expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, March 1, 2016

Lawatan ke Zoo Negara

Minta maaflah ye, blog emak yang ada anak anak kecil memang banyaklah cerita pasal tempat tempat yang sesuai untuk anak anak kecil sahaja. Nanti anak aku dah remaja akan bertukar pula ke lawatan ke kafe hipster. Remaja kan suka ke kafe hipster. Bersama emak of course #clingymom :p

Okay last weekend sebenarnya kami ke Taiping untuk Majlis Bertandang Oyah (will blog about this later). Mendengar sahaja Taiping, zasss terus plan nak bawa anak anak ke Zoo Taiping sebab anak anak aku ni kesian tak pernah pergi zoo! Setakat Farm in The City tu je pernah pergi, apalah sangat. Eh ni tiba tiba angkuh kenapa. Apalah makna kehidupan kanak kanak kalau tidak pernah ke zoo (berlebih lebihan pula). Tapi selepas habis je kenduri di Taiping, hujan! Dengan hati yang sedih dan pilu, kami terus pulang ke pangkal jalan langsung tak singgah mana mana wuwuwuwu.

So the next day, kami terus gantikan plan itu ke Zoo Negara. Hmmmphh Zoo Negara dahlah lagi mahal sabar jelah aku. Harganya double harga Zoo Taiping okayy. 

Dewasa (with MyKad) = RM32 (Zoo Taiping RM16 je)
Kanak kanak (with My Kid) = RM11 (Zoo Taiping RM8 je)

Sedih tak perbandingan harga??? Ini adalah harga tanpa pakej menonton panda. Kalau nak tengok panda kena tambah lagi RM20 tak silap aku. Tak apalah anak anak, kau tengok jelah Mummy ni, tak jauh beza pun dengan panda kekeke dasar kedekut.


Wajah kusam dalam gambar bukanlah ukuran kecantikan sebenar.


Peta Zoo Negara. Boleh tahan besar. Tram juga disediakan dengan tambahan bayaran, tapi kami tak naik sebab nak jimat duit nak mengajar anak anak menjalani hidup sihat dengan berjalan kaki.


Masuk masuk terus nampak monyet. Ke ungka ke kera entah aku tak tahulah spesies apes ni. Macam macam. Semua kami sebut monkey je dengan anak anak hehe nasiblah kau orang, besar nanti belajar sendiri jelah.


Bergayut sana sini, macam Abang Adik lah. Asyik memanjat je.


Itu kerbau kot. Belasah je. "Big buffalo," kata Ammar Yusuf.


Macam macam nama binatang yang aku pun tak pernah dengar. Tak apalah, ilmu baru.



Lalu tepi tasik yang sangat cantik, ada banyak flamingo di tepi tepi tu, seram juga aku tapi budak budak ini langsung tak takut malah dikejar pula flamingo itu. Kena patuk dengan paruh baru tahu haih. Aku memang tak berapa animal-friendly sangat, takuuut huhu. Dan aku baru tahu flamingo boleh terbang agak tinggi juga so macam agak jakunlah aku di situ.


Ajuk cara flamingo jalan -_____-"



Children with full of curiosity.


Menuju ke kawasan harimau.


Leopard. Ammar Yusuf cakap leopard sleep kat luar rumah sebab dalam rumah dah penuh. Pandai pandai je buat kesimpulan.



Close up harimau putih (tak ingat nama sebenar). Bapak ah besar. Scary juga tengok dekat dekat.



Their favourite animal--elephant! Akhirnya dapat juga tengok dekat dekat.


Terjumpa patung gajah dengan baby elephant, teragak agak anak aku nak datang dekat sebab macam gajah betul betul je.


Bukan main bangga dapat pegang elephant, sampai sekarang mereka masih menyangka yang mereka pegang gajah sebenar HAHAHA tak sampai hati pula aku nak bagitahu hakikat sebenar.



Jalan jalan lagi. Cuaca sebenarnya agak panas terik juga masa ni tapi alhamdulillah angin agak kuat dan banyak tempat berteduh maka tak rasa sangat kepanasan tu. It was all good anyway, better than hujan.


Singgah bergambar.


Savannah Walk. Tempat untuk tengok rhino, giraffe, zebra, etc.


Adam Muaz and rhino.


Berlari-larian sementara tunggu Daddy bawa Abang pergi toilet. Seronok tengok awak happy :')


Muka macam bagus bagus je yang pakai sunglass tu padahal baru lepas berak -___-"


Singgah kedai souvenir, beli topi panda dan fridge magnet untuk Ibu dan teacher.



Sana sini orang tanya "Kembar ke??"



"A child can teach an adult three things; 
To be happy for no reason,
To always be curious,
To fight tirelessly for something".
(Paulo Coelho)


Berhenti rehat dan minum sebentar. Makanan dan minuman kat dalam ni seperti dijangka, harga sekali ganda lebih mahal daripada biasa.



Besar dah dua anak bujang Mummy... tapi malangnya belum cukup besar untuk Mummy carikan pasangan hidup (tetiba).


Singgah bergambar di tempat ini lagi. Paling suka bergambar ini budak. Macam siapa entah :p


Hello pretty long legs at the back there! Cantiknya badan awak, apa rahsia?


Cheeky boy with giraffe.



Adik pun nak bergambar dengan giraffe juga. Hoi berlengasnya awak!


Sabar je laki aku ambil gambar 3 beranak ni =)))


Berkenalan dengan kawan kawan. Nasib baik nama anak aku tak tersenarai di situ.



Kesiannya kau orang tak dapat tengok panda, tak apalah marilah kita bergambar dengan patung panda sahaja kekeke.


Dah keletihan, mula melembikkan lutut, menjatuhkan bahu dan berjalan seperti warga emas sambil berkeluh kesah, trick yang sama setiap kali minta didukung -___-"


Last spot sebelum pulang. Daddy pun dah penat lalu skill ambil gambar pun ke laut. Kena gambar tak center hahh??

Overall, biarpun mahal, aku rasa memang berbaloilah bawa anak anak ke sini, tambah tambah bila anak dah besar, dah kenal banyak binatang, dah petah bertanya macam macam, memang seronoklah. Penat tu tak payah cakaplah, kami berjalan kaki from the beginning until the end okayyy. Highly recommended, haih best pula anak dah besar ni macam malas pula nak tambah anak lagi eh tiba tiba termasuk topik perancangan keluarga pula. 

Letih dan menyeronokkan, anak anak memang kehabisan tenaga teruslah lepas tu.
Buktinya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tak sampai 10 saat dalam kereta dah pengsan! =)))))



No comments:

Post a Comment