expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 19, 2011

Drama Malam Ahad

"Suami yang memiliki seorang isteri yang solehah seolah-olah memiliki separuh daripada agamanya."

"Belaian seorang isteri yang solehah seolah-olah memberikan kebahagiaan kepada seluruh dunia."

"Isteri solehah akan menjadi cahaya di dalam keluarga, menjadi ketua bidadari di dalam syurga untuk suaminya."

(Stanza Cinta, Episod 4)


Aku diam sahaja, pandangan difokuskan kepada cerita yang ditayangkan. Suami juga diam. Tapi dari ekor mataku memang jelas kelihatan beliau tersenyum-senyum meleret. Annoying betul. Mulalah tu.
"Cuba tutup lampu sikit, tengok ada cahaya tak.."

"Nanti Abang akan dapat bidadari dalam syurga ke?"

Senyuman beliau semakin lebar dan menjadi-jadi. Mengusik memang nombor satu sabar jelah.

Suami suka cerita ini. Sebab watak utama tu cun. Beria-ia ajak keluar dinner awal sikit supaya sempat balik tak terlepas drama ini.

Haih.

Pelakon cantik memang diperlukan untuk menarik minat kaum lelaki menonton drama berunsur keagamaan begini -__-

Semalam basuh pakaian dan keperluan bayi. Ruangan ampaian terhad, maka terpaksa basuh secara berperingkat. Nampak tak baju merah putih tu NAMPAK TAK? (klik pada gambar untuk lebih jelas). Nampaknya Daddy sudah menggunakan kuasa veto mensaiko anak untuk menyokong Manchester United semenjak bayi lagi. Padahal baby sebenarnya nak join Mummy sokong team Kelantan KAN BABY KANNN??
Paling geram. Rasa nak gigit. Tapi memang tak banyaklah warna yang available untuk baby boy. Nak je aku belasah beli mittens & booties warna pink, Daddy pun pergi kerja pakai kemeja pink apa...






6 comments:

  1. mittens & booties tu mmg buat geram ..akak sampai sekarang geran dgn stokin anak walaupun dah 5bln ,tetap comel hihi

    anyway ..moga semua selamat.

    ReplyDelete
  2. dear,yun pn menunggu hari ni,due date kite lebih kurngla..yun lg 9 hari,neves kn?yun doakn husna n bb sihat and selamat semuanya..singghla blog yun..yun link husna k! =)

    ReplyDelete
  3. waah..baby man u on board!! bleh geng!! yeah..
    :)

    ReplyDelete
  4. syoknyaa.. and berdebar jugak kan.. :p
    insyaallah semuanya selamat. good luck!

    ReplyDelete
  5. same here husna...emi ni pun die hard fan MU....padahal baby girl, tp dia nak jugak baby join dia sokong MU....takpe la, biar kan...dia tgh semangat tu....jade pun baru abis 3rd round basuh baju2 baby....basuh skit2....bile tgh lipat tu, tersenyum sorang2....peluk cium baju tu, gerraaammm....sedap la bau baby ni kan...ni baru baju baby, belum baby betul lagi...heheee...nway, gd luck to both of us..;)

    ReplyDelete
  6. Jiejah @ Iza:
    Betul3!
    Tp nak membasuh mmg kena sabar sikitlah, basuh tgn satu2 kan? :p
    Thanks kak :)


    ~ Y U N ~:
    Hi Yun! Dah baca blog Yun. Rugi x jumpa blog Yun awal2, rasa rugi sangat miss Pureen warehouse sale tu :(
    Yun take care tau! Nanti boleh share experience dgn Yun :)


    Sofiah Jasni:
    Haha, geng la dgn Abang Fayyadh nanti! :p


    umi:
    Memang berdebar pun, hopefully selamat. Thanks :)


    aNis:
    Hehe comelnya bayangkan baby girl pakai baju MU. Jade basuh guna detergent apa? Kita guna Nappikleen, best betul la bau dia! Macam bau bedak baby, geram sangat! =)

    ReplyDelete