Wednesday, April 7, 2010

Macam macam cara penipuan sekarang. Beware ye adik adik pakcik makcik!


Korang pernah tak berterusan dapat spam mail dari orang yang berbeza bagitahu korang diwariskan duit puluhpuluh juta dollar?? Saya sejak 2-3 minggu ni sangat selalu dapat la. Ceritanya sama je setiap kali pun. Konon ada jutawan mati on a plane crash, siap ada website khas pasal plane crashes tu lagi sebagai bukti kesahihan berita tu. Nak dijadikan cerita dalam bank dia ada duit jutajuta yang tak dituntut. Pengirim tu konon nak keluarkan duit tu sebab taknak bank ambil jadi Unclaimed Bill tapi tak boleh guna someone related so they pick me randomly to withdraw the money. Then minta saya punya nama penuh, address and other details dan sebagai ganjarannya 45% daripada duit juta juta tu akan diberikan pada saya.



Kalau jenis fikir guna kepala lutut mesti dah bagi dah details semua yang diminta tu. Gila kalau betul dapat ni boleh buat kenduri kahwin 7 hari 7 malam tau! Siap boleh bawa satu keluarga join honeymoon lagi. Lepas tu korang jangan terkejut la kalau ada muka aku masuk Harian Metro on the front page. "Jurutera yang tak guna akal harap belajar je tinggi tu la tamak haloba sangat kan dah kena tipu dengan sindiket black money " . Orang baca tajuk je pun dah faham keseluruhan cerita (-_-").



Mana ada cara senang nak dapat duit ni dik. Tak mungkin tibatiba ada stranger nak bagi kau duit jutajuta just like that.. Alahai..


11 comments:

Azrul Hisham said...

kadang2 pelik gak ada juga makhluk yang terpedaya dengan scam macam kat atas...bila dah tertipu tu mula la menyesal...huhu

salam ziarah dari blog guling2... (^__^)

Razis Hamit said...

tertipu sebab amat mempercayai email tu. Dah 1 lagi sebab tak sabar nak kaya.

ZACK ENTRY said...

wah!kaya la dia..bila nak kawen?? XD

Farhan Abdul Razak said...

bes story..wee~

http://farhanrazak.blogspot.com/

zella y said...

kdg2 pelik knp ade org pcaya lg email2 mcm tu sedangkan xde sape2 yg baik hati nak bg duit juta2 senang2 je...alahai....knp la boleh tertipu...mb sbb tamak sgt kot...

zella slalu dpt email mcm ni...paling byk drpd syarikat kereta konon2 kat u.k hahahha... lawak btul...

Anonymous said...

emel i sgt tdk femes sbb nda perna dpt apa² pun yg berunsur kekayaan sekelip mata.. huhu

Nor atau Nad said...

betul tuh
x kanlahhh punya ramai manusia kt
bumi allah nih sis yg dpt duit tuh
mane gi owng putih, itam, kuning yg laen
kenape owng melayu gakk dpt???
hahahaha
sedaplahh nama tajuk article harian metro tuh

.: Si BungaKopi : . said...

dah biasa sgt dpt. hm..pelik..pelik..

Cik Akma said...

mengaruttt. mane ade owg nk bg duittt freeeeeeee~ grrr. adehh~

FAA said...

hahaha. jurutera muda carik duit singkat nk gi honeymoon! haha. ;p

Husna Hadzarami said...

Azrul Hisham:
hello!
ye betul, memang ada yang terpedaya so saje post entri ni, sekadar peringatan.


Razis:
kau ke yang tertipu tu? tsskk..


ZACK ENTRY:
tak kaya pun la!
kawin soon, insyaAllah.


Farhan:
thanks.


zella:
memang ramai yang dapat ni.
beware je la ok.


jij Abdul Hamid:
haha. tak dapat pun takpe jij.
buat semak je.


nadirah nor:
betul tu dik. sangat tepat sekali.
pehal lak kita tiba tiba jadi insan terpilih.


Bungakopi:
nasib baik tak terpedaya kan?


Cik Akma:
betul. mengarut.


f.a.r.a.h:
hahaha.. kesian jurutera muda yang cantik tersebut.
eh yu ada sebut yang cantik ke? haha..