expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 7, 2011

Berat Badan

Semalam birthday Mama. Tahun ini kewangan agak tidak mengizinkan untuk aku bertanding dengan adik-beradik bagi hadiah paling best :'(

Semalam juga aku pergi pregnancy check up untuk minggu ke-37. 37 minggu dah kau. Berat aku naik 2kg lagi semenjak 2 minggu lepas. Aku rasa penimbang klinik itu bermasalahlah. Takkan sekejap aku naik 0.5kg, sekejap 2kg, sekejap 0.4kg. Rutin makanan harian aku setiap hari taklah berbeza sangat. Sakit betul hati kena buat MGTT lagi, pening loya segala kena minum air gula untuk mengesan kencing manis. Jangan tanya, "Kenapa nak detect kencing manis kena minum air gula? Elok-elok takde kencing manis jadi ada pula nanti?". Malas aku nak terangkan. Itulah prosedurnya, Google lah sendiri untuk lebih memahami penat pula nak cerita kat sini.

Nurse bising-bising berat naik banyak sangat. Sepatutnya dari awal mengandung sampai bersalin, kenaikan berat badan tidak boleh melebihi 12.5kg. Aku baru 37 minggu dah naik 15.5kg apahal? Tapi aku tak tipu, sejak naik 4kg sebulan masa minggu 25 dulu aku dah kawal habis pemakanan. Nak aku kawal macam mana lagi? Takkan aku tak boleh makan langsung habis tu anak aku nanti lahir tak cukup zat macam mana? Emosi betul aku kalau cakap pasal berat badan ni. Dah tu penimbang kat klinik pun bukannya standardized, minggu ini pakai digital scale, minggu depan pakai yang jarum tu. Lain penimbang memang lainlah berat kita. Macam bila aku timbang guna scale kat office berat aku lain, balik tu timbang di rumah lain pula. Beria-ia pula justify berat badan naik.

Baru plan nak pergi rumah Mama bawa pizza berkotak-kotak, rosak terus mood aku nak makan. Nak balik tu sebak-sebak telefon Mama,

"Ma, Happy Birthday.."

"Hehe yelah.."

"Ma, Mama dulu mengandung 8 orang anak, ada tak yang total berat Mama naik lebih 12.5kg? Dikna dah naik 15.5kg dah sekarang.. Takutlah baby besar sangat nanti"

"Alah ada je, 20kg pun pernah. Memang korang semua pun berat masa lahir lebih 3kg.. Besar-besar belaka"

"Yeke.. Lega sikit rasa" :)

"Tapi Mama masa mengandung Kakna takde naik sangat berat.. Mengandung sulung ni biasanya perut pun tak nampak sangat.. Masa anak last-last yang berat naik banyak.."

BARU NAK RASA LEGA T_____T


Dalam kereta Suami tanya, "Nak lunch mana ni?"

Aku yang dah bengang campur lapar tanpa berfikir panjang, "Jom pergi kedai Minang dekat Giant tu nak? Situ banyak lauk sedap-sedap!"

"Jom jom!"

Benci dah aku nak jaga-jaga makan lagi.








5 comments:

  1. una...samala mcm pejan...sekejap nurse ckp kena jaga pemakanan...kena kurangkan berat...nanti next checkup..nurse ckp jgn diet..makan je kalau nak makan...pening kepala tau...sbb last2 ..kita jugak yang kena minum air gula...kalau best xpela jugak...ini x...rasa nak pitam je...huhuhuh

    ReplyDelete
  2. kau jage pemakanan. jangan control makan. ok?? makan yang sehat2 je. tapi jangan kurang makan. yang penting kau dan baby sehat. take care

    ReplyDelete
  3. Puan AFZAN:
    Pejan minum sekali je kan? Kita ni 2nd time minum, ikutkan macam malas je nak ambik MGTT lagi, tp takut ada effect lain nanti menyesal pulak :(


    Farah Suhanissis:
    Aku jaga tau pemakanan, dah banyak kali lunch aku makan buah saje (sebab aku memang gila buah2 pun). Ke buah2an pun contribute pada blood sugar eh? Adoyy..

    ReplyDelete
  4. hehe.. comel lahh kak husna ni.. ermm jangan risau sangat ehh.. isteri doktor sheikh muszaphar pun naik 20kg.. suami suruh makan banyak.. sayang bini,sayang anak la tuu..hehe

    ReplyDelete
  5. Infinity Love:
    Betul ke dia naik 20kg betul ke betul ke???
    You definitely make me feel better my dear hehehe :)

    ReplyDelete