Monday, March 7, 2016

Bedtime Stories

Aku selalu berimpian untuk membacakan bedtime stories untuk anak anak aku. You know, macam dalam movie orang putih tu yang mana sebelum tidur the parents akan masuk bilik anak anak, duduk di tepi tilam sambil membacakan buku cerita sehinggalah anak anak tertidur.

But the thing is, dengan anak anak aku agak susahlah nak buat macam itu. Sebabnya, anak anak aku tu selagi tak tutup lampu dia orang takkan tidur! Nak bacakan buku, haruslah switch on the light kan?? Kalau macam itu sampai ke esoklah takkan tidur. So we decided to change the method, yang mana aku akan bercerita sendiri tanpa menggunakan buku sambil berbaring empat orang (ye kami masih tidur berempat #clingyparents) di dalam gelap.

Tukang ceritanya mestilah Mummy The Storyteller. Tapi kalau Mummy cerita memang banyaklah repekan yang mengundang tawa, langsung tak jadi tidur budak budak sebab Mummy ni jenis dia cerita dia ketawa dan budak budak tengok Mummy ketawa lagilah galak mereka pun ketawa :')

Cerita yang disampaikan pula, balik balik cerita yang sama je. Yang berbunyi begini.

"Pada zaman dahulu, ada seorang budak. Nama dia Abu (nama watak seringkali bertukar). Abu ni kerja jaga kambing. Satu hari tu, Abu rasa boring. Dia rasa macam nak main mainkan orang. Lepas tu dia pun jerit "Tolong tolong! Ada tiger datang nak makan kambing saya!" Lepas itu orang kampung datang beramai ramai nak tolong. Nampak orang kampung datang, Abu ketawa, "Hahaha. Hahaha. Saya bergurau je. Mana ada tiger hahaha!" Lalu orang kampung pun pergi dengan kemarahan sebab ditipu."

Cerita itu diulang ulang dengan hanya menukarkan watak binatang kepada elephant lah, lion lah. Kiranya si Abu suka tipu orang kampung, sampai satu masa tiba tiba tiger/elephant/lion betul betul datang, Abu jerit lagi panggil orang kampung tapi tak ada seorang pun datang sebab ingat Abu tipu lagi lalu tiger/elephant/lion dan makan semua kambing dan makan Abu sekali (besarnya nafsu tiger nasib baik kanak kanak dua orang ini tidak pernah mempersoalkan kelogikan cerita kahkah).

Moral of the story adalah jangan bercakap bohong, kelak bila kita bercakap benar pun tiada yang percaya. Cerita itu sebenarnya adalah cerita yang aku pernah sampaikan ketika Pertandingan Bercerita masa aku Darjah 2 dahulu. Memang nombor 1 okay! 

So back to the main subject, setiap malam memang sebelum tidur anak anak aku especially Adam Muaz akan minta aku ataupun Daddy dia bercerita. Kalau Daddy depa ni cerita lagilah ditambah dengan watak Upin Ipin segala. Seronok budak budak. Kadangkala bila aku dan Daddy kepenatan, aku akan suruh Ammar Yusuf sahaja yang bercerita. This boy, I tell you. Dia boleh ingat cerita itu dengan semua watak termasuklah nada suara yang kami selalu gunakan sebijik sebijik! So impressive.

Cuma permulaan cerita dia mesti berlainan dan memandai mandai.

Jalan cerita sebenar:
Pada zaman dahulu, ada seorang budak nama dia Abu. Abu ni kerja dia jaga kambing.

Jalan cerita Ammar Yusuf #1:
Pada zaman dahulu, ada seorang budak nama dia Abu. Abu ni suka masak kambing.

Jalan cerita Ammar Yusuf #2:
Pada zaman dahulu, ada seorang budak nama dia Abu. Abu ni suka makan kambing.

HAHAHAHA. 
Kalau Abu suka makan kambing maknanya tiger/elephant/lion tu datang nak kongsi kongsi makan dengan Abu ke??? =))))

It was the same story again again and again every single night. One day I tried to change to a different story. Macam nak cerita Ali Baba & 40 Orang Penyamun. Tapi baru nak mula, rasa macam taknak pula ajar anak anak perkataan yang tak baik nanti dia tanya apa itu penyamun karang panjang pula nak explain.

So baru je nak mula, "Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki, nama dia..... Adam Baba"

Semua orang ketawa. Ammar Yusuf laju je sambung, "Dia ada abang nama dia..... Ammar Baba!"

Dan bersambung sambung dengan Daddy dia nama Hanis Baba dan Mummy dia nama Husna Baba dan semua orang ketawa berterabur terus terlupa jalan cerita sebenar =))))) Kelakar tau bila kita suruh anak anak sambung cerita kita, kadang kadang kita tak terjangka apa yang keluar dari pemikiran mereka. Geli hati betul.

I really think that I should be more creative in creating my own bedtime stories, sebab kadang kadang rasa macam blur nak cerita apa yang mempunyai moral values yang baik. Perlu banyak membaca cerita kanak kanaklah nampaknya. Apa ye cerita yang you guys selalu cerita pada anak anak? Share lah sikit :)


4 comments:

Nisa Razak said...

Biasakan n kenalkan dgn cerita2 nabi & rasul :)
InsyaAllah sy pun nk buat. Byk pengajaran dan secara x langsung dpt kenalkan dorg siapa nabi & rasul. Drpd cerita cinderella yg mengarut x logik tu 😅

Husna Hadzarami said...

Haa itulah! Memang plan nak ceritakan kisah kisah Nabi. Nak kena cari buku cerita la supaya fakta tu tak lari huhu karang memandai mandai buat cerita tak baik pula kan.

Thanks! :)

Qistin Fadzin said...

Setuju dengan Nisa... tak pe, tak perlu too detailed. Just do brief introduction. Contohnya cerita kapal Nabi Nuh is so big - and ask them to list all the animals. Sambung berhari-hari pon tak habis.

Or Nabi Adam sorang2 sunyi, or Nabi Muhammad pon beli kambing tapi dia tak buat macam Abu... :D

Husna Hadzarami said...

Aah kan, tak perlu too detailed pun sebenarnya haha. Should me something simple and sweet plus easy to digest by small children. Thanks babe ;)