expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, April 4, 2012

'Kalahkan' Anak

Is it me, or memang ramai mak-mak macam ni?

Situasi:
Di majlis keramaian/re-union atau sebagainya, berbual dengan ibu-ibu lain (yang tak berapa rapat), yang turut sama dukung anak yang lebih kurang sebaya anak kita.

Ibu 1: Afif (refer pada anaknya) ni tak boleh langsung kita letak tau, sentiasa nak berdukung. Susah I nak buat kerja.

Aku: Ala samalah dengan Ammar Yusuf ni. Manja juga.. *senyum*

Padahal Ammar Yusuf tak pernah ada masalah macam tu pun.

Atau..

Ibu 2: Faiz ni susah nak tidur malam tau, pening dah I tak tahu nak buat macam mana.

Aku: Hmm.. Ammar Yusuf pun macam tu lah jugak. Lebih kurang je perangainya. Biasalah tu. *senyum*

Padahal Ammar Yusuf mana pernah tak tidur malam. Dah kenyang, dah penat main, haa tidurlah dia sampai ke pagi.

Entah kenapa setiap kali dengar aduan ibu-ibu lain, mesti automatik aku rasa macam 'obliged' to make them feel better about their babies. To let them know that their babies' behaviour are normal, dengan cara mencontohkan baby sendiri.

But, on second thoughts, kesian pula kat Ammar Yusuf kan :(

Dan yang peliknya, bila aku cerita pasal karenah anak aku pula (yang sebenarnya takdelah problem sangat pun, cuma nak dijadikan topik berbual sahaja) diorang selamba je, "Eeiii kenapa Ammar macam tu? Lecehnya. Nasib baik anak I okay je. You kena ajar dari awal tau blablabla..."

Membuatkan aku rasa macam nak tarik balik kata-kata aku tadi "Sebenarnya Ammar Yusuf mana ada mengada sangat nak berdukung sentiasa, mana pernah ada masalah tak tidur malam pun, senang je nak jaga dia tau blablabla..".

But instead, I just keep my mouth shut and.. smile.. waiting for the right time to get myself out of this awkward conversation.

T_T

I of course love my son, and I always proud of him. I always am. It's just that, maybe I don't see myself as a person who keeps boasting around about how terrific her/his child is. I write a lot about my baby's development, but in real world, unless if it is really necessary or if I've been asked to, I don't usually give 'advice' to other mothers (especially when you're not even close to me!) on how to raise a child.

Takpelah Ammar Yusuf, cukuplah Mummy Daddy sahaja yang tahu. Kita rilek-rilek sudah, kan? ;)



- Posted using BlogPress from my iPhone



4 comments:

  1. x pe tgk development ammar jugak the best,, muaahh muahh !!
    :)

    ReplyDelete
  2. betul tu, janji kita & husband tau siapa anak kita yg sebenar da cukup..

    ReplyDelete
  3. betul, rilek-rilek sudah.lain anak, lain perangainya! =)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete