expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 26, 2011

40 Minggu!

Assalamualaikum.

Hari ni genap sudah 40 minggu. 'KENAPA KAU ADA KAT OFFICE LAGI NI???' getus hati jejaka-jejaka di pejabat ini yang tidak sabar-sabar mahu aku bercuti supaya tempatku boleh diganti oleh awek cun Admin Assistant yang bakal masuk tidak lama lagi. Keji betul semua orang T_T

Semalam dalam perjalanan pulang ke rumah, aku berkata pada Suami,
"Masa belajar dulu, kita takut betul final exam. Tapi kita tahu kita kena lalui juga benda tu. Bila dah nak kahwin, kita takut betul nak jadi isteri, sebab kita betul-betul tak pandai memasak. Thinking back, banyak betul benda yang kita takutkan, but I know that eventually I still have to get through it. Sekarang kita takut betul fikir pasal bersalin, tapi kita tahu kita tetap kena lalui juga. Well, I think my life is great.."

Suami hanya mendengar sambil tersenyum sahaja.
"Maybe it's not perfect, but it is great," sambungku lagi, juga dengan senyuman.

Cakap dengan Suami, "Kita ni dah 9 bulan 10 hari masih jalan-jalan kat shopping complex lagi.."
Suami balas, "Itulah, mana nak jumpa perempuan gagah macam ni"

Perempuan gagah. Terus terbayang aku berotot ketul-ketul angkat dumbbell :/
Tak fikir panjang order lamb chop, akibatnya malam tadi tak boleh tidur guling sana sini tunggang terbalik kepanasan. Kambing betul.
Daddy. Peminat nombor satu cerita P. Ramlee. Siap hafal dialog lagi :') Nampak sahaja garang, tapi kalau kau dengar ayat-ayat beliau bila bercakap dengan baby dalam perut ni, sumpah geli hati rasa nak ketawa besar tapi tak sampai hati pula :') Hehe, sayang Abang! :p












7 comments:

  1. masih lagi berjalan-jalan seperti biasa? hahha! gagah betul.. :)

    Anyway, jaga diri dear. InsyaAllah, semua selamat nanti. Dupdapdupdap..

    ReplyDelete
  2. bile nak bersalin kak na? ad msg abg hanis aritu, but tak balas..rasenye ebtul no tu..

    ReplyDelete
  3. all the best awak! Hope everything will be fine :)
    Btw, sy pon dh preggy 39 weeks ++ and am nervous, takut gilakk kalau kena induce if by EDD baby x kuar lg... huaa..

    but insyaAllah, things will be fine.. sy doakan utk awak jugak :)

    ReplyDelete
  4. kak una good luck ! selawat banyak banyak :)

    ReplyDelete
  5. Arifah:
    Thanks dear. Dupdapdupdap...


    juney:
    Dah overdue dah sayang oi. Abang Hanis dah tukar nombor lah, dia pakai Digi. Rasanya masa pergi rumah nenek hari tu dia ada bagi kot.


    Sya Sakura:
    Thanks, we pray for each other yea!


    farihajafery & Bungakopi:
    Thank you girls :)

    ReplyDelete
  6. oo..no wonder la msg tak berbalas..
    ad bgi ek? kat makcu kot..nnti org tanye makcu la..hope everything will be ok for u..aminn..

    ReplyDelete