expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 14, 2011

Random #1


  1. Semalam aku pergi check-up untuk 38 minggu. Berat turun o.5kg :/ Kan aku dah kata penimbang kat klinik tu yang cap ayam. Mana mungkin dah nak bersalin berat boleh menurun pula padahal sejak kena buat MGTT last week aku tak ubah apa pun rutin pemakanan aku. Apa-apajelah berat badan ni.

  2. Hmm. Masa di klinik, ada satu keluarga; 3 perempuan dewasa, 3 kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 6-8 tahun dan seorang bayi. Kanak-kanak perempuan itu mungkin adik-beradik, ataupun sepupu. Kesemuanya datang untuk menemani ibu kepada bayi itu buat pemeriksaan. Tak kisahlah nak datang satu keluarga pun. Yang menjadi hal, apabila budak-budak perempuan 3 orang itu punyalah lasak lari sana-sini, masuk menyelit di celah-celah kerusi yang diduduki ibu-ibu lain, menjerit-jerit malah mengganggu kanak-kanak lain lagi apabila aku ternampak salah seorang dari budak perempuan itu tiba-tiba menolak budak yang tiada kena mengena. Lalu terjadi tolak menolak dan suara jeritan semakin bertambah. Aku yang sedang membaca benar-benar rasa terganggu. Bukanlah aku tak biasa dengan budak-budak yang lasak, tapi kali ini... Yang peliknya, orang-orang dewasa dalam keluarga itu macam tak kisah langsung nak tegur atau apa, mereka cuma berbual sesama mereka dan ketawa-ketawa seolah-olah tiada apa yang berlaku, biarpun sudah jelas beberapa kaum ibu lain yang datang bersama bayi masing-masing mulai merengus tanda kurang senang dengan kebisingan melampau itu. Entahlah. Aku tak suka nak judge cara ibu lain mendidik anak-anak, tak tahu lagi anak aku nanti lasaknya macam mana. Tapi bagi aku mungkin ibu bapa perlu lebih sensitif dengan perilaku anak-anak di tempat awam. Tambah-tambah apabila kelakuan anak itu memberi gangguan kepada orang lain.

  3. Beria-ia cerita sedih hari itu pasal pengasuh, kesian Suami yang bersusah-payah mengubati hati, "We'll get through it, Sayang. Banyak je benda yang kita rasa macam susah tapi semua pun kita boleh je lalui kan?" Alhamdulillah, rasanya aku sudah jumpa pengasuh yang sesuai. Yang hanya jaga anak aku sahaja, hasil bertanya-tanya dengan jiran tetangga itulah gunanya hidup berjiran. Sebenarnya dulu lagi aku nak tanya tapi aku tengok rumah dia asyik berkunci sahaja, maka Selasa hari itu aku bernekad ketuk rumah beliau dan bertanya-tanya. Asalnya aku nak hantar pada dia sahaja, sebab memang tahu dia ada jaga budak. Tapi beliau agak keberatan katanya belum mampu nak jaga lebih dari seorang bayi, which is understandable lah. Esoknya beliau recommend jiran di tingkat bawah yang bersedia untuk menjaga. Sekarang cuma tinggal nak jumpa sendiri dengan keluarga tersebut untuk berbincang tentang bayaran, tempoh jagaan dan juga perkara-perkara lain. Harap sangat semuanya baik-baik sahaja.

  4. Adik aku hadiahkan treadmill set sempena hari jadi Mama minggu lepas. Mama dari dulu lagi cakap nak beli treadmill set yang sekali dengan cycling ke apa entah tu demi menjaga kesihatan. RM4000 lebih harganya. Kayanya budak ni T___T Seronok Mama telefon Isnin hari tu, "Una! Ada orang hantar treadmill set lah! Birthday gift Man!". Terus aku rasa saiko tak bagi apa pun kat Mama. Terus rasa saiko ada adik macam ni. Terus rasa rendah diri sekarang tssk tsskk.. Walaupun terasa saiko dan rendah diri, dalam diam aku bertekad untuk bertandang ke rumah Mama dengan lebih kerap selepas bersalin nanti untuk menggunakan kemudahan tersebut demi menguruskan badan hewhewhew jimat duit tak payah dah nak pergi London Weight Management.


"Don't hate me for being everyone's favourite, sister." Senyaplah kau.



2 comments:

  1. sebagai pekerja di kedai menjual aksesori wanita, aku paham sangat perkara no dua tu. hahaha

    ReplyDelete
  2. semakin hari semakin sarat....
    tc ya darl!..

    x saba rasanya nak menanti org baru kalian nih.

    ReplyDelete