Wednesday, March 9, 2016

Peluang Kedua Hidup Sihat

Ingat tak dulu lepas bersalin kedua-dua anak, my husband and I memang sangat aktif swimming at least seminggu sekali. Masa itu memang rasa sihat, rasa bertenaga, walaupun badan taklah kurus seperti yang diidamkan tapi memang rasa bersemangat dan sentiasa positif. Yalah, bersenam ni menggembirakan (not during, but after). Namun malangnya, aktiviti itu kini ditinggal sepi tanpa khabar berita dan semakin menjauh dari diriku wuhuuu lantaran kekangan masa. Excuse, excuse and excuse! Tak habis habis alasan. Hakikatnya, kalau kita mahu, apa pun boleh buat.

Memandangkan aktiviti berenang ini agak time-consuming (perjalanan pergi balik setengah jam, swimming 1 jam) dan rasa bersalah nak tinggal anak lama lama di rumah pengasuh seminggu sekali, aku konon konon nak beralih pada aktiviti yang boleh dilakukan di rumah sahaja seperti, zumba ataupun aerobik. So berialah download macam macam jenis senaman dari Facebook, Youtube, etc. Download je lebih, buatnya tidak hmmph hampeh.

Suatu hari tu, aku sakit yang teramat sangat di kawasan bawah perut. Rasa macam tengah contraction pun ada! Sakit sampai nak berdiri pun tak boleh tahu tak. Macam macam dah fikir, sampai google Tanda-tanda Kanser Perut okay T____T. Bila kita dah tak buat banyak aktiviti sihat, memang senanglah overthinking bila sakit itu ini. Masa itu terbayang anak anak yang masih kecil kesiannya anak anak akuuuu nanti aku mati bapak depa kahwin lain emak tiri garang anak anak aku dahlah diva susah nak get along dengan orang sebarangan T__T

Pergi hospital check. Doktor yang tak berapa pakar tu tekan tekan dan scan sebab dia awalnya suspect appendicitis. Negative, alhamdulillah. Check untuk penyakit batu karang; negative, alhamdulillah. Then test untuk urine infection, negative juga alhamdulillah. Check pregnancy test, negative (hampa sedikit ingatkan pregnant kuikui). Then doktor tu buat 2D scan. Stop sekejap sebab dia kata dia tak berapa pandai guna scanner gynae. Panggil kawan dia tolong tengok. Detect something, and slowly dia kata ada macam ketumbuhan sikit dalam rahim. Mengalir air mataku dengar perkataan ketumbuhan. Takut okayyyyy! Dan terbayang wajah anak anak yang akan tinggal bersama ibu tiri garang :/

Doktor buat referral letter untuk aku dirujuk pada pakar sakit puan (gynecologist kot nama dia). Set appointment dengan pakar. Berdebar debar menanti harinya tapi sepanjang tunggu appointment date tu dah takde sakit pun perut mengada je. 

So yesterday was the appointment date. Pergi hospital, jumpa pakar tu cerita serba sedikit, pasal birth history, menstrual cycle, etc. Doktor scan perut aku, lama ditekan kiri kanan dan bawah perut. TAK ADA APA. Doktor pakar tu memang nampak tak puas hati sebab dibacanya referral letter tu kata ada uterine fibroid bersaiz 3x2cm. Hasil scan dia memang tak nampak apa apa, hanya tissue semata mata. No fibroid or cyst whatsoever whoaaa lega aku. Memang tak ada. Aku tanya possible ke benda itu dulu ada sekarang dah hilang, doktor cakap takdelah, kalau iya pun dia takkan hilang, tapi possibility untuk mengecil itu mungkin ada. So good news! I'm healthy! Alhamdulillah. Doktor cakap yang dulu tu maybe sakit perut sebab perubahan hormon, mungkin masa itu dah terlalu dekat nak period, mungkin salah makan, mungkin aku terlalu stress (which is true!). I am so happy! Terus rasa nak pregnant lagi kahkah taklahhh. Not for the time being. Entahlah, nak kata not ever kan buatnya tiba tiba aku nak baby lagi Allah tak bagi dah kan ke sedih huhu.

So sekarang, memang nak paksa diri to clean and try to be active again. It's like a wake-up call for me to start changing my lifestyle. Cuba jalani hidup sihat balik, buat aktiviti yang mengeluarkan peluh, cuba untuk hidup positif (kena paksa diri!). Life's short, takutnya kalau ditimpa penyakit disebabkan keculasan kita dalam menjaga diri sendiri. Tubuh badan kita ni kan pinjaman Allah, jadi kena jagalah amanah ini sebaik baiknya betul tak? Prevention is better than cure. Alhamdulillah, thank you Allah for the second chance.


2 comments:

Suria Amanda said...

alhamdulillah....semoga Husna sihat sepenuhnya...jaga makan..jaga kesihatan ye...

Husna Hadzarami said...

Terima kasih awak, kita sama sama jaga kesihatan jom? :)