Sunday, March 20, 2016

Memenuhi Undangan

Baru baru ini aku ditanya soalan ini oleh salah seorang kawan,

"Kau ni tiap tiap minggu aku tengok pergi kenduri. Rajin eh kau?"

Belum sempat aku nak jawab, disambung pula,

"Mesti kau malas masak kan??"

Ni kawan ke haiwan -______-" (walaupun tahap kerajinan memasak aku memanglah agak boleh dipertikaikan :p). Kemudian dia pun mulalah bercerita yang dia tak rajin sangat nak pergi majlis majlis orang ni, anak rimas kat tempat crowded, cuaca panas, tak rapat sangat dengan saudara mara, malaslah menjoyah macam makcik makcik pergi kenduri sana sini dan beberapa alasan lagi.

Tak apalah, pendapat masing masing, asalkan kau tak susahkan aku :p. Aku gelak saja, sebab tak adalah aku rasa terluka ataupun rasa marah ataupun perlunya aku bersikap defensive. Aku kan cool orangnya, walaupun luaran hot kahkahkahkah sabar sabar janganlah hempas handphone tu ;))

Ada banyak sebab sebenarnya, tentang betapa kita perlu memenuhi undangan. Salah satu sebabnya adalah, memenuhi undangan merupakan salah satu hak seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain.

Berdasarkan hadith Shahih Muslim. Rasulullah (SAW) bersabda;

"Hak seorang Muslim atas Muslim lainnya ada enam: 
(1) Jika engkau bertemu dengannya, maka ucapkan salam
(2) Jika dia mengundangmu maka datangilah
(3) Jika dia minta nasihat daripadamu maka berilah nasihat
(4) Jika dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka balaslah (dengan doa Yarhamukallah), 
(5) jika dia sakit maka kunjungilah
(6) jika dia meninggal maka hantarkanlah (jenazahnya ke kuburan).” 

(HR. Muslim)

Haa kan dah kena ceramah agama =D. Takdelah, kita nak share ilmu je, harap tak ada yang kata aku ni poyo sangat, kata aku diva tak apa kahkah dah dah let's back to the main subject. 

Sebenarnya kami suami isteri memang bernekad untuk berusaha sedaya mungkin memenuhi setiap undangan atas pelbagai sebab, dan kami gembira melakukannya. My husband and I, we both came from a very big family. That is one to begin with. Dan aku nak anak anak aku rapat dengan setiap ahli keluarga kami, dari kedua dua belah. In order to do so, aku dan H juga haruslah rapat dengan setiap ahli keluarga kami dari kedua dua belah pihak juga. It was all easy for H, sebab beliau membesar dah memang sangat rapat dengan saudara mara, but it wasn't easy for me. Let me tell you, kalau alasan you adalah "Aku tak rapat sangat dengan saudara mara, seganlah nak pergi kenduri", no it is a very lame excuse. Come on, you can make a change. It is never too late to start your bonding with your relatives. I'm the living proof here :') 

Jujur aku cakap, dulu aku juga begitu. Few years back kalau ada kenduri saudara mara, aku hanya akan pergi kalau Mama Baba ataupun keluarga Kakna, ataupun ada adik beradik lain pergi sekali. Seganlah kalau nak pergi tanpa my immediate family members. Sebab.... segan, tak tahu nak borak apa, bimbang tiada siapa kenal kita wuwuwu siapa suruh tak popular. But slowly, I learnt to overcome my shyness, I learnt to get over my past and my fear, aku cuba pergi satu majlis, yang ketika itu tidak dapat dihadiri oleh Mama Baba mahupun seorang pun adik beradik aku. It was awkward at first, but things got better by time alhamdulillah and I'm glad I did it, I'm glad that I took the first step. It was all good now.

Aku nak anak anak aku kenal saudara mara, dengan their first cousins (anak kepada adik beradik aku) memanglah kenal rapat, I mean, the other relatives. Second cousins, datuk/nenek saudara (my uncles and aunties), jiran jiran tempat aku membesar, anak anak kawan aku. Belajar bergaul, belajar bersosial. Belajar menjalin silaturrahim. Itu yang paling utama.

