Monday, April 30, 2012

Hi faker, can I help you?

Assalamualaikum,

Aku tak suka sebenarnya nak highlight pasal benda ni. Sebab, pertamanya, aku akan dilihat sebagai poyo, like, "Who the hell are you? Why does anybody wants to be you?" et cetera, et cetera. Dan keduanya, aku tak suka nak membazir masa untuk entertain benda-benda macam ini.

Taapii, I think this time dah macam kronik sangat lah. Too psychotic. Dan agak menakutkan juga sebenarnya. It's like, kenapa wujud orang yang begitu obses dengan kehidupan seseorang sampai ke tahap ini??

Previously, pernah jadi sekali and I do nothing except asking a favor from a friend of mine to send a text message to the person, asking to remove all my photos yang dia gunakan tu.

Kes 1

Alisya dan Saiful. Which obviously bukan nama sebenar. Dia guna gambar aku untuk bagi undangan perkahwinan di Facebook. Gila. Kejadian ini disedari oleh one of my schoolmate. Katanya dia nampak kawan dia ditag pada gambar itu rasanya, tak ingat macam mana. Psycho tak?


Dan setelah dimesej oleh schoolmate aku tu, this is her explanation.


So that's it. Anggap dah settle jelah, malas nak panjang-panjang cerita. Until yesterday, I received a message from a stranger, someone I didn't know.

Identiti penghantar terpaksa dirahsiakan atas sebab privasi dan keselamatan.

Mulanya, aku buat biasa sahaja, sebab tengok link itu pun melalui iPhone sahaja maka tak nampak apa yang menakutkan sangat. Tapi, bila pagi tadi tengok dari laptop di pejabat, oh my.. This is even more psychotic than before!! Like, kenapa ada orang macam ini? Who puts so much efforts to create something yang langsung tak membawa apa-apa makna dalam hidup dia macam ini??


Sanggupnya dia struggle 'Save Image' satu persatu dalam album kahwin aku, untuk upload semula dalam account Facebook dia!


Sanggup tu dia berusaha collect semua gambar aku dengan Suami yang bersepah di merata-rata album dan kumpulkan setempat dalam satu album macam ini (sebab aku tak pernah ada satu album khas gambar kami berdua sahaja :/)

And this one too. It Is Me, Husna. Bukan main lagi nak emphasized nama dia Husna. Aku sendiri tak pernah allocate satu album untuk gambar aku seorang sahaja. Sebab, macam syok sendiri :/

Yang lebih psychotic, bila kau baca caption dan komen-komen dalam sesetengah gambar tu. Sumpah rasa macam, ya Allah.. Seriously?? Kau dah kenapa gila?

[Klik pada gambar untuk lebih jelas]




Siap kenal rakan sekerja aku kot. Dah alang-alang kau create fake profile untuk kau dan 'suami' kau, kenapa tak create sekali profile untuk kawan-kawan aku, colleagues aku, adik beradik aku segala??




Psycho tak? PSYCHO GILA TAK? Well, to be perfectly honest, aku tak tahu apa nak cakap sebenarnya. Bila diberitahu perkara sebegini, aku tak tahu nak react macam mana pun. Marah? Takut? Kelakar? Kesian? Mungkin kombinasi kesemuanya. Apa sebenarnya yang dia rancang? Apa sebenarnya yang dia mahukan? My colleagues (who are known to be very loud and outspoken -__-) said, "Kenapa nak tiru awak? Awak bukan best pun, bukan popular pun." T_T Yes very true, aku taklah best mana pun, dan of course tak popular pun. Tapi bila difikirkan semula, mungkin sebab tak popularlah dia tiru aku. Cuba kalau dia tiru Hanis Zalikha ke, Fatin Liyana ke, entah siapa lagi, senanglah kantoi, sebab ramai yang kenal. Maka aku yang tidak popular inilah yang menjadi mangsa, sebab kemungkinan untuk kantoi tu tak berapa tinggi.

Tapi itulah, benda tak baik ini takkan selamanya tersimpan, lambat laun akan terbongkar juga. Kenapa buat macam ini dik? Apa yang kau cari sebenarnya? Attention? Kasih sayang? Miserable sangat ke hidup kau sampai kena hidup bertopengkan orang lain, 'tumpang' kehidupan orang lain? Hidup aku ni biasa-biasa je dik, mungkin tak jauh beza pun dengan hidup kau. Ada masa gembira, ada masa sedih. Naik turun juga macam orang lain. Macam kau juga. Kenapa kau taknak jadi diri sendiri saja? Sampai bila nak terus menipu macam ini? Tahu tak kau menipu diri sendiri sebenarnya? Lepas ini apa pula, kau bersalin, anak keluar sebiji muka anak aku tapi nama lain? Pathetic tahu? Sudah-sudahlah berfantasi, berimaginasi pelik-pelik macam ini. Sudah-sudahlah kau memalukan diri sendiri, sebab lambat laun, aku akan tahu. AKU AKAN TAHU. Remove all my photos please. ALL OF IT.

P/S: Anyway, aku dah try Report/Block This Person. Tapi masih belum ada respon dari pihak Facebook lagi. Kalau ada sesiapa yang dah berkawan dengan dia di Facebook, tolong tegur-tegurkan ya. I really appreciate it. Thank you very much.



