Tuesday, March 15, 2016

Tadarus Quran


So my sister's Facebook status (again!) has been published in Sinar Harian today, this time is not about obesity anymore hehe, tapi tentang menghafaz Al-Quran.

Ini mengingatkan aku on last couple of months she invited us sisters to join her Tadarus Quran WhatsApp group. Caranya senang je. Setiap hari setiap daripada kita perlu baca 5 pages yang sama setiap seorang, dan selesai baca kita perlu tandakan di penghujung nama kita; kalau tanda 'ring' bermakna kita baca Quran sahaja, kalau tanda 'ring and ribbon' means Quran dibaca beserta terjemahan. Like this;


It's a copy and paste thing; sesiapa yang dah siap baca 5 pages untuk hari itu, dia akan copypaste the latest paste from other people and update on this WhatsApp group. Target untuk khatam Quran before end of Ramadhan this year. Dulu aku pernah join benda ni masa Ramadhan last year with my ex-colleagues, caranya sedikit berbeza tapi matlamatnya tetap sama.

I'm really thankful that she invited us, and I'm glad that I joined this group. Sebab ianya 'memaksa' aku untuk membuka dan membaca Quran setiap hari without fail, otherwise kita akan ketinggalan dan perlu 'qada' semula hari yang kita gagal itu. Maksudnya kalau Isnin kita missed baca Quran, Selasa tu kita kena baca 10 pages untuk gantikan sekali yang Isnin. Bila kita nampak orang lain dah update bacaan dia untuk sesuatu hari itu, ianya bagaikan peringatan untuk diri kita yang kita masih belum menunaikan hak Al-Quran yang wajib dibaca untuk hari ini.

Jujur aku cakap, kalau nak diikutkan sebelum aku join group ini, bukannya aku mengaji hari hari pun. Seminggu sekali pun payah. Sekarang ni dia dah jadi macam rutin yang membahagiakan, yang tidak boleh tidak dibuat sebab kalau tidak akan rasa macam ada yang tidak lengkap untuk hari ini. Sebenarnya memang sangat bagus kalau dapat baca Quran sekali dengan terjemahan, it's like reading a story book tau, macam tak sabar nak tahu kisah seterusnya.

Nak buat benda baik, memang kena mulakan dengan memaksa diri. Dari 'keterpaksaan' itu akan datang rasa kesenangan dan kebahagiaan. Itu bagi akulah, untuk diri aku sendiri. Orang lain mungkin lebih mudah. Kita pun boleh paksa dan ubah diri sendiri je, mana boleh nak paksa dan ubah diri orang lain. Cuba perlahan lahan bolehlah, and afterall hidayah itu dari Allah kan. Lagipun matlamat yang ditetapkan (khatam sebelum akhir Ramadhan) itupun realistik juga, cuba kalau dia aim khatam setiap bulan, tak tahulah aku mampu ke tidak, sedar diri jelah buat apa nak pura pura. But anything is possible, sometimes we tend to underestimate our ability. Musuh utama kita kan diri kita sendiri...

Ini cerita tentang Tadarus Quran, belum mampu nak join group hafazan Quran lagi. Hidup aku ni banyak lagha-nya, tak tahulah boleh lagi ke tidak nak hafaz Quran. Hafaz Quran okayyy, 30 juzuk! Rasa berat sangat kan? Nak hafaz surah Asy-Syams untuk Solat Dhuha pun makan masa, berulang kali kena baca depan H, dan panik pula bila cuba baca masa solat tiba tiba tersangkut huhu padahal 15 ayat je amenda la. Yang itu pun kena paksa diri juga, one day inshaaAllah.



No comments: