Monday, March 28, 2016

Penawar Rambut Bermasalah

Dah lama sebenarnya nak share pasal ni. 

You know, sejak bersalin dua kali ni, masalah rambut gugur memang sentiasa menghantui diriku. Aku rasa perkara benda ni common je apatah lagi bila baby menginjak 5 bulan ke atas, atau orang kata bila baby dah start menyembur air liur, maka gugurlah rambut si ibu hahah entah apa kaitan.

Masalahnya, orang lain bila anak dah setahun dua, masalah rambut gugur ni memang dah tak ada lagi. Tapi aku punya, memang macam tanpa henti dan ianya gugur bagaikan hujan yang membasahi bumi. Stress okayyyy, adakah rambut aku akan terus menerus gugur dan akhirnya kelihatan seperti Vin Diesel  versi wanita??!


Vin Diesel. Of course la beliau kacak sebab beliau lelaki dan selebriti pula. Bayangkan H balik rumah aku sambut dia dengan gaya begini.


Hai....


....Abang....


....dah makan....


....ke belum...?

T_______T

Pitam laki aku fikir bila masa pula beliau mengahwini lelaki sasa.

Kalau nak cakap pasal product, memang macam macam dah aku try. Dari produk yang dibeli di salun (mahal je lebih langsung tak berkesan) ke produk yang dibeli di farmasi sahaja, pastu shampu dah semestinya jenis hairfall control. Cuma masalah aku ni, aku tak boleh pakai sebarangan kat rambut, sebab silap haribulan kesannya akan timbul di muka. Macam mana entah, kiranya kalau aku salah pakai produk, benda yang diserap ke rambut tu akan keluar balik jadi jerawat jerawat di leher dan muka ishh. Dah jadi masalah lain pula. 

And then aku pernah pergi buat rawatan rambut juga di salah satu hair expert di Malaysia, katanyaaa. First trial, RM30. Okaylah. Then kena paksa sign up untuk pakej harga RM600-700 for a few session ish dahlah dia buat kasar guna kuku. Aku tak suka orang yang basuh rambut aku guna kuku, sakit! Rasa macam nak tercabut kulit kepala haih kau ni kenapa. Sekali je buat, takde kesinambungan so tak adalah hasilnya. Malas nak pening kepala, end up aku potong rambut pendek je sebab orang cakap kalau rambut panjang lagilah akar rambut tak larat nak tanggung so lagi teruk rambut gugur. 

Tapi rambut pendek, hmmm tak berapa kewanitaan sangatlah rasa. Comel memang comel (nak juga puji diri sendiri kahkahkah sabar, sabar) tapi aku lagi prefer muka aku dalam rambut panjang. Lebih kewanitaan dan lebih lembut dipandang cewah.

One day, aku, Mama, Kakak dan Oyah  pergi ziarah kakak ipar aku kat Taman Melati. Rindu kat anak anak buah dah lama tak jumpa sebab Abang Saiful aku ni bekerja di Dubai. Masa tu kakak ipar aku cerita pasal satu hari tonic keluaran anak buah dia, Tissa Advance Hair Tonic nama dia. Mama beli satu, Kakak beli satu, so aku pun beli jelah satu masa tu niat cuma nak tolong bisnes dia je. Mama cakap susah nak jumpa hair tonic yang 'bersih', maksud Mama 'bersih' tu fahamlah, yang bahannya halal dan boleh dibawa solat. Sebab pengilangnya orang Islam, yang kita kenal pula tu. So bila Mama beli tu, aku pun yakinlah nak beli, dan ianya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia juga


I give myself a try, dan hasilnya alhamdulillah memang sangat menggembirakan. Seriously I'm not trying to be biased here, but it really works for me seronoklah. First few days pakai pun dah nampak perubahannya. Sebab aku kan pakai tudung jenis lilit pusing sana pusing sini so kepala macam terperap dalam banyak lapisan jadi bila balik kerja tu rasa gatal gatal je kepala. Tapi lepas pakai tu memang takde dah rasa gatal gatal. Kepala rasa segar betul. Bila sikat rambut, dah makin berkurangan rambut gugur, sebelum ni rambut aku gugur bukan calang calang tau, jenis yang kalau aku usap rambut guna tangan pun mesti lekat berhelai helai rambut kat tangan, macam orang berpenyakit leukemia pun ada.

The best part is, Tissa Advance Hair Tonic ni berunsurkan air. Bukan minyak seperti kebiasaan hair tonic yang aku pernah cuba, bukan juga jenis serum or krim yang likat tu. Aku tak suka pakai jenis macam tu, rambut jadi berminyak dan tiba tiba berkelumumur pula. Dahlah bermasalah rambut gugur, tambah pula masalah rambut berkelumumur, kau rasa bertambah tak stress aku???

Kakak ipar aku cakap, ramai orang lelaki yang beli produk ni. Sebab yelah orang lelaki kalau gugur rambut lagilah, depa bukan boleh cover dengan pakai tudung ke apa kan. Orang lelaki ni, bila rambut gugur they are not just losing hair, they lose their appeal, they lose their confidence. Sebab bukan semua orang akan kacak seperti Vin Diesel bila berkepala botak heh heh.

I am definitely a satisfied customer, dan aku harap those yang ada masalah rambut gugur tu boleh cuba juga produk ni. Better be safe than sorry kan. Aku suka perempuan bertudung yang jaga rambut, dan memang sepatutnya perempuan bertudung kena lebih jaga rambut berbanding mereka yang tidak bertudung. Kita dah cantik cantik di luar, balik rumah kenalah cantik cantik juga depan husband. Kesian husband tengok kita rambut serabai dengan bau kepamnya tambah dengan kelemumur lagi padahal dengan orang luar kita bukan main vogue lagi hmmphh.

Untuk yang berminat sekarang ni memang untung, sebab buat masa ini Tissa Advance Hair Tonic masih berada dalam harga promotion.

For a bottle of 50ml;
Original price: RM170
Promo price: RM130 (inclusive postage)

Tapi promo price ni sangatlah limited waktunya. Aku cuba nak fight untuk lanjutkan lagi tempoh promosi ni, harap harap owner boleh dipertimbangkan. Nak fight untuk diri sendiri sebenarnya hehe manjang nak murah je aku ni. Aku plan nak pakai secara berterusan, sebab bukan senang aku nak jumpa jenis yang sesuai untuk diri sendiri, plus rambut pun dah nampak makin sihat bersinar seronok rasa bila usap kepala :D

Yang nak cantik rambut lebat mayang mengurai macam Anzalna, bolehlah WhatsApp/SMS 016-2324492. Ianya sangat berkesan untuk aku dan aku harap sangat ianya berkesan untuk you guys juga. Sesuai untuk lelaki dan perempuan, cubalah, tak mahal pun, rugi tak cuba :)



1 comment:

ily♥ said...

maybe i should give a try.. hairfall problem kali ni, a bit stressfull. huhu.. thanks for sharing.