Thursday, April 5, 2012

Timeline: Dulu dan Sekarang

Sejak Facebook dah tukar timeline ni, tiba-tiba aku jadi stalker. Whoaha stalker tu. Bukan stalk siapa-siapa pun, Suami aku jelah yang jadi mangsa hihi.

Sebab boleh tengok status, Wall post dan sebagainya for the past 3 years kan.

Baru tahu banyak benda.
Baru tahu, oh dia pernah rapat dengan dia ni rupanya.
Oh inilah budak yang dia pernah cerita dulu.
Oh. Macam tu. Macam ni.

Kahkah. Stalker habis. Padahal sebelum-sebelum ini mana nak ambil berat sangat kisah silam dia. It's mutual, sebab dia sendiri jarang sangat nak korek kisah silam aku. Dah nama pun kisah silam, buat apa nak dikenang kan?

Tapi aku ni, gatal tangan agaknya. Tiba-tiba rasa nak tahu, macam mana agaknya Suami aku dulu. Berdebar scroll down ke bawah, suddenly rasa macam alamak kenapa aku tak tahu pun kisah yang ni alamak ni nak kena soal siasat ni alamak ayamakkk!! (ayat Asha masa pelat L)
Dah lama tak tempek gambar anak dara dua orang ni. Dah big girl masing-masing. Yang baju putih duduk sopan macam pwincesh tu Aina. Sebelah dia itulah Asha. Dah tadika sekarang. Otai habis, selalu bergaduh dengan budak lelaki nama Aserap (sebutan Mama untuk Ashraf).


Okay sambung cerita.
Timeline ni memang membongkar banyak benda. Bukanlah rahsia besar ke apa, but now we can reminisce what we have been in the past, and what have become now.
Aku ni takdelah tiba-tiba nak jealous membabi buta dengan Suami hanya disebabkan gadis-gadis sunti memanggilnya dengan panggilan manja 3 tahun lepas. Memang pointless sangat kalau nak possessive for that matters. Aku lebih kepada rasa kelakar kot. Nanti adalah bahan ketawa dalam kereta nanti hihi. Lagipun, erm.. kalau nak dikorek timeline aku sendiri, ayat jejaka-jejaka di Wall post aku dulu pun tidak kurang geli-gelemannya kehkeh.. Nak tergelak sendiri baca balik.
Yeah. Kita selalu cakap "I'm still the same me, I haven't change at all". Mana boleh tak berubah langsung, aku rasa aku berubah banyak kot!
Dulu status Facebook ayat wempit gilewwww engat kewl lew tue tulish manje gewdiks camtu. Sekarang ayat matang habis. Matanglah kiranya, tulisan ejaan penuh tiada lagi bahasa singkatan 'sy xnk g nt mk sy mrh', tiada lagi bahasa rempit dan sebagainya.

Dulu kat Wall lebih banyak post daripada kaum berlainan jantina saja wahaha nak cakap diri ini hot stuff la ni kan kan? Sekarang, tiada lagi "Hi beautiful where work can we friend?" Oh come on Uganda guy improve your grammar please. Dan lebih banyak post dari adik-adik kaum sejenis, juga kaum ibu. Lebih banyak pertukaran pendapat, pasal penjagaan anak dan sebagainya. Lagi best sekarang ni sebenarnya. Barulah rasa Facebook ni lebih bermakna bukan sekadar medium nak cari kenalan je.

Dulu status Facebook asyik nak emo saja, asyik nak komplen saja, asyik nak bengang saja. Miserable sangat kan hidup kau? Sekarang status lebih lively, lebih bahagia, lebih ceria :)

Dulu kalau nak upload gambar mesti akan melalui bermacam tapisan. Harus edit dulu! Buang jerawat, remove eyebag/dark circle kat mata, gambar mesti di snap dari angle yang disukai, jangan ambil dari bawah nanti nampak gemuk pendek, jangan ambil dari atas nanti obvious sangat eyebag, lebih bagus kalau ambil dari tepi sebab nampak slim sikit -__-". Memang untuk stok test market ke apa entah poyo betul kau kan? Malu rasanya. Sekarang, who cares? Semuanya tanpa editan, natural beauty orang kata kahkah beauty konon. Gemuk pun gemuklah, jerawat pun jerawatlah. No more fake Husna. Buat apa nak nampak cantik dalam gambar tapi bila jumpa in person, "Ni Husna ke ni? I thought dalam gambar you nampak... Err takpalah..". Kan?

2009 ke 2012. 3 tahun sahaja. Tapi dah terasa banyaknya perubahan. Terlalu banyak.

Dan tak mustahil juga 3 tahun akan datang aku akan bergelak ketawa dengan apa yang aku tulis hari ini.
;)


2 comments:

Fatin Syahira Ramli said...

seriously sy follow akak since akak baru bertunang rasanya and now ammar pun dah jadi big boy. alahai cepatnya masa berlalu.

p/s : baca blog akak rasa macam bukan sedang membaca tapi sedang bersembang dengan seseorang. haha. ayat sempoi je tapi ada points. something good to share :)

M.I.Z W.A.W.A said...

comeinye anak dara 2 orang tu...