Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa! Semoga Selamat Semuanya :)

Esok 1 Ramadhan. Ramadhan pertama sebagai isteri. Ligat otak berfikir nak masak apa untuk bersahur esok. Ya, aku akan cuba berpuasa sementara masih belum bersalin ni. Suami cakap tak payah masak pun tak apa, mungkin beliau boleh beli makanan siap-siap dan makan tengah malam sahaja. Tapi, memikirkan aku hanya ada 1-2 hari sahaja untuk bersahur bersama, aku rasa macam seronok juga kalau dapat memasak untuk sahur.

Maka tadi selepas makan tengah hari terus singgah Carrefour, beli barang untuk memasak. Dapur dah lama tak berasap, barang pun dah banyak yang kehabisan. Sengaja aku habiskan semua hari itu menyangkakan aku akan bersalin sebelum puasa dan berpantang di rumah ibu bapa jadi kalau tak dihabiskan bahan-bahan mentah itu bimbang rosak pula nanti.

Ikutkan, kalau masih belum ada tanda-tanda akan bersalin, hari kedua puasa aku kena terus admit di hospital. Induce. Tapi 3 Ogos tu, Suami ada final exam pula. Jadi kami memikirkan lebih baik tunggu sehari lagi, dan hanya selepas Suami selesai menduduki peperiksaan baru kami akan terus ke hospital. Harap-harap perancangan berjalan lancar. Bimbang juga kalau baby nak keluar masa Suami tengah exam pula.

Dugaan nak bersalin. Tapi apalah sangat dugaan ini, memikirkan ada orang lain yang diuji dengan lebih berat lagi ketika mengandung. Kan? Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Kami sekarang menggunakan teknik 'mengugut' untuk suruh baby keluar.

"Baby sayang.. Keluar la. Daddy rindu ni. Kalau taknak keluar, bagi Daddy jelah pakai baju baby pergi kerja. Ha, macam mana? Nak keluar tak?"

HEHE. Daddy comel betul.






3 comments:

daiaziz said...

baby..cepat2 la keluar..;p

nur diana rozali said...

hehehe..wish semua baik2 saja

aNis said...

insyaallah, semua akan berjalan dgn lancar..Amin.

btw, cutenye daddy pujuk baby suruh kuar...hehehee...;)