expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, April 17, 2012

Take It Easy, We're Not Supermom!

Awal-awal dulu kalau cakap pasal anak ni, aku cepat sangat freak out. Maklumlah anak sulung, sepertimana semua ibu-ibu lain juga, of course kita nak yang terbaik untuk anak kita kan.

Aku tak bagi langsung dia main-main tanpa alas, means kalau nampak dia keluar je dari tilam aku akan cepat-cepat dukung letak atas tilam juga. Sebab taknak dia pegang kotor-kotor.

Pasal makanan, apa yang dia main, apa yang dia pegang, siapa yang pegang dia. Dan aku kurang gemar bila diajar-ajar apa yang perlu diberi/dibuat pada anak (because I think, "I'm his mother, I want to raise my son, my way. I know what's best for him. Bla. Bla. Bla". Pendek kata, I am poyo).

Kecenderungan untuk easily freak out ini membuatkan aku mudah stress, mudah terasa hati, mudah marah sebab aku nak yang sempurna habis.

As time goes by, I learn to take it easy. Bukan bermakna aku mula mengambil mudah hal penjagaan anak dan sebagainya, tapi aku mula mendapati segalanya lebih baik bila aku belajar untuk lebih bertenang dalam segala hal. Belajar untuk menerima yang kita bukan ibu yang sempurna, we're barely a supermom!

Perlahan-lahan, aku mula 'melepaskan' anak bermain dengan bebasnya, sekali-sekala biarkan dia keluar dari boundary tilam merah Mickey Mouse tu. Asalkan sentiasa ada orang yang memerhati. Biarkan dia explore, biarkan dia jalan merata. Agak-agak dia penat, baru ambil dia, basuh tangan dan jari, susukan sampai tertidur.

Dan ternyata bila aku biarkan dia bebas, aku mendapati dia lebih cepat belajar, perkembangannya lebih pantas, dan makin banyak perkara baru yang ditunjukkan dalam masa yang singkat. Oh begitu rupanya, lesson learnt. Jangan disekat-sekat sangat pergerakan anak, asalkan tidak membahayakan anak (contoh: biarkan anak ke bilik air sendiri, atau ke dapur sendiri, etc), biarkanlah dia explore sekeliling. Biarkan dia belajar.

Oh, Ammar Yusuf dah ada hobi baru. Memanjat. Pantang ada orang baring, dia mesti akan laju merangkak datang dan panjat. Dah tak boleh nak letak benda-benda within his striking distance, kena letak lebih tinggi.


Macam mana Mummy nak tengok Uncle Beto kalau Ammar Yusuf berdiri depan Mummy macam ni?? Oh, ai suka Beto, but ai luv mai hasben more :')


Budak bertuah ni duduk pun belum steady lagi ada hati nak berdiri.. Ingat dia ringan agaknya tekan-tekan badan Mummy macam tu.


Tak boleh blah muka. Bangga habis dapat jatuhkan semua barang atas meja tu ke lantai T_T
Dan hobi baru yang lebih sweet, sekarang ni kalau nak tidur, mesti tangan dia akan teraba-raba sekeliling; nak check kita ada dengan dia ke tidak. Kadang-kadang habis muka kita dikoreknya, kadang-kadang dipeluknya lengan kita dengan kaki-kaki dia sekali peluk (Daddy kata macam koala bear hihi).. apa sajalah, just to ensure that we're there around him. Amboi makin besar makin manja anak bujang ni.


Tengah tidur pun nak beria-ia 'chop', macamlah ada orang lain nak ambil Daddy dia.




10 comments:

  1. alololo ammar punya muka bangga terserlah sgt! ekekekek :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun! Geram je tengok, orang risau dia terhantuk ke apa, dia rilek je siap tersenyum bangga lagi. Haish.

      Delete
  2. hahhha anak daddy lah katakan..amani kalau papa x tidur sebelh kompem die pun x nak tidur...haiss..sian mama amani kan..hahhhha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang anak Daddy ni, kalau besar nanti jadi spoilt brat, blame the Daddy hah! :p

      Delete
  3. Replies
    1. Seksi la sangat berlapis2 pinggang HAHA!

      Delete
  4. hehe! i guess all new mommies are like this, including me...tengok anak mcm nak jatuh mama dia dh siap2 tahan dgn bantal...akhirnya kena jgk lepas anak tu

    ReplyDelete
  5. That's why! Kejap2 nak panik, sekali anak takde apa2, Mummy pulak yg kena high blood pressure sebab asyik panik je :(

    So kena take it easy sikit, bertenang, sebab kalau nak terlampau kawal pun tak elok jugak kan, nanti anak tak belajar apa pun.. Konflik juga jadi parents ni kan, haihh..

    ReplyDelete
  6. alolololo
    comel nyewww AY ni.
    hihi

    ReplyDelete
  7. alolololo
    comel nyewww AY ni.
    hihi

    ReplyDelete