31 comments:

east said...

GILO SAIKO punya org ni una..do something before makin terukk..

Nur Aqilah said...

uishhhh....psycho btl -.-

Kami said...

huh terkejut.. memang psycho betul!.. btw Allah tu kn kaya, akhir nye terbongkar jugak.. tp kn husna it look like u hyave someone want to be like you.. macam artis plak.. hehe

Arifah said...

MASYAALLAHHHHHH! Scary nya Una. Physco gila..Tak sangka sampai macam ni jadinya.Tak tahu nak cakap apa pasal caption and komen2 dalam gambar yang dia upload tu. Allah...wujud ek orang macam ni. Una, hatihati please. Risau plak.

Izza - Jiejah said...

menakutkan .. x de life kot org mcm ni .

Elly Anaille said...

Oh oh part komen2 kat gmbr tu x boleh blah. Yakin je. Die x geli ke reply komen org lain mcm tu. Haha gile pathetic.

Nabilah Jamaludin said...

kak una retiissssss!!! auuuwwww!!! nak sainnnnnn!!!! hahaaaa!!

Yasser Asraf said...

Psycho Giler nak mampos. Kalo aku pun cuak giler bila ada org bole post n comment seolah2 betul2 dia adalah kita. Mmg layaklah gi report polis. Org mcm ni boleh buat kat org lain pulak.

Nabilah Jamaludin said...

kak una retisssss!!! oooohhhh!!! nak saaaaiiiiinnn!!!!

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

addoiiii...mcm nih punya org pun ada kaaaaa...sabarlah...awk terlalu comel nih.tuh pasal 'pinjam' huhuhu..

HANI IZWAN said...

OMG..sangat lah psycho nya engkau ni (<--kepada si faker). Kesian ye, takde life, sanggup curi life orang laen. sangatlah pathetic.

anyway u, u should be proud of urself, ada orang teringin nak jadi macam u.u idola dia tu.

Husna Hadzarami said...

Do something like what eh? The most I can do is Report/Block User sahaja. Ke perlu report polis? Is it that serious? Polis akan entertain ke kes macam ini? :/

YanaHime said...

hehe! ni dh tahap artis ni...bestnyer die guna life org lain...tinggi angan2 dia

Husna Hadzarami said...

That's why. Kita yang baca pun rasa geli. Tak boleh nak imagine lah apa perasaan dia masa berbalas-balas komen dengan orang tu. What is she thinking??

Husna Hadzarami said...

Tapi. . Nak ke polis layan benda-benda macam ni :( Banyak lagi masalah negara yang tak terselesai. . .

Husna Hadzarami said...

Sangat scary. Pathetic habis. Itulah, ingatkan biasa-biasa je, tapi sampai ke tahap berbalas-balas komen tu. But I suspect orang yang komen-komen tu pun dia juga, means dia create banyak-banyak profile untuk jadi tukang komen. Possible tak eh? Kalau dah mental tu. . .

Husna Hadzarami said...

Amboi!

Husna Hadzarami said...

Psycho sangat -.-

Husna Hadzarami said...

Adoi, idolaaaa...

Hee, tapi ada orang tu kan, dah anak sorang pun, ada peminat kejar ajak date lagi.. Hehehe. Hot stuff betul ni ;)

Husna Hadzarami said...

You're too sweet, because the reality is, I'm not even close to 'comel' T_T

Arifah said...

Takkan kot? Taapi, kalau dah sampai tahap komen pon dia juga yang create, bukan physco tu, tapi dah tahap......argh, tak boleh nak cakap.

Takpe lah Una, ape apepun, take care of yourself k.

Wanie-san said...

terkejut gila tau smlm tgk link dia tu..
dia mcm taksub sgt dgn life kak husna...aish..

Engku Artini said...

aikkk tak sangka ada org cenggini rupenya! ish ishhh tak de keje lain ke dia ni nk nyamar jd orang lain.. ape kejadahlaa budak nih! adusss... sabo byk2 pn husna

Anonymous said...

Ouhh my, tak sangka ada orang sampai jadi macam ni. siap ada semua gambar you lagi. pathetic sangat la.

Nor atau Nad said...

semoga akak n family dilindungi :)

Ijah EmoTemo said...

aiyoh kak una! ijah yg baca pun ngeri sbb dia kumpul semua gambar tu -___-' kalau setakat sekeping dua takpe tapi ini gulp , byk sgt T_T

laskar pelangi said...

akak! takutnya org camni.tak sangka ada jgak manusia yang rajin nak jd faker camni..uhuuu~

Oh Sae Young said...

i'm ur blog fan...tapi tak pernah terpikir ada gak org nak jadi faker mcm nih! adoiii

norsaritanaini said...

salam...selama ni silent reader jer..tak sangka ada jugak manusia mcm ni ek..cuba la report kat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia...rasanya tak boleh dibiarkan ni..takut makin teruk jdnya...just bg pendapat..hehe..

p/s: sangat melampau..gigih save satu2 gambar then upload, then komen...phsyco sgt!

fasha said...

fasha baru je baca entry nie...eee...kenapa ade org mcm ni dlm dunia ni..so scary!!

fasha said...

hi kak una...kenapa ade org psycho mcm ni??so scary ye...hmmmm dorang dah xde keje kot...