expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, April 18, 2010

Menghabiskan hari Sabtu bersama adik tersayang.

Macam macam mau cerita. Korang nak baca silakan kalau taknak baca pun takpe sebab post ini tak ubah seperti diari harian saya sahaja. Hoy tak baik la baca diari orang! Dah dah takyah baca.


Semalam saya jalan jalan dengan Oyah cari barang barang kahwin. Masuk satu kedai pengantin ni, oh wow! Baju dia seryes lawa lawa! Oyah yang nampak lebih eksaited dari saya tu mula menolak nolak saya untuk mencuba baju pengantin tersebut. Saya malas betul nak layan tapi disebabkan hanya dengan cara itu beliau akan berhenti melompat lompat macam kera saya pun cubalah. Bila saya cuba je... Demm, pehal bila patung pakai nampak cantik tapi bila aku pakai nampak macam &%#$???? Mencarut carut jugalah masa tu walaupun kakak kedai tu cakap, "Eh cantik la warna ni dengan adik, adik kulit cerah bla bla bla.." Dia saje sebut pasal kulit sebab tak mampu nak menipu cakap bodi aku cantik. Tapi ada juga kakak tu cakap, "Takpe dik, baju ni kita boleh je alter.." Adakah nak cakap baju ni akan dibesarkan sikit supaya aku muat pakai????


So setel bahagian tu, tinggal nak minta izin bakal suami (chewahhhh bakal suami!) sama ada beliau setuju dengan warna pilihan saya tu. Nasib baik Encik Hanis berkulit cerah so tak ada masalah sangat nak match dengan warna warna yang saya suka. Oh ya, Encik Hanis tak join sebab beliau kena study untuk final exam hari ni dan esok. So tak dapatlah saya nak buat macam dalam scene cliche drama TV yang couple pergi try baju kahwin sama sama, then bila si makwe keluar dari fitting room pakai baju pengantin, pakwe pusing tolehkan kepala dan terus terpana dengan kejelitaan makwe tersebut. Ah sudahlah kau. Jelita jadahnya macam sarung nangka je aku.


Habis pasal pengantin, dah pilih pilih apa yang perlu dan buat notes sikit tentang harga, kami jalan jalan sekitar Masjid India dan Jalan TAR tu. Masuk kedai Ariani. Okay saya memang dah lama teringin nak pakai tudung Ariani ni, sebab senang nak pakai sarung je takyah nak bentuk bentukkan. Tambah tambah lagi kalau dah kahwin, pagi pagi nak kena buat breakfast lagi, nak ikatkan tali kasut anak nak pergi sekolah lagi, anak nombor dua pulak nak kena tukar pampers dulu (wah ramainya anak!), nak pakaikan tie suami lagi (haha perlu ke?), so tudung Ariani adalah pilihan yang paling tepat untuk menjimatkan masa.


Tanpa berfikir panjang saya nekad nak try beli juga. Saya ambil yang paling murah, RM60, buy 1 free 1 so jadi RM30 la setiap satu. Untuk percubaan pertama ni better beli yang murah je in case tak kena dengan muka ke kan.. Bila saya pakai, Oyah cakap nampak matang (adakah selama ni aku pakai tudung nampak macam budak hingusan??). Saya rasa dia nak cakap nampak tua tapi tak berani sebab takut saya cancel hantar dia balik hostel.
Nampak tua tak? Walaupun saya pakai dengan jacket yang dalamnya ada baju tidur gambar kartun kartun?
Orang kata kalau pakai Ariani ni kena ikat sanggul tinggi, baru ada style. Eceh. Tapi rimas la ikat tinggi tinggi, tak selesa nak bersandar masa drive..


Takpe la macam mana pun, sebab saya rasa better la dari tudung yang saya pakai masa buat tender dulu kannn?? Tapi memang kalau masuk butik Ariani ni rambang mata la nak pilih mana. Semua pun cantik cantik. Padanlah ramai yang boleh jadi addicted dengan Ariani ni.. Tapi harganya, mak aih..


Ok for the wedding basically the date dah confirm, warna tema pun dah ada lebih kurang, catering dah aim nak ambil yang mana.. Next step nak survey kad undangan. Bila tahnye nak buat benda tu. Rabu ni dah fly to Sandakan for one week masuk site. Kalau dah kahwin nanti macam mana lah agaknya, manjang outstation je..


12 comments:

  1. wa...kak husna dah usha baju kawen..xsabar nak nengok!
    hehehe
    tudung arini @ indon 2 kne tgk muka..
    klu wani pkai sejibon mcm org indon!{-_-"}

    ReplyDelete
  2. btol la kak una. muke u mmg nampak matured pakai tudung tuh. tapi i rse cantik je. ehem,ehem. ;)

    ReplyDelete
  3. wahwah..saye pulakk yg excited
    baru perasan sis, muke sis cm darlinglahh
    ^^
    semoga selamat semuanya=))

    ReplyDelete
  4. hans:
    menda yg bagus?


    Wanie-san:
    nanti datang la wedding akak tau!
    ala akak belasah je pakai, nampak indon ke tua ke dah tolak tepi dah.


    f.a.r.a.h:
    ehem ehem ;)
    ni bodek macam ada apa apa je ni..


    nadirah nor:
    thanks dik.
    darling mana ni?
    ke your darling?
    ehehehh :p

    ReplyDelete
  5. Haaa..kan cantik tu..
    Muka Una bujur, seswai je I tgk..
    I told u already ma..=P
    Mula2 tu mmg rs xslesa cket..
    Rasa pipi kembang la, nampak bulat la(ms sy mula2 pakai dl)..
    Tapi, kalo dah slalu pakai, tak kisah dah tu semua..
    Nak pikir senang je..
    Bagus ape nampak matured cket..hikhik..

    ReplyDelete
  6. pakai tudung ariani mmg nmpak muka akan matured sedikit tp husna tetap cantek heheh

    ReplyDelete
  7. hang out dgn adik mmg bestttt~ :)

    ReplyDelete
  8. una serius ka ni mo kawin??(kenapaka ak mcm nda pcy pula kan..haha) cantik la tu tudung.. sesuai ja. =)

    ReplyDelete
  9. Arifah:
    haha cantik ke? ni yang sonok nak beli lagi ni :)
    ye betul. senang pakai.
    especially utk org mcm sy yg mekap pun dalam kereta sebab tak sempat -_-"


    nadirah nor:
    hehe, darling ngasri ke..
    comel dia lagi la yang oi~


    zella y:
    :) mekasih2. hehe..
    zella pun dah try ke?
    kita je ke yang ketinggalan ni..


    Cik Akma:
    yes indeed :)


    jij Abdul Hamid:
    serius la, ingat main kawin kawin ke? hehh..
    alahai, thanks :)

    ReplyDelete
  10. tudung tu sebijik aku beli ngan kwn2 cuma xde brand. harga rm19, tp xde brand ar.

    ReplyDelete