expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, July 8, 2011

False Alarm?

Malam tadi, perut terasa keras semacam. Senak tak terkira rasanya sampai diriku terbaring tidak bermaya di atas katil *hiperbola*. Kuseru Suami yang tidur di ruang tamu (tak boleh blah 'Kuseru'). Sekali Suami tidur mati daaa :/

Kucapai telefon bimbit cap ayam (sekarang N97 pun dah jadi cap ayam apabila hampir satu office memakai iPhone tssk tssk) dan mendail nombor Mama.

"Ma, perut Dikna keras la. Senak betul.."

"Iye ke??" Lalu diam lama.. Eh Mama ni dah pengsan ke dengar perut aku keras? Rupa-rupanya Mama pergi panggil Kakna yang kebetulan ada di rumah Mama.

"Hello.. Weh kau sakit perut ke? Start bila? Berapa kerap? Ada bleeding tak? Baby ada gerak tak?" Sebenarnya taklah Kakna tanya semua soalan sekaligus, tapi malas pula aku nak taip sebaris-sebaris nanti entri jadi panjang sampai ke lantai lagi.

"Baby gerak je lagi. Start keras masa balik kerja tadi. Takde bleeding pun, cuma senak dada je. Takutlah baby keras-keras ni.."

"Baby takkan keras lah, perut kau je yang keras. Kalau contraction dah start, perut kau akan keras keseluruhan tau.."

"Manalah tahu baby letak kaki dia kat satu tempat lepas tu dia malas nak gerak lagi dia biar je kaki dia kat situ sebab tu perut Dikna keras."

Kedengaran Kakna ketawa -__-

"Mana ada macam tulah! OK sekarang kau start kira how frequent perut kau mengeras. Tapi baby mesti bergerak juga tau. Kalau sampai malam perut kau masih keras ataupun kekerapan tu regular or baby tak gerak-gerak, terus pergi hospital OK?"

OK. Aku pun mulalah mengira berapa kerap berlakunya pengerasan perut. Tapi kekerapan itu tidak regular pula. Dan sampai ke tengah malam pun baby masih bergerak seperti biasa.

Nampaknya baby masih belum bersedia nak tengok dunia luar. Seronok agaknya duduk dalam perut Mummy. Mummy je yang tak sabar-sabar nak tengok baby. Adeh.


Dah 37 minggu 3 hari. Fizikal kata dah tak mampu lagi nak berjalan jauh dan mendaki tangga, tapi mental cakap masih mampu lagi. Mental ni memang eksyen -__-
OK kakak-kakak makcik-makcik dan juga kawan-kawan yang berpengalaman, kat bawah ni adalah list barang yang saya dah ready dalam beg dan diletakkan dalam kereta. Ada juga yang belum letak dalam kereta tapi dah aware kena bawa sekali. Kalau ada apa-apa lagi yang perlu please please please do comments:

  1. Pampers baby
  2. Pampers Mummy HAHA OK tak tak. Maternity pads.
  3. Kain batik 2 helai (baru ada sehelai. Ibu dan ibu mertua berleter sebab tak ada kain batik dan terpaksa pinjam. AKU TAK PANDAI PAKAI KAIN BATIK LAAAHH nama je orang kampung huh)
  4. Disposable panties
  5. Pakaian bayi merangkumi baju (2 pasang), mittens & booties, etc.
  6. Baby blanket
  7. Baby towel
  8. Nursing bra
  9. Disposable breast pads
  10. Buku pink
  11. Towel Mummy
  12. Toletries
  13. Baby care (bedak, sabun, shampu, etc.)
  14. Baju Mummy
  15. Charger handphone cap ayam
  16. Sijil nikah (original dan fotokopi)
  17. IC Mummy dan Daddy (original dan fotokopi)
  18. iPhone4 baru Daddy belanja (harap-harap Daddy tak perasan Mummy include sekali dalam Senarai Wajib HEHEHE)

Ada tambahan lagi tak? Kalau ada cadangan lain amatlah dihargai :)





7 comments:

  1. Hahahaha..tak blh blah tetibe ada selit iphone4. Ipad2 terus lah.. :p

    ReplyDelete
  2. hehehe,,cumey je,, boleyh plak bayi malas2 nak gerak eak?=='.huhu,, selamat melahir kan baby y cmeyl,,nanti da lahir ,letak pic baby byk2 ea kat sni,,nak tgok,,^_^

    HAPPY BIRTHDAY AIJAZ! dan ira nak pegi PARIS!

    DOORGIFT COMEL TUK MAJLIS ISTIMEWA ANDA^^

    ReplyDelete
  3. jangan lupa bawa keberanian dan kekuatan untuk melahirkan oi. cewah ayat nak bahasa melayu A1 aku ni. :D

    ReplyDelete
  4. una, monitor chart pgerakan baby x? nnt msti doctor/nurse nk tgk everytime una g check for any reason..kot2 skt ke..kot2 mgeras ke..

    hopefully sumenye ok n slmt melahirkan..smg baby n una sihat2 jgk..akk hr tu 39mggu 1hr baby lahir..tp since dh 37wks, mmg kna always get ready!

    take care,ok!

    ReplyDelete
  5. alaaahaaai comelll ok!! tummy tuh pasti suatu hari nanti akan rinduu balk ;p

    apa pun sy doakan semuanya selamat ok.

    ;))

    ReplyDelete
  6. exciting. Ya Allah, selamatkanlah ibu dan bayi ini. amin. :)

    ReplyDelete
  7. rasenya bgus jugak klu bwk minyak angin or massage oil. bole urut tuk ilang contraction mase kt wad nt..n bwk sekali doa2 tuk hilangkan sakit or lebih bagus bwk air selusuh..lagi satu bwk instant drink mcm milo or nestum n cracker. biase lps bersalin time tu sgt lapa. n buah kurma juga, elok mkn b4 deliver tuk dpt energy nk meneran...

    ReplyDelete