, aku cukup tak suka jenis perempuan yang suka bagi harapan pada lelaki sedangkan dia tak pernah ada niat or ada hati pun nak bersama dengan si lelaki itu. In fact kalau ada kawan-kawan aku yang buat macam tu pun, mesti aku akan berleter kaunseling habis betapa tak baiknya buat macam itu.

Tapi bila difikir semula, I was actually one of them kot (and I'm not proud of it). Yang berkawan baik dengan lelaki, tapi macam bagi harapan kat si lelaki padahal tak pernah ada perasaan pun pada si lelaki itu. Ini cerita masa zaman belajar dululah. Of course perkara itu tidak disengajakan. Tak pernah ada niat pun, tapi siapa tahu niat kau? Siapa peduli?

Aku tahulah hati aku macam mana, tapi hakikatnya, niat kita tidak menghalalkan cara. Kita nak berkawan je dengan dia, tapi kelakuan kita, perbuatan kita, seakan-akan memberi signal yang berbeza. Mix signal. Signal yang membuatkan si kawan baik berlainan jantina itu, terasa macam, 'Oh entah-entah dia suka aku juga' dan seterusnya kita dipertimbangkan untuk dijadikan calon kekasih :/ Kan dah leceh.

Ayat-ayat yang mendorong untuk disalahtafsir dan dikira mix signal;

"Aku lagi selesa bercerita dengan kau daripada boyfriend aku tau. Dia tu tak faham pun aku.."
"Weh petang karang ikut aku cari kasut joging jom, kau pandai sikit pilih kasut.."
"Aku tak apa lagi hilang boyfriend wey, asalkan tak hilang kawan baik. Macam kau ni."
"Lega aku lepas luahkan semua masalah kat kau, kau ni memang pendengar yang baik la, sebab tu aku suka share dengan kau.."
"Jom teman dinner, boringlah malam ni."

Ayat kau straigtforward je, tak ada maksud apa pun. Tapi tidak pada yang menerima. Tak boleh salahkan dia kalau dia tersalah interpretasi. Nak-nak kalau si kawan baik berlainan jantina itu masih single, masih mencari. Of course dia akan rasa dia ada chance. Of course dia akan rasa dia ada satu ruang yang penting dalam hati kau. Kau sendiri yang bagi mix signal.

Bila tahu si kawan baik berlainan jantina itu dah semacam, dah mula cemburukan kau dengan boyfriend kau ke apa, dah mula nak romantik lah pula, kau gunalah alasan, "Mana aku tahu dia sebenarnya suka aku. Aku layan dia macam kawan baik je selama ini." Lepas tu kita terus buat tak tahu, terus konon nak bestfriend, dan terus melukai si kawan baik. Haii tak mungkinlah kau tak tahu.

Sebab, biasanya, kita MEMANG tahu. Perempuan yang ada naluri memang boleh rasa kalau si kawan baik itu suka kita. Tapi kita sengaja buat tak faham, sebab kita takut nak hilang kawan baik kita. Kita takut nak hilang perasaan selesa bergurau kasar, bercakap apa sahaja. We do not want to lose the pleasure of having him around, walaupun kita tak cinta dia. Kita takut dan tak sampai hati nak cakap, "Aku sebenarnya nak kawan je dengan kau.. Tak pernah ada hati pun kat kau."

Sudahlah. Lelaki dan perempuan, sudah-sudahlah cuba nak jadi kawan baik. BFF. Well, this platonic love might works for some people, but most of the time, it's rather impossible. Almost always, mesti ada salah seorang yang akan terluka. I've enough with this. Jangan sakiti hati orang. Jangan bagi harapan pada orang bila kau sendiri tahu tak mungkin kau akan bercinta dengan dia. It's unfair for both you and him. Jangan mulakan. Berkawan macam biasa sudahlah, tak perlu nak Bestfriend Forever sangat. 

Dulu, memang rasa best bila ada BFF lelaki ni. Macam cool hangout like the boys, gurau kasar cakap lepas segala. After everything that has happened, after everthing I have experienced, then only I learnt my lesson, and I don't see any necessity for a girl to have a male bestfriend anymore.

Plus.. ehem. Now I finally have a real male BFF, and this one I can fall in love with everyday. My husband ;)






6 comments:

Fantastic World Dream said...

betul ke girls bole rasa kalo lelaki suka dye?ke sesetgh owg je bole rasa??huhu

DYatie ABakar said...

sangat betul & berlaku pada diri saya juga..beberapa kali..and at the end, persahabatan tu dah tak ada...huhuuhu...wpun kadang2 really miss the moment with them...

avid said...

ah..friend-zoning. the worst horrible godforsaken territory any woman could put a man.

Anonymous said...

buat masa ni, selamat la takda kawan laki yang salah anggap persahabatan kitorang ni. masing-masing pun tau had and batas masing-masing. gurau-gurau gak, gedik-gedik gak, tapi stop sampai situ jela. :)

Afiq said...

perempuan capable membezakan mana kawan & mana kekasih. tapi lelaki selalunya jadi syok sendiri bila dah rapat dengan seorang perempuan. that the facts!

Anonymous said...

kak Una, seriously saya experienced benda nie.

tapi kalau dia dah tahu kita dah ada boyfriend, tapi still insist nak kawan dengan kita macam mana?

kita still bersalah jugak ke sebab macam bagi harapan dekat dia?

hmmmm *tetiba mintak sesi kaunseling pulak kannn*