expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, March 12, 2016

Jadi Orang

Entah kenapa aku rasa ianya agak menjengkelkan apabila masyarakat cuba 'justify' suatu perkara yang tidak elok dengan cara mencontohkan diri sendiri.

Contoh senario yang selalu kita lihat;

"Budak budak zaman sekarang ni manja, baru kena lempang dah bawa mak bapak datang sekolah. Aku dulu kena lempang kat sekolah rilek je, besar ni jadi juga orang."

"Trust me kids, SPM's result is nothing. Aku dulu result SPM ke laut, sekarang jadi orang juga."

"Mak bapak moden sekarang bukan main lagi bagi garam kat anak kecil tak boleh, gula tak boleh. Aku masa baby dulu mak aku bagi je makan macam orang besar, sekarang ni jadi orang juga."

"Bapak aku perokok tegar sejak kami kecil dan kami semua dah biasa jadi secondhand smoker. Tengok aku sekarang okay je kan? Jadi orang juga."

"Parents sekarang anak menangis kat mall dia biar je. Kalau mak bapak aku dulu memang bagi penampar je kalau kami buat hal, tak kiralah depan orang ramai pun. Barulah anak tu jadi orang.."

Konon.

Yang salah tetap salah. Takdir dan rezeki setiap orang berbeza beza. Macam kita memandu kereta tanpa belajar memandu dan tanpa lesen, untung untung segalanya selamat, tapi kalau nasib tidak baik, innalillah. Jangan semaikan pemikiran begitu pada orang lain; kau nak fikir begitu itu kau punya fasal tapi tak perlu nak justify tindakan yang salah dengan mencontohkan pengalaman diri sendiri

Dan satu lagi. Ehem. Cuba kau fikir sedalam dalamnya; fikir dari segi kesihatan, psikologi, spiritual, keperibadian, tahap keyakinan diri, akhlak dan sahsiah diri, sure ke yang kau sekarang benar benar JADI ORANG?




No comments:

Post a Comment