expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, April 12, 2010

What other people think of you is none of your business :)

Semalam saya pergi kursus kahwin. Huh tu pun nak bagitahu macamlah aku sorang je pernah pergi kursus kahwin. Saya buat course tu di Zura's Akademik, yang dicadangkan oleh makcik comelote ni. Saya pergi sorang je, sangat pathetic okayy pergi kursus kahwin sorang sorang (T_T). Encik Hanis ada final exam, dan dia pun memang dah ada sijil kursus tu dia buat masa belajar dulu dengan awek nombor berapa entah. Rakan gay ku Nurshazliza pula last minute cancel, "Ala sorry la lupa la nak bagitahu, ai tak dapat teman yu la. Ada exam SPA. Sorry la sayaaaannnggg".. Rasa nak tampar.


Di sana saya ada beli 2-3 buah buku keagamaan, salah satunya bertajuk Nama-Nama Indah Dalam Islam. Buku tu ada kat rumah sekarang kalau tak boleh tunjuk gambar :P Haha gatal okk awal awal dah beli buku untuk nama anak. Saya memang dah lama cari buku ni, ala saje beli untuk persiapan bukan nak buat apa pun, takkanlah saya excited sangat.......... Ok tipu, sebenarnya saya dah pilih pun nama untuk anak lelaki dan anak perempuan (T_T). Masa lunch break 1 jam saya lari ke parking sekejap untuk baca buku tu, sanggup pula aku tak makan semata mata nak pilih nama anak. Kenapa lari ke parking? Sebab nak baca dalam kereta la! Takkan nak buat hal tersenyum senyum baca buku pasal nama anak dalam dewan yang ramai orang tu, hilang terus ketampananku nanti.


Tiba tiba teringat masa kecil dulu masa Mama mengandungkan Oyah saya hari hari menghadap buku nama nama bayi sebab excited sangat nak pilih nama untuk satu satunya adik perempuan saya tu. Duh, beria ia pilih nama dah besar panggil Oyah jugak, kalau tahu baik dari kecik lagi bagi nama Siti Joyah je..


Hari ni saya masuk office. Abang Zaidy dah balik! Abang Zaidy is our senior technician yang best, tiap tiap kali beliau balik dari outstation mesti akan belikan sesuatu untuk kami. This time saya dengan Sha dapat....


A bracelet! Terbaik okayy! Gelang mutiara Sabah memang cantik :)

Encik Hanis snap. Sayang, kalau orang suruh focus pada bracelets tu bukan bermakna kena ambik muka kitorang sorang separuh je (-_-")



Oh hari ni juga saya dapat jacket baru untuk dipakai pergi ke site. Its kinda cool except that jahitan nama saya ada something wrong sikit dan juga sekali pandang nampak macam engineer TNB je. Eh ke technician? Ada siapa siapa pekerja TNB boleh jawab? Ah nevermind.
Rasa nak terajang monitor tak?


15 comments:

  1. cantik cincin dijaris manis yang gemok tu..hahahaha!

    ReplyDelete
  2. wauuu.
    da pikir nme anak
    x tahan~
    tehehe.

    ReplyDelete
  3. aah la. gemok macam %#@& jari aku. tsskk.

    ReplyDelete
  4. ahaha.tengok gambar plg bawah memang rasa nak terajang monitor.

    ReplyDelete
  5. eh kak una. u nak tunjuk cincin or bracelet? haha.
    isk, bile la i nk dapat pakai jacket tulis engineer. uhk,uhuk.

    ReplyDelete
  6. gelang sabah mmg lawaa. aritu kwn ade beliii lawaaa wokeyh! :)

    ReplyDelete
  7. huhu tak pasal2 weekend ni kena pergi PC Fair.. nak beli monitor baru.. dah pecah kene terajang lepas tgk gambar bawah sekali.. :P

    ReplyDelete
  8. ala..bestnya...
    hm. jelesnya aku, bilalah turn aku

    ReplyDelete
  9. heheheh kelakar la kak husna ni....
    chantek gelang 2!!hehehe
    xcited giler muke dpt gelang 2..
    kalu name adik kak husna joyah mau die xg sekolah!

    ReplyDelete
  10. okey ini best
    baru pergi kursus kawen
    sudah pikir nama anak
    gila advance lahh sis
    =p

    ReplyDelete
  11. nk bracelet!
    mmg biasa la kot kalo pmpuan dh cari nama utk ank even blom ada calon suami...
    krn ku juga bgitu.. hahaha

    ReplyDelete
  12. gaya posing kat gambar macam ade adik.
    kirim salam kat adik.

    ekeke

    ReplyDelete
  13. haha.. x habis2 nak cute Cik Una ni..

    ReplyDelete
  14. monitor saya dah pecah terima kasih

    ReplyDelete
  15. kepada yang dah terajang monitor, bagus. anda memang ada kesedaran sivik yang tinggi. keh keh.

    ReplyDelete