expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, March 5, 2016

Second Child

You know, we love all our children equally for sure. But I have to admit that it is not easy to provide the equal attention, to undergo the equal routines and treat our children equally, because yeah our routines with one child are of course different than our routines when we have more than one child.

Dulu masa kami hanya ada Ammar Yusuf, aku memang sangat sangat strict bab pemakanan, bab penjagaan, bab hygienic. Semua benda aku strict dan ikut buku habis. 

Ammar Yusuf hanya diperkenalkan dengan gula dan garam dalam pemakanan hanya apabila dia menginjak umur 2 tahun.
Ammar Yusuf tak pernah makan junkfoods/fastfoods sebelum 2 tahun.
Masa Ammar Yusuf dalam fasa merangkak, kami tak pernah biarkan dia merangkak lebih dari kawasan karpet/tikar/toto--kami tak benarkan langsung dia sentuh lantai. Sebab dia hisap jari so kena kawal apa yang disentuh sebab hisap jari ni sebenarnya lagi teruk dari hisap pacifier, susah nak kawal!

Bila dengan Adam Muaz, aku memang plan nak buat perkara yang sama. Sebab aku tengok banyak hasil yang positif kesan jaga makan in the first two years of life. Antaranya, Ammar Yusuf jadi peminum air masak tegar. Dia tak boleh handle makanan yang terlampau manis atau junkfood yang masin masin, mesti dia akan counter dengan air masak. Dia lebih mudah dikawal, sebab kurang makan manis kan. Budak yang tak terkawal ni kan mostly disebabkan terlebih gula dalam badan. Sugar rush orang kata.

Tapi bila dengan Adam Muaz, tak mudah untuk kita ikut rutin yang sama macam Ammar Yusuf. Dulu kita anak seorang je, bolehlah nak devoted habis habisan, sekarang sudah anak dua orang, bukanlah kita ambil mudah dengan anak kedua, tapi rutin kita sudah tidak sama. Maybe we're just too tired. Kesian okay anak kedua ni #secondchildsyndrome.

Dengan Adam Muaz, somehow aku lebih lenient. Tidak terlalu strict but to my justice, I've tried. It's just that, it wasn't easy. Sebab kita ada seorang lagi anak yang dah besar. Contohnya ketika Abang berusia 3 tahun kami sekeluarga makan KFC, kalau ikutkan masa itu Adik baru setahun dan tak boleh consume garam gula lagi apatah lagi fastfood, tapi macam kesiaaaan dia tengok je kita makan so suaplah dia mashed potato sikit. Then bagi french fries sikit. Macam itu juga bila makan aiskrim, macam alala kesiaaaaan yang baby ni tengok je abang dia makan huhuhu padahal belum tiba masa dia lagi. Haih Mummy pun. Bab makanlah yang paling obvious. Mana entah kawalan garam dan gulanya *sigh*.

Bab belajar pun sama. Aku cuba nak educate anak anak aku dengan cara yang sama. You know, starting dengan perkara yang mudah dan seronok seperti mewarna, tulis ABC 123 ikut titik titik dalam buku to enhance their motor skills and focus, etc. But I guess each child is different and unique in their own ways. Ammar Yusuf memang berminat dengan benda benda menulis mewarna ni, he's so excited setiap kali Mummy beli buku baru dan bersungguh sungguh siapkan page by page.

Adam Muaz pula, tidak boleh dipaksa. Dan aku pun tidak pernah memaksa. Aku tak nampak dia berminat sangat pun, cara pegang pensil pun tak betul (masih pegang dengan cara genggam batang pensil itu) kalau ditegur dia akan tersentap dan tunjuk perasaan pula jadi aku biarkan jelah dia buat dengan cara dia. Bukan boleh ditegur Adik tu, sebab aku perasan bila ditegur dia rasa macam rendah diri seolah olah merasakan dia tak sepandai Abang, kesian okayy T____T 

Cumanya setiap kali Abang nak buat homework yang aku bagi, aku akan sediakan satu buku dan alatan tulis untuk Adam Muaz juga. Biarlah dia nak conteng conteng ke apa asalkan dia buat sesuatu juga.

Memang selalulah rasa bersalah dengan Adam Muaz ni. Rasa macam banyak benda yang aku tak dapat nak berikan yang terbaik. Tapi, tanpa disangka sangka, dalam diam dia dah tahu macam macam rupanya. 

Tiba tiba dia buka buku sekolah Abang dan baca 'a', 'ba', 'ca' dengan cara bacaan Abang.
Tiba tiba aku noticed cara pegangan pensil pun dah betul.
Tiba tiba dia tahu baca doa doa harian yang Abang selalu baca.

Alhamdulillah, Adam Muaz belajar banyak melalui pemerhatian. Dia belajar banyak dari Ammar Yusuf secara tidak langsung. Diam diam je dia dah improved banyak. Dulu kalau bagi pensil dan buku tulis dia akan conteng penuh buku tanpa arah tuju pun. Sekarang dah mula nampak 'hasil dan tujuan'. Dah mula nampak bentuk. Dia pun dah mula faham apa yang dia lukis. Walaupun jauh dari bentuk sebenar, tapi improvement sudah jelas kelihatan. Alah dia belum 3 tahun pun apa nak expect sangat kan? ;)

This afternoon, selesai masak tadi dia panggil Mummy beria ia and showed me this,


I looked closely, and tried to give my best guess,

"Waaaah pandainyaaaaa Adik! Ha Mummy tahu Adik lukis apa!" ligat aku berfikir apa nak jawab agar beliau tidak berkecil hati. He waited with a wide smile and full of anticipation.

"Adik lukis rumah kita kan??"

Dia ketawa. Geli hati aku tengok dia.

"Bukanlah! Adik lukis olam (orang)!" dan ditunjukkan secara detail.

"Ini mata dia (tunjuk yang bulat kecil kiri dan kanan)"
"Ini mulut dia (tunjuk garisan pendek di tengah tengah)"
"Ini muka dia (tunjuk garisan yang panjang ke bawah kiri dan kanan)"

Hahahaha. Panjangnya muka orang awak! Takpelah baby, I give you an A for efforts. Keep on practicing. Couldn't blame him though, he's definitely inherited my drawing skill :p



No comments:

Post a Comment