expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 28, 2011

Random #2

Belum
Aku belum bersalin lagi :/ Semalam pergi check up sahaja sebab tu senyap sunyi sahaja diri ini tanpa khabar berita. Beria-ia explain sebab semalam ada 2-3 orang SMS tanya dah bersalin ke sebab senyap je kat Facebook/Twitter/blog. Nampak sangat selama ni aku kepochi tsskk..

Ultrasound
Check up semalam, doktor buat imbasan ultrasound (nama mudahnya = scan). Tengok saiz baby, tengok air ketuban, tengok kedudukan uri, tengok tulang belakang baby segala. Semuanya normal. Kadar degupan jantung baby pun OK. Dan berdasarkan scan semalam, berat terkini baby adalah 3.68 kg gomoknya baby aku kenapa sama dengan aku niiiiii T__T Doktor bagi due date baru which is another 1 week from yesterday. 2 Ogos 2011. Kalau lepas seminggu pun belum keluar, baru induce. Aku risau sebenarnya, takut lagi seminggu berat baby bertambah, takut aku tak boleh bersalin normal :(
Cerita menakutkan
Semalam kat klinik, borak-borak dengan kakak yang duduk di kerusi sebelah yang datang untuk check up baby dia yang baru dilahirkan bulan lepas. Dia cerita pengalaman bersalinnya yang menakutkan. Taknaklah cerita kat sini (cari pasal dah buka topik lepas tu taknak cerita) sebab aku ni mudah terbawa-bawa takut pula kalau ada pembaca yang macam aku juga kesian pula nanti. Tapi memang menakutkan. Buat aku berfikir panjang. Buat Suami aku tak boleh berfikir. Adeh.
Air selusuh
Semalam nurse tanya, "Ada minum air selusuh tak?" Aku cakap tak ada. Nurse tu cakap orang yang mengandung anak sulung tak digalakkan minum air selusuh, sebab air itu akan menggalakkan sakit sebelum waktunya. Maksudnya biarlah sakit itu datang secara semulajadi, bukan kerana air selusuh. Aku pun tak faham, setahu aku air selusuh ni air biasa yang dibacakan doa-doa sahaja, apa yang membuatkan air itu mendatangkan kesan pula? Dan baru kejap tadi Mama telefon bagitahu air selusuh dah siap, Baba buatkan. Tak apalah, nanti aku tengok air tu macam mana.
Set bersalin
Sebelum ini aku berminat dengan Set Bersalin Amway, sebab orang cakap bau dia best. Dan aku ada kawan baik yang ibunya merupakan dealer Amway. Tapi kakak ipar aku cadangkan Set Bersalin Nona Roguy. Siap bagi nombor ahli lagi untuk dapat harga yang murah. Tapi.. tapi... Nona Roguy mahal laaaaa.. Lepas guna nombor ahli pun dapat RM300. Takut beli mahal-mahal, sekali tak serasi dengan badan dan baby, tak ke membazir? Tengah-tengah fikir tu, Mama call cakap Kakna suggest pakai HPA sahaja. Kakna cakap dia pakai Set Bersalin HPA sejak anak kedua sampai kelima. Memang elok, memang serasi dengan beliau dan tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada anaknya (ada sesetengah set bersalin boleh menyebabkan baby cirit-birit dan sebagainya). The best part is, harganya sangatlah murah hewhewhew tahu sajalah aku ni always opt for the best deal :P
Order online sahaja. Baru sampai tadi. Set Bersalin HPA ini mengandungi ubat periuk, kapsul wanita, minyak barut, minyak bayi, minuman herba, ubat basuh dan spirulina. Bengkung tak disediakan, aku pakai bengkung Kakna je nanti ada 2-3 kat rumah tu. Harga: RM90 :) Untuk penerangan lebih detail tentang set bersalin ini boleh Google sendiri lah ye!
Ekspo Keibubapaan
Masa tengok banner iklan ni sepanjang jalan di Kuala Lumpur ini aku dah hampa, "Ala buat ekspo masa orang dah bersalin..". Due date asal aku kan 26/7/2011. Sekali sampai hari ini masih belum bersalin. So terus rasa gembira dan berangan-angan akan berjalan berayun tangan dengan Suami ke sana esok lusa heh heh. Tapi.. Ada kemungkinan tak Baby aku merancang nak jadi artis sengaja buat hal keluar kat sana pula untuk menempa populariti????? T__T














5 comments:

  1. expo tu..U SHOULD GO sis!!
    mana tau bb nk kluar
    abes sume brg dpt free
    miahaha~

    ReplyDelete
  2. hi husna..
    besar gak baby eh but dont worry biasa klu delivery kt government mest diaorg paksa normal jugak insyaAllah..
    yg no 2 tue cam betul gak..my doc aritu pun tak bg minum gak dia ckp takut nnt kita tak tahan sakit contraction tu..maklumla 1st time kan..yg my mom buat aritu bkn air tau tp minyak..i minum gak la seteguk sbb risau doc ckp kena operate klu lmbat sgt pintu rahim bukak tp minum seteguk jelah time tgh sakit tu hehe

    ReplyDelete
  3. saja nak bagitau.

    mak aku suruh akak aku minum air selusuh tu bila dah start rasa sakit. kiranya macam membantu lah kot. ok tu je.

    hikhik

    ReplyDelete
  4. Nor atau Nad:
    Adoii, janganlah baby keluar kat sana pulak!!


    scweet mafis:
    Yes yes, Mama kita pun ada cakap ada 2 jenis selusuh ni, air dengan minyak. Asalnya Baba nak buatkan yang minyak punya tapi kita request yang air. Ni nak pergi ambik kat sana nanti.


    Amal Hamsan:
    Ok thank you. So jangan minum awal-awal lah kan? Minum masa dah rasa sakit je..


    nur diana rozali:
    Entahlah dik, OK saja harap-harapnya.
    Baby OK, Mummy je yang macam dah tak larat sangat dah :(

    ReplyDelete