H memang sangat rapat dengan his relatives. Sangat sangat rapat, tahap yang bila salah seorang cousin dia meninggal dunia secara mengejut around last 2 years, H merupakan salah seorang yang turut sama memandikan jenazah arwah. You can imagine how close they are, dan boleh nampak kan betapa pentingnya hubungan yang akrab sesama saudara mara...?

Aku tak boleh bawa mereka ke arah itu kalau aku sendiri tidak ke arah itu. Dan alhamdulillah, sekarang ini anak aku dah cam banyak muka and I'm impressed that he remembers some of my aunties' names; Nek Zam, Nek Tam, Nek Jah (on my side) dan Nek Ummi, Nek Busu, Nek Awe (on H's side) just to name a few. Banyak kelebihannya bila anak kenal saudara mara, H kata biar anak kenal all their cousins supaya takdelah ter'bercinta' dengan saudara mara pula bila besar nanti HAHAHA itu pula yang dia concern. Eh tapi itu penting tau, atau lebih teruk kalau ter'bermusuh' dengan saudara mara bila besar, sebab tak kenal keluarga sendiri kan.

Memenuhi undangan ini dapat pahala tau, kerana kita menggembirakan orang yang mengundang. Kita sendiri boleh fahamlah kan, kita pun pernah buat majlis juga. Bila orang buat majlis ni they put a very deep thought about their invitations. Tak mungkinlah dia invite kita tapi dalam hati dia harap harap kita tak datang. Tak ada. Kita hormatlah majlis orang, sebagaimana kita mahu majlis kita dihormati suatu hari nanti nanti, we never know. Sebab itu setiap kali dapat undangan, aku terus save the date dalam kalendar handphone aku tak kira betapa kecilnya majlis itu sebab biarpun majlis itu mungkin kecil pada kita, tapi besar maknanya pada orang lain.

I love doing that, and I'm so grateful that my husband is also at the same page. Sebab ada kes yang pasangan dia yang jenis tak suka nak ke majlis orang jadi kesianlah takkan nak pergi sendiri without pasangan ke sana sini. Mungkin boleh pada sesetengah orang, tapi kalau aku macam mana pun memang nak H ada sekali. Manja mengada aku ni HAHA tapi yelah, of course aku perlukan husband untuk jaga anak masa aku sibuk bergambar eh apa ni salah tulis menemaniku sebab my husband is my everything where's the fun kalau bersosial tanpa husband di sisi =))) Kadang kadang bila H bagitahu kawan kawan dia atur reunion, atau saudara mara dia jemput untuk apa apa majlis, aku yang terlebih excited sebab kawan kawan H dan his family members mostly menyeronokkan dan baik baik, I love knowing them and I really appreciate to be part of them. And... ehem, it's also a good excuse to shop for new clothes hahaha big deal. Asal ada event je mesti nak baju baru mengada. Taklaaaahhh gurau je. Dah kurang dah. Dah selalu dah recycle baju yang sama *sobs*.

My readers, my sweet readers, aku mohon pada semua, cubalah, cuba penuhi apa sahaja undangan yang diterima. It's never too late to start, trust me. It feels so good to fulfill the invitation, and everytime we arrived at our destination and seeing the host happily welcomed us, it really feels great. You actually create your own happiness when you make people happy. Kita jalinkan ukhuwah, kita rapatkan silaturrahim. Be it with your families, your spouse's families, your friends, your neighbours (penting tau bergaul dengan jiran, don't take your neighbours for granted sebab jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita yang boleh diharapkan sekiranya berlaku kecemasan). Give it a try, and you'll be amazed to see how significant your life has been changed :)



1 comment:

TY said...

True enough! sama lagi kita.. semalam baru pergi kenduri belah husband tanpa parents in law, first time without them sbb mother in law had to look after her cucu yang demam. Tapi my husband and I jenis suka pergi kenduri and merapatkan silaturrahim, plus my boys suka sangat makan nasi minyak (makan bertambah2 tak malu seronom tengok diorang makan), plus boleh melawa pergi kenduri (perasan lebih)... so just went. Orang kata wakil la kan...and we feel happy doing it...betul la nasib baik dapat husband sekepala.. Alhamdulillah :)